suria

“Patutlah baju bau panggang” - Kecoh kedai dobi guna gas asli keringkan baju, netizen bimbang letupan jika abai aspek keselamatan

Gas asli digunakan untuk mesin pengering di dobi.

SEPERTI sebuah ketuhar!

Siapa sangka mesin pengering baju di premis dobi layan diri dikatakan menggunakan gas asli seperti dapur memasak.

Begitulah perkongsian seorang lelaki di laman sosial yang mendakwa dirinya mempunyai akses ke bilik operasi dobi layan diri.

Ciapan asal mengenai premis dobi menggunakan gas asli.

Menerusi satu video, kelihatan beberapa tong gas yang biasanya digunakan untuk tujuan memasak, dijadikan fungsi bagi mengeringkan baju.

Ternyata di sebalik mesin pengering baju berkenaan, terdapat penunu api yang menghasilkan haba.

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan api berwarna oren sedang marak membakar.

Pendedahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyangka mesin pengering pakaian menggunakan tenaga elektrik untuk menjana haba.

Warna oren api yang jelas dapat dilihat di sebalik mesin pengering baju.

"Aku pernah tanya pemilik dia, kenapa pakai tong gas dan bukan elektrik.

"Dia jawab mahal pakai elektrik," kongsi seorang warga maya.

"Patutlah baju aku ada bau panggang," ujar netizen lain secara berseloroh.

Bagaimanapun, video tersebut dipadam selepas menerima kecaman dalam kalangan netizen, terutama kebimbangan mereka tentang keselamatan.

Kalau kedai dobi tu ambil remeh piawaian keselamatan, ia satu bencana waiting to happen

NETIZEN

Beberapa laporan berita dan video tular yang dikongsi netizen mengenai insiden mesin pengering baju di dobi yang menggunakan pengoperasian gas asli sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik insiden mesin kedai dobi meletup, pengarah urusan dedah kisah sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat selagi boleh! Lelaki bengang tengok makcik guna mesin di dobi layan diri, ini ke cara B40 nak berjimat?

"Bila basuh baju, pastikan check seluar kalau ada lighter sebab ada risiko boleh meletup kalau ada kebocoran gas.

"Elakkan duduk lama-lama dalam dobi, lepas dah masukkan baju dalam dryer, pergi lepak dekat kereta, sebab kita tak akan pernah tahu.

"Kalau kedai dobi tu ambil remeh piawaian keselamatan, ia satu bencana waiting to happen," demikian antara komen netizen.

Keratan berita menunjukkan insiden letupan di dobi layan diri.

Beberapa netizen turut mendakwa operasi dobi sebagaimana yang dipaparkan dalam video tersebut melanggar banyak piawaian keselamatan.

"Semua gas harus ada bilik sendiri di luar premis. Alat penggera jika ada kebocoran untuk cut off gas supply.

"Pemasangan piping juga harus ikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga (ST)," komen netizen.

"Dobi memang pakai gas pun. Tapi cara direct macam ni salah, buatlah report dekat Suruhanjaya Tenaga (ST).

"Tong gas semua kena duduk berasingan dekat luar bangunan dan ada penghadang dinding batu dari mesin pengering.

"Hanya paip gas je yang akan masuk connect dekat mesin dan harus ada pressure regulator," ujar warga maya lain berkongsi pengalaman.

Kaedah yang sepatutnya digunakan dalam penyimpanan tong gas.

Menyuarakan kebimbangan, segelintir netizen turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Seramnya nak pergi dobi.

"Tiap kali basuh atau keringkan baju memang tak duduk la dalam dobi, risau sangat.

"Berhati-hati semua kalau nak pakai dobi layan diri lepas ni," ujar warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain