suria

Ramai idam ketinggian macam model tapi gadis tinggi lampai dedah tak semua indah! Pernah disangka patung, hidap sindrom marfan

Sya memiliki ketinggian luar biasa.

MEMPUNYAI ketinggian persis seorang model pastinya menjadi dambaan seorang wanita.

Namun hakikatnya, pelbagai cabaran dan dugaan perlu dihadapi.

Mana tidaknya, golongan yang mempunyai ketinggian 'luar biasa' pasti akan mempunyai gelaran seperti galah atau zirafah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibuli sejak kecil, perkahwinan musnah! Wanita hanya sedar hidap tourette ketika usia 24 tahun selepas bakal suami sedar pergerakan pelik

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka tinggi lampai tebal muka berkali-kali terlanggar chandelier di restoran... paling win ada nak upah pasang langsir raya tapi kalau jadi model boleh je!

Begitulah yang dialami Nur Syahirah Saufi apabila ketinggiannya mencecah 186 sentimeter (cm).

Menurutnya, dia merupakan anak kedua tertinggi dalam keluarga selepas abang sulung yang berketinggian 193cm.

"Adik ketiga 179cm dan bongsu 175cm. Mak saya tinggi 171cm manakala abah dalam lingkungan 160cm.

"Kami semua ikut baka belah mak yang mempunyai kacukan Pakistan," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Bercerita tentang nama gelarannya, gadis berusia 25 tahun itu berkata, rakan-rakan akan memanggil dirinya 'panjang' mahupun 'zirafah' dan 'galah'.

Namun dia bersyukur kerana tidak pernah menjadi mangsa buli.

Pernah menjadi model baju pengantin.

Pernah menjadi model baju pengantin.

Sebaliknya perlu lali dengan ejekan rakan-rakan.

"Gelaran memang ada dari kecil lagi. Semasa saya belajar di kolej vokasional tu saya dipanggil dengan panggilan 'panje' sampai sekarang. Kawan-kawan kolej masih panggil dengan panggilan tu dan dah jadi sebati dalam diri kerana sudah terbiasa.

"Zaman sekolah rendah dulu terasa la juga apabila diejek kawan-kawan," luahnya yang menyedari ketinggian berbeza daripada rakan seusia ketika tadika.

Imbasnya, pada masa itu rakannya hanya berada paras bahu ketika mereka duduk bersebelahan.

Katanya lagi, dia pernah berasa rendah diri kerana keadaan diri tidak seperti orang lain terutama rakan seusia.

Turut menghidap sindrom marfan.

Turut menghidap sindrom marfan.

"Sama juga bila naik sekolah rendah dan menengah. Saya hilang keyakinan diri nak berhadapan atau berada di khalayak ramai.

"Tapi lama kelamaan saya buang rasa tu dan berani untuk keluar berhadapan dengan orang ramai.

"Disebabkan itu, saya buat video di TikTok dan tidak sangka akan tular. Selepas itu baru saya sedar rupanya ramai juga yang mempunyai tinggi seperti saya," ujar bekas pelajar kosmetologi Kolej Vokasional Tanah Merah ini.

Menurutnya yang mesra dipanggil Sya, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah dia disangkakan patung.

"Antara pengalaman menarik yang pernah dialami ketika berada di tempat umum adalah seorang pakcik terkejut melihat saya kerana dia ingatkan patung.

Sya pernah rasa hilang keyakinan diri.

Sya pernah rasa hilang keyakinan diri untuk duduk bersama khalayak.

"Masa tu, saya berada dalam kedai pakaian sambil memilih baju. Kemudian ada seorang pakcik ni lalu belakang saya dan keluarga, jadi saya bergerak ke hadapan sikit untuk memberi laluan kepada dia.

"Tiba-tiba pakcik tu terkejut dan beritahu yang dia ingatkan saya patung.

Kalau saya berjalan denyutan jantung saya sama dengan orang berlari.

"Selain itu, ada juga yang ajak bergambar dan semestinya saya menjadi tumpuan ramai kalau ke mana-mana sahaja," katanya yang pernah menjadi model baju pengantin dan catwalk sejak usia 17 tahun.

Ujarnya yang kini bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta, kerja sambilan sebagai model terhenti selepas wabak Covid-19 menular.

Tambahnya, walaupun ramai yang berhasrat memiliki ketinggian sepertinya, namun ia bukanlah sesuatu yang baik.

Ia berikutan, dia dan adik beradik menghidap sindrom marfan kerana ketinggian yang tidak normal.

Sya merupakan anak kedua tertinggi dalam keluarganya.

Sya merupakan anak kedua tertinggi dalam keluarganya.

"Penyakit berkaitan dengan jantung disebabkan faktor ketinggian kami. Untuk sekarang, saya tak alami apa-apa lagi cuma denyutan jantung sahaja yang tak normal seperti orang lain.

"Contohnya, kalau saya berjalan denyutan jantung saya sama dengan orang berlari.

"Jadi kena selalu buat pemeriksaan di hospital. Bagaimanapun, saya dah lama tak buat pemeriksaan yang dijadualkan setahun sekali itu," jelasnya lanjut.

Terdahulu, perkongsian video di laman TikTok ditonton lebih 1.4 juta pelayar.

Rata-ratanya membandingkan Sya dengan mereka yang berketinggian kurang 150cm.

"Kita 149cm ni paras mana? Terus auto jadi smurff.

"Girl, I yang 170cm pun rasa macam giant.

"Best, harap dapat la tinggi macam ni.

"Saya tinggi 169cm ni pun tak ada keyakinan. Budak lelaki sekolah saya dulu selalu kutuk," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain