suria

Beria kongsi video masakan, tapi mata netizen tak fokus... Pemuda kacak Pasir Mas raih perhatian, ada juga tegur isu rambut panjang

Taufiq berkata dia mula minat memasak sejak berusia lima tahun dan menjadikan internet sebagai rujukan utama

SETIAP individu melalui perjalanan yang berbeza-beza dalam hidup mereka.

Begitu juga dengan lepasan bidang Kejuruteraan Eletrik Komputer ini yang semakin ligat berniaga makanan di hadapan rumahnya di Pasir Mas, Kelantan.

Menurut Ahmad Taufiq Al Haq, 22, dia yang baru sahaja menamatkan pengajian pada Mac lalu memilih untuk mencari rezeki dalam bidang masakan kerana minat yang terbuku sejak sekian lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil rajin ke dapur, aksi masak campak-campak sambil tersenyum bikin hati cair... Wow! Jejaka awet muda terima banyak mesej cari jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la kacak, memasak pun handal! Pelajar UiTM ini buat para gadis tak senang duduk - “Kenyit mata tu paling style”

"Sebelum ini saya pernah berniaga online, jual spaghetti, ramen dan burger. Sejak puasa, saya mula berniaga kebab kat depan rumah. Rancangan asal nak sewa kedai, tapi agak susah nak cari. Akhirnya saya berniaga depan rumah.

"Sepanjang bulan puasa saya hanya jual kebab. Semuanya saya buat sendiri termasuklah roti. Selain berniaga, saya juga buat content video masakan depan rumah untuk perkenalkan bakat diri dan cipta branding," ujarnya.

Senang disapa Taufiq, lepasan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah itu tidak bercadang untuk bekerja dalam bidang yang dipelajari, sebaliknya mahu fokus mengembangkan perniagaan makanan.

Tambah Taufiq, dia ada misi besar untuk memperkenalkan menu-menu Itali yang masih lagi asing dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan.

taufiq03

Taufiq berniaga kebab di hadapan rumah sepanjang bulan puasa.

"Dulu saya tak nampak yang saya boleh pergi jauh dalam bidang masakan. Cikgu pernah bercerita mengenai bidang kejuruteraan, jadi saya pun ikut sahaja. Tapi apabila sampai semester lima, saya rasa nak putus asa sebab tiada minat. Tapi saya tetap teruskan sampai habis.

"Saya temui minat sebenar dalam bidang masakan dan akan terus berniaga depan rumah. InsyaAllah saya akan pelbagaikan menu. Saya nak buat makanan berasaskan citarasa Itali seperti ravioli yang masih rare di Kelantan. Saya nak dedahkan rakyat Kelantan dengan masakan Itali," ujarnya.

Mengimbau zaman kecilnya, Taufiq berkata dia mula minat memasak sejak berusia lima tahun dan menjadikan internet sebagai rujukan utama untuk mendalami pelbagai juadah.

Sepanjang bulan puasa saya hanya jual kebab... semuanya buat sendiri termasuklah roti.

TAUFIQ

"Saya masih ingat tentang kisah cuba goreng telur yang telah direbus pada usia lima tahun. Masa tu mak saya cubit telinga. Tapi saya memang suka nak cuba buat benda-benda baru. Saya banyak belajar memasak di Internet. Banyak kali cuba baru menjadi.

"Sebelum ini, saya pernah cuba buat stik medium rare. 10 kali percubaan baru dapat bahagian pink di tengah-tengah daging. Saya rasa itu satu pencapaian buat saya. Selain itu, saya juga ada buat kek dan pencuci mulut.

"Rasa nak putus asa tu perkara biasa terutamanya setiap kali kita cuba tapi tak jadi. Tapi saya selalu ingat mengenai Gordon Ramsay, dia pun pernah gagal walaupun selalu marah dan tengking tukang masak lain. Macam mana dia bangkit, begitulah juga saya mencuba," ujarnya yang banyak berkongsi video masakan menerusi TikTok.

WhatsApp Image 2022-04-28 at 12.14.46 AM

Antara komen netizen menegur penampilan Taufiq berambut panjang.

Akhir bicara, Taufiq sempat menitipkan pesan kepada anak muda yang berminat menceburi bidang sama agar sentiasa berpegang kepada sasaran mereka dan jangan sesekali mudah berputus asa.

"Nombor satu kena ada minat. Kalau kita buat sesuatu yang kita minat, susah sikit kita nak berputus asa sebab tiada paksaan. Walaupun gagal, kita tetap gembira. Macam saya, goreng telur hangit pun saya tak kisah, sebab saya minat memasak dan boleh cuba lagi.

"Yang kedua, apabila terlibat dalam bidang ini, kita kena pandai disiplin. Servis terhadap pelanggan juga penting," ujarnya yang memiliki lebih 13,000 pengikut di laman TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain