suria

Empat tahun tanggung rindu, siap tukar gambar profil FB... Prebet Iman akhirnya bersemadi sebelah kubur ibu

Kiri, foto Iman bersama ibu yang dijadikan profil Facebook manakala foto kanan kelihatan kubur Iman di sebelah pusara ibu.

"IMAN rindu sangat kat ibu."

Acap kali bertanyakan tentang arwah ibu, siapa sangka itu petanda seorang adik dijemput Ilahi.

Begitulah imbas seorang kakak mengenai adiknya, Prebet Muhamad Iman Arbain, yang menghembuskan nafas terakhir 21 September lalu pada usia 23 tahun.

Iman dilaporkan rebah ketika menjalani latihan ketenteraan iaitu kursus orientasi asas komando pada 19 September dan dimasukkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat strok haba dan kegagalan fungsi organ.

Berkongsi cerita kepada mStar, kakak Allahyarham, Noorzihansafira Arbain berkata, dia reda dengan pemergian adiknya namun mengakui tidak menyangka ia berlaku begitu cepat.

Wanita berusia 31 tahun itu memberitahu, kali terakhir dia berhubung dengan adiknya yang lebih mesra disapa Iman menerusi panggilan video, sehari sebelum insiden rebah berlaku.

prebet iman 7

Foto kiri, Iman (tengah) bersama bapa saudara dan sepupu. Kanan, Iman segak menyarung uniform tentera.

"Disebabkan Iman menjalani latihan dan kami jarang berjumpa, selalu buat video call. Sejak birthday Iman pada 5 Mac lalu, dia sering luahkan yang dia sangat rindukan arwah ibu.

"Lebih-lebih lagi Iman posting ke Sabah akhir tahun lalu, dia rasa makin jauh dengan (kubur) ibu,” ujarnya sambil Zihan sambil menambah ibunya meninggal dunia akibat hati bengkak, empat tahun lalu.

prebet iman 8

Keluarga menghantar Iman ke Sabah pada Oktober 2021.

Untuk rekod, arwah ibu mereka disemadikan di Felda Keratong 4 di Bandar Tun Abdul Razak, Pahang.

Kerana rindu yang menebal terhadap ibu, Zihan memberitahu adiknya mula mengubah gambar profil di Facebook sejak beberapa bulan lalu.

"Iman letak gambar dia masih kecil bersama ibu sebagai gambar profil, pada Mei lalu. Saya tidak mengesyaki apa-apa sebab memang dia selalu cakap makin rindukan ibu," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata iringi kepulangan jemaah haji, ibu rindu arwah anak bongsu... Momen tidur bersama sebelum ke Makkah jadi kenangan terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Laungan azan terakhir... Anak dijemput Ilahi sehari selepas ibu tiba di Tanah Suci, langit terang ketika kebumi jenazah 2 pagi

Selain itu Zihan berkenaan, mereka sekeluarga juga tidak pernah menyangka Iman akan dikebumikan bersebelahan pusara arwah ibu yang amat dirinduinya.

"Walaupun sudah empat tahun, masih ada ruang muat-muat untuk Iman. Pasukan komando yang gali kubur Iman dan uruskan sampai ke liang lahad.

"Iman disemadikan bersebelahan kubur ibu. Dia pernah beritahu hasratnya untuk ke kubur ibu Disember selepas tamat latihan, tapi dia kini betul-betul 'teman' ibu," katanya.

prebet iman 6

Foto kiri antara posting Iman mengenai arwah ibu, kanan mesej Iman meluahkan kerinduan terhadap arwah ibu.

Cerita Zihan lagi, Iman merupakan adik bongsu daripada tiga beradik yang sering menemani dan menjaga ibu mereka sewaktu terlantar di hospital.

Menurut suri rumah itu lagi, dia menyifatkan adiknya cukup disenangi ramai, mudah tersenyum, ringan tulang dan suka membantu orang lain terutama dalam kesusahan.

Malah kata Zihan yang merupakan ibu kepada tiga anak berkata, adiknya berkongsi minat dengan arwah ibu yang suka memasak, dan juga sering berkongsi masakan dengan rakan-rakannya.

prebet iman 5

Pasukan tentera menguruskan pengebumian Iman.

"Ramai akan rindu air tangan Iman terutama resipi arwah ibu, nasi butter. Saya sendiri mulanya ingat Iman akan jadi chef, tapi terkejut apabila dia memilih untuk bergelar tentera.

"Iman nak cabar diri jadi tentera kerana dia berjiwa lembut dan mudah menangis. Tapi semangat dia kuat, dan akan pulun sampai boleh.

Walaupun bukan di medan perang, tetapi Iman berjuang untuk menjadi pahlawan... dia terlalu istimewa.

ZIHAN

KAKAK

"Walaupun ayah tak berpeluang nak sarungkan beret hijau pada Iman seperti yang dia nak, tapi semua pegawai dan komando tabik hormat pada Iman di hari pengebumiannya.

"Tiga trak askar datang, dan ramai kawan yang datang dari luar Pahang untuk menyempurnakan pengebumian dia malam tu," ujarnya yang berniaga makanan sejuk beku dalam talian.

prebet iman 9

Kenangan.... Allahyarham Muhamad Iman (kanan) bersama arwah ibu.

Bagi Zihan, adiknya dianggap sebagai pahlawan negara kerana pengakhirannya sehingga ke titisan peluh terakhir dalam menunaikan impiannya menjadi tentera.

"Walaupun bukan di medan perang, tetapi Iman berjuang untuk menjadi pahlawan. Dia terlalu istimewa, moga lebih ramai mendoakannya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain