suria

Penampakan kelibat hitam tepi bahu wanita cetus tanda tanya, pemuda nafi cubaan sabotaj - “Bapak aku pun ada kedai makan”

Foto tular yang dikongsi di laman Facebook.

KEHADIRAN satu entiti misteri dalam swafoto yang dirakam seorang lelaki ternyata mengundang perhatian pengguna media sosial.

Dikongsi oleh pemilik Facebook Budi Akmal, foto melibatkan sebuah keluarga itu dirakam di sebuah kedai makan di Kuala Perlis pada Sabtu.

Dalam foto berkenaan, jelas dapat dilihat satu entiti hitam di sisi bahu salah seorang ahli kumpulan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang nampak kelibat putih, tapi geng basikal lebih takut tengok 3 budak laki ‘berdesup’ atas jambatan usang

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut” - Tiada gangguan, kelibat ketika photoshoot bunian, pelajar tak sangka ada isu lain selepas rakaman

Menurut pemuda berkenaan, dia sudah memadam foto berkenaan setelah menerima kecaman.

Malah, dia turut dituduh sengaja melakukan suntingan ke atas foto tersebut.

"Aku pun tak tahu pasal apa benda ni jadi isu. Pasal aku tak ada pun sebut nama kedai, jauh sekali nak sabotaj orang niaga.

Antara komen netizen di Facebook.

"Pasal bapak aku pun ada kedai makan. Fuh ingat nak tenang-tenang share part bercuti dengan keluarga ni.

"Sekali boleh jadi kontroversi pula," jelasnya di Facebook.

Dalam pada itu, ramai netizen turut meninggalkan komen termasuklah teori masing-masing berhubung foto berkenaan.

Pasal aku tak ada pun sebut nama kedai, jauh sekali nak sabotaj orang niaga.

BUDI AKMAL

Malah, ada yang memberi penjelasan bahawa entiti hitam itu merupakan bahagian rambut seorang kanak-kanak yang sebenarnya sedang bersandar di bahu wanita dalam foto tersebut.

Selain itu, ada netizen yang turut berkongsi pengalaman mistik mereka yang lebih kurang sama menerusi ruangan komen posting itu.

Kejadian berlaku di sebuah kedai makan di Kuala Perlis. (Gambar Hiasan)

"Saya pernah lalui ni bang... masa banjir dua tiga tahun lepas. Dalam grup WhatsApp keluarga. Mula-mula tak perasan, saudara mara dari Kuala Lumpur cakap cuba perhati dalam gambar. Memang betul ada.

"Pokok kot. Tak pun barang apa ada kat tepi tu.

"Orang yang lemas kat laut tu, minta korban lagi," dakwa seorang lagi netizen di ruangan komen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain