suria

[V] Disuruh pilih kostum lain, anak berkeras mahu tonjol kerjaya bapa di sekolah... hargai ayah susah payah bagi makan, tempat tinggal

Auni memilih kerjaya bapanya sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

SEMPENA sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia baru-baru ini, kebanyakan sekolah memeriahkannya dengan pelbagai acara termasuklah menetapkan tema kerjaya.

Ibu bapa dan para pelajar mengambil peluang ini menonjolkan bakat memperagakan pakaian bersesuaian mengikut cita-cita dan masing-masing.

Namun, berbeza kisahnya seorang bapa, Mohd Anuar yang dikongsi di laman sosial, apabila anak perempuannya menjadikan kerjayanya sebagai tema kerjaya pilihan.

Walaupun disuruh oleh bapanya untuk memilih pakaian seragam atau uniform lain, anaknya, Auni tetap berkeras mahu menyarungkan 'pakaian seragam' bapanya untuk diperagakan.

"Hari kanak-kanak sedunia. Tema kerjaya.

"Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga,” menurutnya menerusi keterangan video yang dimuat naik di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh kerja 6 hari seminggu, bapa siap sokong... Tak suka pilihan kerjaya e-hailing, anggap tak ada masa depan!

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ikut anak pergi kerja selepas diarah cuti tanpa gaji, makan tepi jalan sambil tunggu job masuk - “Ayah kata lebih baik kerja sampai 8 malam”

Jika diteliti pada 'kostum kerjaya' yang dipakai, bapanya merupakan kakitangan di sebuah majlis perbandaran di Perak.

Bangga dengan kerjaya bapa sendiri, Auni menjelaskan bahawa pekerjaan yang dilakukan bapanya itu membesarkannya dengan baik.

Dia faham walau apa pun pekerjaan jangan pandang rendah.

NETIZEN

Penghargaan yang ditonjolkan Auni di sekolah menyentuh hati Anuar, dengan berkongsi beberapa foto anaknya yang lengkap berpakaian sama seperti dirinya ketika bertugas.

"Alahai anak... dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan (dan) tempat tinggal," ujarnya lagi.

Video yang dikongsikan oleh Anuar di TikTok meraih lebih 370,000 tontonan.

Auni (kanan) bersama kawan-kawan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Dengan jumlah tontonan lebih 340,000 setelah disiarkan, didapati pelbagai reaksi di ruangan komen yang turut terharu dengan Auni.

"She is very proud of you bang. No matter what job you are doing. Sorry kena tulis English kalau tak air mata jantan turun.

"Contoh anak yang dibesarkan oleh ibu bapa budiman berjaya mendidik keperibadian mulia dalam diri anak. Tahniah!

Komen netizen di TikTok.

"Anak solehah. Dia bangga bang! Dia bangga ada ibu dan ayah yang bertanggungjawab dan sayangkan dia. Tahniah anakanda.

"Dia faham walau apapun pekerjaan jangan pandang rendah. Masih halal yang kita makan dari setiap wang ringgitnya," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain