suria

Pelanggan mengadu terbeli ayam, sosej dan tongkeng busuk... netizen tolong tambah ‘aduan’ bakul berdaki, sarung tangan tak pakai

Makanan ini didakwa dijual dalam keadaan busuk dan liat.

WALAUPUN sudah memasuki minggu terakhir Ramadan, masih terdapat kisah kurang enak didengar mengenai makanan dijual di bazar.

Para peniaga seolah-olah tidak mengambil iktibar atau mempedulikan rungutan serta keluhan pelanggan mengenai kualiti makanan yang dijual.

Turut terpalit dengan pengalaman sama, Hasfaizal Hasan meluahkan rasa kurang senangnya sebagai pelanggan ketika singgah ke sebuah gerai menjual ayam goreng di bazar Ramadan di Melaka.

Dia mendakwa peniaga tersebut tidak mengendahkan aduannya dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata ketika dia memaklumkan tentang ayam dan sosej goreng yang dibeli berbau busuk.

"Rasa terpanggil untuk reviu satu gerai di bazar Ramadan di Melaka. Gerai jual ayam goreng dan sosej. Sungguh tidak bertanggungjawab dan tahu nak untung sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar berkira tak mahu jual lauk RM3, minta plastik pun merungut... “Sebab pakcik beratur lama je saya bagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami jual motor nak berniaga air balang di bazar, baru mula bisnes dah sakit seminggu... isteri harap dapat balik modal sebelum raya

"Pertama kali beli ayam berbau. Saya beritahu salah seorang pekerja perempuan tu (kemungkinan pemilik). Ingatkan ada tindakan atau penambahbaikan atau sekurang-kurangnya pulangkan duit semula dekat pelanggan sebab jual ayam busuk.

"Saya beli dengan duit bukan dengan daun kering. Tapi tak, kau (peniaga) buat-buat lupa. H***m betul," ujarnya pada hantaran di Facebook yang tular.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, kelihatan terdapat tiga individu yang berniaga di gerai tersebut.

Bercerita lanjut, dakwanya, kunjungannya ke gerai sama turut berakhir dengan sesuatu yang mengecewakan.

Kali ini, sosej dan tongkeng goreng yang dijual pula didakwa berbau busuk dan liat teksturnya.

Orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. -gambar sekadar hiasan

"Seterusnya anak menggelupur nak sosej bila lalu depan gerai dia. Nak tak nak kena beli juga.

"Terambil sekali satu tongkeng ayam. Ingatkan okay... Allahu! Berbau busuk juga dan liat macam plastik.

"Dia jual balik (makanan) yang semalam tak habis dipanaskan semula. B**gs*t betul!" katanya, geram.

Hasfaizal berkata dia sekali lagi mengadu kepada pekerja gerai mengenai apa yang berlaku.

Eh terus dengan tiba-tiba pekerja perempuan tengking dan marah-marah suruh saya bersabar

HASFAIZAL

Kali ini dia perlu menunggu pekerja tersebut memaklumkan tentang aduannya kepada bos atau pemilik gerai terbabit.

Setelah 10 minit menunggu, dia mendakwa tiada sebarang tindakan diambil malah mereka seolah-olah berpura-pura sibuk melayan pelanggan.

"Buat-buat tak pandang macam saya tunggul dekat situ. Tak apa. Saya memang tengok saja mereka semua. Dah lama tunggu, saya tanya mereka lama lagi ke nak saya tunggu? Masa saya tanya ni pelanggan dah tak ada sebab masih nak jaga aib dan tak nak memalukan mereka.

"Eh terus dengan tiba-tiba pekerja perempuan tengking dan marah-marah suruh saya bersabar. Dari tadi tunggu boleh buat tak nampak. Saya tunggu untuk tindakan daripada dia sebaliknya dimarah.

"Saya nak pulangan duit semula beli ayam busuk tadi. Hatta seringgit (RM1) pun duit saya. Saya beli dengan duit bukan meminta-minta dari kau. Masa bel laju saja ambil duit. Masa pelanggan nak keadilan, kau jual ayam busuk suruh orang sabar," luah Hasfaizal kesal dengan apa terjadi.

Komen netizen di Facebook.

Menurut Hasfaizal lagi, pelanggan berhak untuk mendapat makanan yang setara dengan nilai dibayar.

Hantaran asal yang dibuatnya meraih lebih 10,000 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 2,000 kali oleh pelayar Facebook.

Rata-ratanya setuju peniaga yang tidak jujur sedemikian diboikot supaya orang ramai tidak mengalami pengalaman sama sepertinya.

Dalam pada itu, tahap kebersihan perkakasan yang digunakan untuk menjual makanan turut menjadi pertikaian netizen.

"Weh alas tapis dia berdaki tak gosok ke bila basuh. Dia tak pakai sarung tangan ke bila pegang makanan nak cucuk ke lidi.

"Apron pun tak pernah basuh."

"Berkeladak bakul. Sarung tangan pun tak pakai. Memang patut pun kau kena viral. Berniaga pun tak ikhlas. Buat tambah dosa saja," antara komen netizen di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain