suria

Kereta belum dapat tapi ‘loan’ dah kena bayar, ramai pelik cara pembantu jualan buat kerja... Pemilik diminta lapor bank!

Pembeli mendakwa bayaran loan bermula sebelum kereta diperoleh.

PINJAMAN kereta atau pembiayaan sewa beli kenderaan merupakan salah satu kaedah untuk memiliki kereta idaman lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bajet kewangan terhad.

Pun begitu, pembiayaan sewa beli yang dipersetujui berkemungkinan mengambil masa yang lama atas beberapa faktor seperti kesediaan kenderaan idaman.

Bagaimanapun perkongsian seorang warganet di Facebook mengejutkan orang ramai apabila dia menyatakan proses pembiayaan telah bermula walaupun kereta yang ditunggu-tunggu masih belum diterima.

“Hi semua. Hanya nak tanya, normalkah kereta belum dapat lagi pada 6 Ogos tapi dah ada due date payment 4 September,” luahnya sambil memuat naik tangkap layar kadar tertera faedah pinjaman sebanyak 2.3 peratus.

Pelik dengan situasi yang dilalui, dia mengajukan perkara tersebut kepada pembantu jualan (SA) dan jawapan yang diterima agak mengejutkan.

Tambahan pula dia dimaklumkan akan mendapat kereta idaman dalam ‘kadar segera’ sejak April lalu.

Persoalan yang ditimbulkan pembeli mendapat perhatian warganet.

Persoalan yang ditimbulkan pembeli mendapat perhatian warganet.

“Apabila tanya SA, dia cakap admin disburse awal dan kereta dapat minggu depan. (Ayat minggu depan tu daripada bulan April lagi dengar). Paid balance downpayment 27 Julai,” ujarnya.

Hantaran yang dibuatnya mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan dikongsikan di beberapa platform media sosial yang lain termasuk Facebook Page pandulaju.com.my.

Menurut admin terbabit, situasi yang dilalui individu tersebut sebagai tidak normal kerana kereta belum diterima tetapi pembiayaan pinjaman sudah berjalan.

Malah dia khuatir sekiranya terdapat kegiatan penipuan ‘kolar putih’ berlaku di syarikat jualan kenderaan berkenaan.

“Lagi takut, kita risau ada yang cuba tiru-tiru tandatangan pemilik dekat dokumen pada bank,” katanya.

Ekoran itu, posting yang dibuatnya dikongsikan lebih 2,000 pelayar Facebook.

Rata-ratanya mengandaikan SA hanya ingin mengejar komisen semata-mata tanpa mempedulikan pelanggan.

“Ni normal. Sebab dia nak commission cepat. Ni apa yang SA saya bagitahu... sebab komisyen mereka dapat bila kita dah tandatangan terima kereta. Tapi dia nak suruh tandatangan dan hantar untuk claim sebelum dapat kereta pun boleh.

Individu terbabit dikatakan membeli kereta mahal kerana kadar faedahnya rendah. - Gambar hiasan

Individu terbabit dikatakan membeli kereta mahal kerana kadar faedahnya rendah. - Gambar hiasan

“Selama jadi SA ni... daftar awal sebelum kereta sampai pernah dengar. Disburse awal tak pernah lagi.

“Belum ada kereta makna tiada nombor chassis yang register bawah penama tersebut, conflict of interest muncul di sini, owner interest dengan kereta tapi kereta tak muncul maka contract is void.

“Tak normal bro. Terima kereta dan waktu tu kita akan tandatangan satu dokumen daripada SA mengesahkan kita telah terima kereta tersebut dengan keadaan yang baik... dah sign baru SA ni hantar ke bank tempat loan approved dan sign tanda kereta dah terima.

"Kebiasaannya sebulan selepas tandatangan dokumen baru start bayar.

Sepatutnya dapat kereta baru sign, kemudian bayaran pertama akan dikira sebulan selepas tarikh tandatangan.

NETIZEN

“Tak normal... kereta saya sampai rumah dulu. Dua hari lepas tu baru bank call confirm betul dah ambil kereta atau belum.

Confirm tak normal... aku dah beli empat kereta, setakat ni. Selagi tak dapat kereta, tak perlu bayar lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 21 tahun, berjaya hadiahkan kereta untuk diri sendiri, tapi ada pula yang bitter - “Beli rumah pun kena buat loan, itu bukan achievement unlocked ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Menunjuk tak pakai otak! Wanita mengaku guna ‘cable’ beli Perodua Alza baharu teruk dikecam... “Branch manager ni sepupu abah je pun”

“Tak normal... sepatutnya dapat kereta baru sign. Kemudian bayaran pertama akan dikira sebulan selepas tarikh tandatangan,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat pula sebilangan pelayar Facebook yang menyuarakan kebimbangan seandainya kereta yang dipohon itu terlibat dalam kemalangan ketika pembantu jualan mengambilnya dari kilang untuk dibawa ke syarikat pengedar.

Warganet juga hairan dengan situasi yang dialami.

Warganet juga hairan dengan situasi yang dialami.

“Macam mana boleh mula bayar... bukankah patutnya masa kita ambil kereta nanti kena sign satu surat lepas kereta (VDO), kemudian SA submit surat pada bank.

"Baru bank akan disburse loan kepada syarikat kereta kemudian baru bayar loan... boleh lapor pada bank. Kalau kereta kemalangan dihenyak SA memang aniaya.

Settle touch up la tu atau worst case, kereta kemalangan dan kena repair apa-apa. Dah disbursed maknanya kereta dah tukar nama pemilik, road tax, insurance active,” ujar beberapa netizen lagi.

Selain pelik dengan luahan individu terbabit, warganet sempat menyelidik harga dan jenis kenderaan yang dibeli.

Ia berikutan, kadar faedah yang ditawarkan adalah rendah kerana harga kenderaan adalah melebihi RM100,000.

“Bank mana bagi interest macam tu? Murahnya.

“Dia beli kereta mahal, sebab tu rate rendah,” komen sekumpulan warganet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain