suria

Menunjuk tak pakai otak! Wanita mengaku guna ‘cable’ beli Perodua Alza baharu teruk dikecam... “Branch manager ni sepupu abah je pun”

Perkongsian wanita itu mengundang kecaman netizen di media sosial.

MODEL terbaharu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza meraih permintaan tinggi sejurus ia dilancarkan pada 20 Julai lalu.

Dikhabarkan ramai pelanggan terpaksa menunggu giliran masing-masing untuk memiliki kenderaan itu yang dijual pada harga bermula RM62,500.

Namun lain pula ceritanya di Facebook apabila seorang individu mendakwa dia berjaya 'memotong' giliran kerana sepupu bapanya bekerja sebagai pengurus di sebuah cawangan Perodua.

alza3

Komen netizen yang tidak berpuas hati dengan wanita itu.

"Kadang-kadang pembaris juga kita ni. Punyalah pusing minta tolong sana sini untuk dapatkan Alza tu. Last-last rupanya manager Perodua branch hakak booking ni sepupu abah je pun.

"Pagi tadi tanya Sales Advisor (SA), bunyi macam lambat lagi. Sejak kemudian baru dapat 'usha' kat manager, SA call bagitahu okey kak. Saya cuba 'winkan' kereta kak bulan ni juga.

"Beberapa jam kemudian beliau WhatsApp pula, Alhamdulillah kak, ada masuk sebiji ni, akak punya," ujar wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki gadis usia 20 tahun... ‘target’ nak beli Axia, tak sangka mampu miliki Mercedes - “Saya belajar di universiti sebulan je”

ARTIKEL BERKAITAN: Disanjung mampu beli BMW i8 harga setengah juta, ‘lifestyle’ jejaka ini bikin ramai kagum... Tapi ada juga netizen doa moga kena samun!

Dalam posting sama, wanita itu memanjatkan rasa syukur kerana urusannya dalam memiliki kereta idaman dapat dilalui dengan lancar dan mudah.

"Syukur Alhamdulillah. Atas kegigihan usaha sana sini dari nak apply loan lagi. Semoga kawan-kawan lain pun dipermudahkan urusan masing-masing.

"Boleh dah senyum sikit since dah beberapa bulan hadap masalah kereta lama yang tak settle lagi," ujar wanita itu lagi.

Punyalah pusing minta tolong sana sini untuk dapatkan Alza tu, rupanya manager Perodua branch hakak booking ni sepupu abah je pun.

PEMBELI KERETA

Tangkap layar posting berkenaan dikongsi menerusi Facebook Brainless Driver Malaysia Edition sehingga meraih hampir 800 komen netizen.

Rata-rata netizen menyelar kenyataan wanita itu yang dilihat dangkal kerana bersyukur dapat memiliki kereta melalui sistem yang tidak adil.

Malah, netizen meluahkan rasa berang kerana masih wujud individu yang tergamak menggunakan 'kabel' dan menyalah guna kuasa untuk kepentingan sendiri.

Prime minister,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob accompanied by Produa chairman Tan Sri Asmat Kamaludin (left) take a closer look of all new Produa Alza after the launching at Kuala Lumpur Convention Centre on July 20.—AZMAN GHANI/The Star

Kereta itu dilancarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 20 Julai lalu.

"Tak sangka nak beli kereta pun kena pakai kabel, aku ingatkan nak kerja je kena pakai kabel.

"Lepas tu nak pemimpin yang berintegriti. Kelakar lah awak ni.

"Beli kereta pakai cable. Tapi ada hati nak cakap atas kegigihan usaha sana sini. Pelik-pelik je.

553

Netizen menyelar tindakan wanita itu yang membeli kereta dengan cara tidak jujur.

"Nak beli kereta pun pakai cable. Permulaan rasuah kecil," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, model Perodua Alza serba baharu yang itu menerima lebih 30,000 tempahan sejak dibuka tempahannya pada 23 Jun lalu, lapor The Star.

Kereta itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara pada 20 Julai lalu.

Perodua Alza serba baharu dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat dan tanpa insurans).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain