Kerana akak tak ada common sense selamba potong queue, Da’i Wan dimarah bini – “Layak sekali ditegur, biar sedar”

Dai' Wan (kiri) dan isteri melalui pengalaman di sebuah restoran nasi lemak. Foto instagram Wandazrin

WALAUPUN amalan beratur lebih kepada common sense, namun prosedur operasi standard (SOP) sejak pandemik Covid-19 telah menetapkan penjarakkan fizikal (menggantikan istilah penjarakkan sosial) sekurang-kurangnya satu meter.

Pengalaman yang dilalui oleh pendakwah bebas, Wan Dazrin Wan Din bersama isteri, Syahirah Zamhari mengenai penjarakkan fizikal di sebuah restoran nasi lemak, menguji kesabaran pasangan itu.

"Sedang kami beratur, datang seorang perempuan di belakang saya. Ketika itu Syahirah, telah saya minta dia untuk tunggu sahaja di meja sambil saya berdiri untuk buat tempahan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Common sense tertukar dengan binatang mungkin" - Pelajar 'U' geram, kerepek habis, mana duitnya?

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video show off selepas rakan ikut bercuti, tapi tak ada 'common sense' hulur duit minyak - "10 jam perjalanan, siap hantar seorang demi seorang balik rumah"

"Sudah lama beratur, hujan pula turun. Makin lama makin lebat. Jadi yang beratur tadi makin lama makin rapat," tulisnya menerusi perkongsian di akaun Instagram @wandazrin.



Nasi lemak yang menjadi perhatian Da'i Wan dan isteri.

Wan Dazrin yang lebih dikenali sebagai Da'i Wan berkata, dia masih perlu menjarakkan diri kerana menjaga penjarakkan fizikal antara pelanggan lain.

"Bila hujan turun dengan lebat, saya yang ke belakang sikit ni lambaikan tangan sebab nak panggil Syahirah, nak beritahu tak payah makan di situ, kita bungkus sahaja.

"Dia pun datanglah pada saya. Kemudian, Syahirah nampak kedudukan saya yang agak menjauh dari barisan tadi, tapi kaki kiri saya masih saya hulurkan ke depan sebagai tanda posisi saya ketika beratur," ujarnya.

Namun, tiba-tiba seorang wanita yang beratur di belakangnya bertindak 'memintas' barisan dan dengan selamba membuat pesanan.

"Sedangkan sah-sah dia patut tahu kedudukan dia yang jelas di posisi belakang saya. Sudahlah, begitu. Laju sahaja dia order macam tiada rasa bersalah dan seolah-olah giliran dia. Banyak pula tu tempahannya," tambahnya.



Insiden di sebuah restoran memaparkan perbezaan karakter Da'i Wan (kanan) dan isteri. (gambar hiasan)

Insiden itu secara tidak langsung menunjukkan perbezaan karakter Da'i Wan yang lebih tenang berbanding isteri yang mulai berang dengan tindakan melampau wanita berkenaan.

"Syahirah cukup berang. Dia pun sound (tegur) saya. Eh? Ya, saya yang kena. Dia kata 'Daddy, it's your turn. You yang sampai dulu. You yang patut order dulu!' Apa lagi, akak tu pun berpusinglah tengok Syahirah.

"Tapi sayangnya, lepas sound macam tu, Syahirah terus pergi dari situ dan yang kelakarnya, akak tu boleh sambung order macam biasa. Tak de rasa bersalah pun.

"Saya pula jenis cool sahaja. Tak apalah. Syahirah punyalah marah dekat saya. Dia kata sabar pun kena ada tempatnya juga. Orang buat macam tu, tak rasa bersalah, tak ada common sense, mana boleh bersabar. Kena tegur, biar sedar," katanya.

Walaupun saya seorang penceramah, tapi gayanya di rumah, saya yang kena ceramah oleh isteri sendiri

DA'I WAN

Menurut Da'iWan, dia kekal tenang dan sebagai lelaki adalah tidak wajar untuk memarahi wanita bagi memberi kesedaran.

"Kerana akak tu, saya yang kena marah sampai saya sedar. Cumanya, kalau boleh tak perlu pun diajar. Hormatlah orang yang beratur depan kita, sekurang-kurangnya mintalah maaf. Ini common sense.

"Saya tahu akak tu lapar, hujan lagi, tapi semua yang beratur tu pun lapar sebab tu semua beratur untuk membelinya," katanya.



Luahan Da'i Wan mengenai wanita yang tidak mempunyai common sense.

Sehubungan itu, Da'i Wan menasihatkan kepada semua agar menghormati orang lain dan mengetahui tentang adab ketika beratur dan pada masa sama mematuhi SOP.

"Bila orang duduk jauh dari line beratur, bukan sebab lain sekarang ni, tapi semata nak jaga social distancing. Ingatlah tentang tu. Syahirah dok marah akak tu dari dalam kereta sampai habis nasi lemak tu kami makan.

"Post ni wujud pun sebab dia suruh saya sampaikan kepada rakyat Malaysia. Walaupun saya seorang penceramah, tapi gayanya di rumah, saya yang kena ceramah oleh isteri sendiri.

"Sabar itu perlu kena pada tempatnya ya. Untuk orang yang potong queue dan tak tahu common sense layak bagi sekali tamparan berbentuk teguran biar sedar, sebab kalau berdiam, mereka takkan rasa bersalah dan mungkin akan buat lagi," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain