suria

Isteri sakit kanser sedia untuk ‘pergi’, suami asyik hilang tengah malam! Luluh dapat tahu penyondol itu adik kandung sendiri

Wanita pesakit kanser dicurangi suami ketika di penghujung hayatnya. -Gambar hiasan

KETIKA ikatan perkahwinan dijalinkan, pastinya kesetiaan ke hujung hayat yang diharapkan daripada pasangan.

Namun begitu, ada kalanya rumah tangga diuji sehingga ikatan yang disimpul atas dasar cinta akhirnya terlerai jua.

Demikianlah kisah wanita ini yang merupakan pesakit kanser payudara dan dikhianati suaminya pada hari-hari terakhir kehidupannya.

Ciapan asal di laman Twitter.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman Twitter, wanita itu yang sedang nazak dalam dilema sama ada mahu mendedahkan perangai terkutuk suaminya kepada keluarganya atau pasrah dan membawa saja rahsia itu ke liang lahad.

"Saya isteri umur 44 tahun. Ada tiga orang anak. Bulan Ogos tahun lepas saya diberitahu ada kanser payudara tahap 4, hidup saya sejak tu keluar masuk hospital sahaja.

"Payudara sebelah kanan dah kena buang, kemoterapi dah 16 kitaran. Sekarang kanser dah merebak sampai paru-paru. Doktor bagi saya pulang ke rumah dengan oksigen dan ubat tahan sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 6 bulan kahwin, suami gaji RM3,000 pasang perempuan lain... Siap ‘angkut’ naik Genting Highland guna kereta isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

"Saya tahu masa saya dah tak lama, sepanjang duduk dalam wad, saya dapat rasakan kanser tahap saya ni paling lama boleh tahan sampai lepas raya ni je.

"Saya dan keluarga pun dah sign perjanjian untuk tidak resuscitate iaitu tak buat Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) atau masukkan tiub dalam mulut jika keadaan saya semakin tenat di hospital," ujar wanita itu.

Ketika keadaan kesihatannya semakin merosot, wanita itu sedar suaminya mula menjauhkan diri seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu.

Semoga wanita ini mendapat ketenangan yang dicarinya dan hak anak-anaknya terbela.

WARGA MAYA

"Sejak saya keluar dari hospital, saya perasan suami selalu hilang waktu malam. Saya tak tahu berapa lama dah jadi macam ni, mungkin sejak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu tu anak perempuan kami yang jaga saya di wad.

"Lepas dua minggu dekat rumah dan perhatikan perangai dia, saya cakap dekat dia, kalau dia nak kahwin lain saya bagi dan benarkan. Cuma saya minta jangan kahwin waktu saya hidup sahaja.

"Dan saya nak tahu juga perempuan mana yang dia tengah target tu. Dia tak marah dan tak nafikan apa-apa. Mungkin dia nampak keadaan saya dah uzur, mungkin dia kesian untuk bergaduh dengan saya," katanya.

Perkahwinan didirikan dengan harapan untuk hidup susah senang bersama. -Gambar hiasan

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kebenaran terungkai dan ternyata si suami sudah satu langkah di hadapan untuk mencari pengganti wanita berkenaan.

"Dua hari selepas saya berdepan dengan dia, saya dapat curi sekejap phone dia waktu dia masuk tandas.

"Betapa hancurnya hati saya dapat jumpa satu mesej ni, satu mesej yang sungguh puitis dan romantis. Saya cuba call nombor tu tapi tak berangkat. Saya tukar guna simcard anak saya call nombor tu semula baru la berjawab.

"Terkejut dan naik darah bila saya dengar suara yang menjawab tu rupanya suara adik perempuan saya sendiri. Saya terus letak phone, saya terkedu tak boleh cakap apa-apa. Untuk pengetahuan, adik saya janda muda umur 28 tahun.

"Memang cantik adik saya, sebab itu ramai yang suka tapi kenapa mesti suami saya juga yang suka adik saya? Saya berbelah bagi apa yang saya patut buat sekarang," kata wanita itu.

Wanita itu berkata dia mahu mencari keadilan untuk dirinya tetapi pada masa yang sama risau jika keluarganya akan berantakan apabila segala kebenaran didedahkan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Kalau saya serang suami dengan adik, maruah keluarga saya hancur, maruah suami saya depan anak-anak pun habis hancur.

"Saya dah tak lama atas dunia ni, kalau saya diam, semua orang selamat. Anak saya tak akan tahu perangai ayah mereka macam mana. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, biar saya seorang yang tersakiti.

"Saya rasa macam nak minta dekat Tuhan matikan saya sekarang. Saya tak mahu susahkan siapa-siapa. Saya dah sedia untuk pergi," kata wanita itu menoktahkan luahan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya meminta wanita itu untuk menguatkan diri demi anak-anak.

"Pada saya elok bagi semua orang tahu, kumpul bukti dan perangkap mereka berdua. Fikirkan masa depan anak-anak.

"Jangan tinggalkan mereka di dunia ini untuk terseksa di bawah suami yang berhidung belang.

"Semoga wanita ini mendapat ketenangan yang dicarinya dan hak anak-anaknya terbela," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain