Baru 21 tahun, berjaya hadiahkan kereta untuk diri sendiri, tapi ada pula yang bitter - “Beli rumah pun kena buat loan, itu bukan achievement unlocked ke?”

Izzah berkongsi detik gembira apabila berjaya menghadiahkan sebuah kereta buat diri sendiri pada usia 21 tahun.

SETIAP insan mempunyai impian tersendiri yang ingin dicapai dalam hidup.

Alangkah bertuahnya jika seseorang itu berjaya memperoleh apa yang diimpikannya dalam usia muda, sebagaimana perkongsian seorang gadis ini.

Menerusi posting di Twitter, gadis berkenaan berkongsi detik gembiranya apabila berjaya memiliki sebuah kereta yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak beli spender pun teragak-agak keluar duit..." - Dulu jadi bahan ejekan rakan, kini pemuda melaram 2 kereta mewah sampaikan ramai minta tip!

ARTIKEL BERKAITAN: Beli Vellfire pada usia 12 tahun, ibu Alyssa Dezek dituduh tak pandai urus duit anak - “Mungkin mereka tak tahu siapa ayah dia”

"Alhamdulillah, another achievement unlocked! At the age of 21, I managed to get my own car, (Alhamdulillah, satu lagi pencapaian berjaya dicapai! Pada usia 21 tahun saya berjaya memiliki kereta sendiri)," tulisnya pada ciapan beserta sekeping gambar kereta baharunya.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 4,500 retweet dan 28,100 likes serta mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.



Izzah berkongsi detik gembiranya dapat memiliki sebuah kereta pada usia muda di laman Twitter.

Menurut gerangan empunya diri yang bernama Nurul Izzah Mohd, kereta berkenaan berjaya dimiliki hasil titik peluhnya yang bekerja sambilan sebagai konsultan kecantikan sebuah jenama barangan penjagaan wajah terkenal.

Merupakan seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, gadis yang senang disapa sebagai Izzah berkata, statusnya sebagai pelajar tidak menghalangnya untuk mencari pendapatan sampingan.

"Saya cuma nak berkongsi bahawa golongan muda boleh saja nak buat bisnes walaupun bergelar pelajar. Setiap orang ada impian untuk dicapai. Kalau nak capai atau miliki sesuatu, kena ada pendapatan," ujarnya kepada mStar.



Biarpun masih bergelar pelajar, status tersebut tidak menghalangnya untuk terlibat dalam secara sambilan sebagai konsultan kecantikan.

Bercerita lebih lanjut, Izzah berkata dia sebenarnya baharu tiga bulan bergelar seorang konsultan kecantikan produk berkenaan.

"Mula-mula saya nak cuba jenama tersebut sebab kulit wajah saya ada breakout sikit. Kemudian ada seorang konsultan mereka approach pelawa saya sertai, katanya boleh buat income.

"Seminggu juga fikir dan kemudian saya ambil keputusan untuk cuba. Boleh dikatakan, sepanjang beberapa bulan bergelar konsultan kecantikan ni, pendapatannya Alhamdulillah.

Pengertian 'pencapaian' itu subjektif... ia bergantung kepada diri masing-masing. Saya dah target nak beli kereta, jadi bila dapat beli, kiranya salah satu impian saya tercapai.

NURUL IZZAH MOHD

"Apa yang penting kena push dan rajin buat sale, tetapkan mindset yang kita boleh buat, dan berusaha serta berdoa. Nak dapat apa yang diinginkan kena mula dari bawah," ujar gadis ini sambil mendedahkan pernah mencapai 'sale' sehingga mencecah RM5,000 sebulan.

Menurut gadis ini, tiada apa yang lebih membahagiakan dirinya selain dapat berkongsi rezekinya bersama ibu bapa dan keluarga.

"Biasanya sebelum ini bergantung kepada mak ayah sebab masih belajar. Syukur sangat sebab sekarang boleh juga bantu hulur serba sedikit dan belanja mereka.



Izzah bersyukur dapat membantu kedua-dua ibu bapanya dengan wang pendapatan sendiri.

"Saya beli kereta pun sebab nak mudahkan pergerakan untuk pos barang dan jumpa klien. Sebelum ni asyik pinjam kereta kakak atau abang saja," ujar anak bongsu daripada lima beradik ini.

Lumrah media sosial, Izzah juga tidak terkecuali berdepan dengan komen negatif daripada segelintir netizen yang 'kurang senang' dengan perkongsiannya itu.

"Ya, ada juga yang sifatkan apa yang saya miliki ini tak layak dikategorikan sebagai 'achievement unlock' sebab hakikatnya masih berhutang dengan bank.



Antara komen-komen netizen pada perkongsian Izzah.

"Bagi saya sendiri, pengertian 'pencapaian' itu subjektif... ia bergantung kepada diri masing-masing. Saya dah target nak beli kereta, jadi bila dapat beli, kiranya salah satu impian saya tercapailah.

"Saya pun ada buat pengiraan kewangan sebelum beli kereta. Jarang sekali orang dapat beli dengan harga tunai betul tak? Kalau nak beli rumah pun kena buat pinjaman juga... adakah itu pun tak boleh kata 'achievement unlocked'"

"Mudah kata, terpulang kepada diri sendiri. Yang penting saya dapat bantu dan sumbang sesuatu untuk ibu bapa serta keluarga," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ibu Chef Zam meninggal dunia akibat pneumonia