suria

Murid tahun 6 mamai waktu senja, galas beg tapi tak sempat pakai tudung... Sanggup tak mandi takut lewat sampai sekolah

Ameliena yang juga pelajar tahun enam ini menggesa si ibu supaya segera menghantarnya ke sekolah.

RAKAMAN video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan mamai namun kelam-kabut untuk bergegas ke sekolah ketika waktu senja sehingga tidak sempat menyarungkan tudung, mencuit hati warga maya.

Berdasarkan perkongsian si ibu, kejadian sekitar pukul pukul 7.30 malam itu berlaku selepas anaknya Nur Ameliena Mohd Fathi Kamil yang berusia 12 tahun bangun daripada tidur dan menyangka ia adalah waktu pagi.

Menceritakan momen kelakar tersebut, Fauzalina Fauzi yang berusia awal 40-an berkata, dia terkesima melihat reaksi anak keempatnya itu bersemangat ingin ke sekolah sedangkan azan Maghrib hampir berkumandang.

"Saya baru sampai rumah hampir waktu Maghrib. Pada masa tu dia tinggal sendirian di rumah dan kebiasaan selepas balik sekolah, dia akan makan serta tidur kerana letih.

"Pada waktu tu, abang dia balik dan ada hantar mesej minta bukakan pintu sebelum call... tapi dia ingatkan orang call untuk kejutkan pergi sekolah," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Pelik dengan perkara yang berlaku, keesokannya Fauzalina bertanyakan semula kepada Ameliena yang mesra disapa adik oleh keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang long ‘lempang’ adik bongsu tengah tidur, rasa nak marah kena kacau! Tapi dalam mamai, senyum lebar dapat kasut bola

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah minta maaf, terpaksa dukung ‘kucing mamai’ sambil mengajar

Apa yang mengejutkan adalah anaknya menyatakan dia tidak dapat berfikir perkara lain sebaliknya hanya mahu ke sekolah kerana sudah lewat.

"Adik bagi tahu yang dia tak mandi tapi terus bersiap dan capai beg... jadual pun tak tengok sebab nak bergegas ke sekolah.

"Mesej yang abang dia bagi pun tak dibaca kerana fikir sudah lambat. Kebetulan saya pun baru sampai, dia cakap 'cepat la' supaya saya segera hantar.

Ameliena bercita-cita menjadi seorang YouTuber.

Ameliena bercita-cita menjadi seorang YouTuber.

"Lagipun dia cakap yang hari Rabu tak boleh ponteng 'adik takut kalau tak pergi sekolah, hari tu penting... tak boleh tak datang'.

"Abang Hafiz dia pula mengusik dan menyatakan yang jam sudah pukul 7.40, itu membuatkan dia lagi tergesa-gesa nak pergi sekolah," ceritanya yang sempat merakamkan kelakuan anaknya itu kerana tak pernah berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas sedar diri 'dipermainkan', Ameliena terus masuk ke bilik dan tidak keluar sehinggalah keesokan harinya.

Esoknya video tu dah tular kat Instagram sampai kawan sekolah tahu.

FAUZALINA

Malah, dia juga enggan turun makan malam kerana malu terus ditertawakan oleh abangnya, Muhammad Al Hafiz Kamil.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima cahaya mata ini memaklumkan bahawa video yang tular itu turut mendapat perhatian rakan dan guru sekolah Ameliena.

"Esoknya video tu dah tular kat Instagram sampai kawan sekolah tahu. Tapi dia tak marah saya, cuma cakap malu sebab hanya pakai anak tudung dan tak pakai cermin mata.

Fauzalina bersama suami dan anak-anaknya.

Fauzalina bersama suami dan anak-anaknya.

"Kawan-kawan pun memang tahu yang dia suka buat video dan menyanyi... jadi mereka tak pelik, cuma ketawakan dia sebab nampak bergegas nak pergi sekolah," luahnya lagi.

Berkongsi perihal Ameliena, ujar Fauzalina, anaknya itu bercita-cita ingin menjadi seorang YouTuber selain gemar bernyanyi.

Terdahulu rakaman video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini menjadi tular sehingga mendapat lebih lima juta tontonan di samping 477,500 tanda suka.

Warganet yang pernah melalui situasi seperti Ameliena turut berkongsi pengalaman mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain