suria

“Umur 28 tahun belum ada rumah, belum ada kereta” - Lelaki ini pernah ‘burnout', nasihat jangan bandingkan nasib dengan kawan

Zulfadhli juga diduga seperti insan yang lain namuni dia tidak mudah untuk berputus asa.

KEHIDUPAN setiap individu pastinya mempunyai corak dan rentaknya tersendiri.

Namun adakalanya seseorang itu mempunyai suara hati kecil yang ingin membandingkan diri sendiri dengan orang lain.

Siapa tidak gusar apabila melihat mereka di sekeliling seakan-akan sudah beberapa langkah ke hadapan manakala diri sendiri pula dirasakan masih di takuk lama.

Begitulah luahan seorang netizen tanpa nama di Twitter ketika menceritakan keluhan rakannya yang dihimpit tekanan memikirkan tentang kehidupan.

twitter'

Tangkap layar luahan netizen tanpa nama.

Keluhan itu mendapat perhatian ramai termasuk seorang pelayar bernama Zulfadhli melalui akaun Twitter @byzulfadhlizin.

Dia membuat ciapan balas memberikan kata-kata semangat sambil mengkongsikan perjalanan kisah hidupnya sendiri.

Don’t be sad. Let me tell you about mine. 28 tahun. Belum ada rumah. Belum ada kereta. Belum ada motor. Ada hutang bisnes.

“Aku start kerja umur 26 tahun di kala perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0. Aku berhenti master ketika baki lagi satu semester nak habis. Gaji permulaan aku kerja RM400-500 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah sangat... sehari hanya makan roti” - Nazim Othman kongsi pernah lalui kehidupan sukar

ARTIKEL BERKAITAN: Sama-sama lahir dalam keluarga senang, wanita ini dedah bagaimana dia dan suami diuji hidup susah... setiap hari makan rojak RM3 kongsi berdua

“Kawan aku? Ramai dah start beli rumah. Dah ada kereta. Ada yang dah ada tanah. Ramai dah berkahwin dan ada anak. Bisnes aku? Masih struggle,” tulisnya.

Kata Zulfadhli dia membuka sebuah klinik pergigian bersama rakan kongsi perniagaannya yang juga merupakan seorang doktor gigi pada tahun 2019.

Mereka banyak melalui rintangan kehidupan bersama dan ketika dihubungi sempat memberikan nasihat kepada mereka yang berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri.

Proses pembukaan Klinik Pergigian Dental Pavilion.

“Teruskan berjuang. Usaha sebaik mungkin. Cari guru yang boleh kita rujuk. Percaya suatu hari nanti tuhan akan berikan yang terbaik buat diri kita.

“Niatkan, buka bisnes untuk bantu orang lain. Untuk hire lebih ramai orang,” katanya kepada mStar.

Walaupun sering optimistik, Zulfadhli mengakui dia juga tidak terlepas daripada dibebani perasaan sedih mengenangkan nasib hidupnya.

Malah dia juga pernah melalui fasa ‘burnout’ ketika melalui saat sukar.

Sesekali bersedih tak apa, jangan terlalu lama... hidup perlu diteruskan.

ZULFADHLI

“Aku? Nothing. Almost kahwin tapi tak jadi and yes aku masih single. Sedih? Sesekali aku sedih juga.

“Tipu aku tak burnout kerja tujuh hari seminggu. Tipu la ada hari aku tak rasa sedih dan down tiba-tiba. Aku start kerja lambat. Semua lambat (berbanding rakan lain).

“Tapi aku percaya, tiap benda Tuhan jadikan pada aku ada hikmah besar yang menanti. Percayalah, susunan dan plan Tuhan itu maha cantik," katanya lagi.

Untuk rekod ‘burnout' dalam terma psikologi merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan.

Gambar gigi 3

Klinik Pergigian Dental Pavilion yang kini semakin stabil.

Zulfadhli menekankan untuk tidak terlampau lama berasa sedih dengan situasi semasa kerana keadaan kita tidak akan berubah melainkan di atas kehendak tuan empunya badan.

“Sesekali bersedih tak apa. Cuma jangan terlalu lama. Hidup perlu diteruskan. Tak ada orang yang boleh selamatkan diri kita melainkan kita sendiri.

“Bukan semua yang rapat dengan kita akan sentiasa ada dengan kita. Ada yang akan jadikan rumah singgah sahaja.

“Teruskan la berjuang, kerana ceritamu belum habis di sini. Masih banyak yang perlu kamu perjuangkan selagi kamu bernafas,” ujarnya menanamkan semangat berkobar-kobar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain