suria

Hampir kena tinggal tepi jalan, pemuda ini bikin pemandu e-hailing hilang sabar... Leka main telefon tak tolong pantau laluan

Akibat tersalah pin lokasi, Alif Hazrain terpaksa membayar tambang keseluruhan berjumlah RM70.

AKIBAT tersalah pin lokasi yang ingin dituju, anak muda berusia 22 tahun hampir bertikam lidah dengan pemandu e-hailing.

Menceritakan situasi yang dialami, Noor Alif Hazrain Mohd Radzi berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu malam semasa dia dan rakannya ingin keluar ke sebuah restoran yang terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Namun disebabkan jarang menggunakan aplikasi perkhidmatan tersebut, pemuda yang menjalankan bisnes produk kecantikan ini tersalah pin lokasi.

Kebetulan pula, restoran yang dituju mempunyai dua cawangan iaitu di Damansara dan Pandan Indah.

“Saya jarang naik e-hailing sebab selalu drive sendiri. Nak dijadikan cerita, hari tu kereta rosak jadi terpaksa tempah e-hailing untuk pergi makan.

“Saya tak biasa guna aplikasi tersebut dan tersalah pin lokasi restoran yang ingin dituju. Kedai tu pula ada dua lokasi dan saya pin dekat Damansara, jauh la dari rumah.

“Tambang awal yang dipaparkan adalah RM40,” ujarnya memulakan cerita kepada mStar.

Disebabkan tidak memandu, dia hanya bermain telefon.

Bagaimanapun selepas mendapati perjalanan mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 40 minit, dia bertanyakan kepada pemandu yang sedikit berusia itu dan kemudian dimaklumkan bahawa aplikasi waze pada telefon rosak.

Alif Hazrain menjalankan bisnes produk kecantikan.

Alif Hazrain menjalankan bisnes produk kecantikan.

“Dalam perjalanan tu, saya tak tengok pun pemandu tu pergi arah mana sebab main telefon dalam kereta. Kira-kira 40 minit baru saya perasan yang lama sangat perjalanan dan pemandu itu cakap, waze dia problem dan berpusing-pusing (rerouted) sehingga tersalah jalan.

“Tiga kali juga dia salah masuk jalan, kerana jangkaan masa tiba adalah dalam 30 minit sahaja ke Damansara.

“Masa tu saya cakap okay sebab tak rushing, lagi pula saya faham bahawa tak ramai yang mahir menggunakan gajet di usia tersebut. Apabila saya periksa balik pin lokasi, baru perasan yang destinasi salah sebab di Damansara.

“Jadi saya beritahu pada pemandu dan dia terus marah kerana sudah keluar daripada area yang dia cover, jam pula dah lebih pukul 10 malam.

“Dia terus bising 'you mahu pergi mana atau berhenti tepi'. Saya dah jarang naik, dia pula asyik desak-desak... jadi terus minta dia berhenti tepi jalan,” luah anak jati Sungai Petani, Kedah yang turut kecewa dengan sikap pemandu berkenaan.

Masa terluang akan dihabiskan bersama rakan.

Masa terluang akan dihabiskan bersama rakan.

Namun sebelum sempat turun daripada kenderaan, pemandu yang berusia lingkungan 45 tahun itu menyatakan bahawa tiada perkhidmatan e-hailing lain di atas highway.

“Dia bising persoalkan macam mana saya boleh salah pin lokasi dan cakap ‘lain kali kena tengok betul-betul, menyusahkan orang’.

Tiga kali juga dia salah masuk jalan, kerana jangkaan masa tiba adalah dalam 30 minit sahaja ke Damansara.

ALIF HAZRAIN

“Awal tu saya masih berlembut tapi apabila dia terus bising, saya pun tegaskan suara juga... barulah dia slow tone sikit.

“Kemudian dia minta tamatkan tempahan sedia ada dan akan bawa saya ke destinasi yang dituju. Jadi tak perlu buat tempahan baharu sebaliknya hanya bayar terus kepada dia sebanyak RM30,” ujarnya yang baru menamatkan latihan industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat pelanggan basah kuyup, ‘kedekut’ aircond, pemandu e-hailing biadab halau penumpang - “Dia libas benda panjang, tunjuk isyarat lucah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu

Disebabkan itu, keseluruhan tambang yang dikeluarkan pada malam berkenaan adalah RM70 walhal restoran yang dituju hanya berdekatan dengan rumahnya di Ampang.

Malah perjalanannya untuk keluar makan malam adalah sekitar 1 jam 30 minit.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Situasi yang dialami itu menyebabkan video perkongsiannya tular di aplikasi TikTok dan ditonton lebih 124,000 pelayar.

Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen turut berkongsi pengalaman sama.

“Aku pun pernah tersalah location, akhirnya daripada kena bayar RM20 jadi RM60... tapi nasib baik pemandu tak marah.

“Kawan aku pernah salah pin location. Kemudian dia marah aku, tambang pun aku kena bayar... sakit hati!

“Pernah nak pergi Mid Valley, pemandu salah jalan. Dah bagi tahu nak ikut jalan mana tapi dia still ikut map, so diam saja tapi akhirnya kita kena bayar lebih,” luah beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain