suria

Ke hulu ke hilir fantasi digoda janda, sticker unsur lucah jadi trend hias cermin kereta... Naik mual ibu tunggal jadi simbol seks!

Sebuah kereta didapati menampal pelekat berunsur lucah.

PENGGUNAAN sticker pada cermin atau badan kenderaan dengan pelbagai tulisan bukan perkara baru malah dilihat menjadi trend.

Namun apa yang tidak menarik dipandang adalah penggunaan sticker dengan mesej berbaur lucah digunakan tanpa segan silu oleh segelintir pemilik kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong serkap jarang kalau tiba-tiba alih skrin telefon, history Google kosong... Ini petanda anak ‘layan’ video lucah!

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh besarkan payudara sebelum kahwin, gadis ini dedah belang lelaki gila seks... Rupa-rupanya ramai jadi mangsa ‘Azim’!

Apa yang menyedihkan adalah ungkapan mengaitkan wanita berstatus ibu tunggal atau janda dilihat menjadi pilihan ramai.

Melihatkan trend itu, YouTuber Kamarul Afiq As-Subanji meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana golongan itu diperlekehkan selain dijadikan bahan gurauan sesetengah pihak.

Sticker berunsur lucah sering ditampal pada lori.

Sebuah kereta didapati menampal pelekat berunsur lucah.

Memetik kisah Rasulullah SAW bersama sahabat Baginda, Kamarul memberitahu pada zaman tersebut wanita berstatus janda diangkat darjatnya.

"Rasulullah bertanya kepada sahabat, Jabir... adakah dia sudah bernikah, lalu Jabir menjawab dia sudah bernikah. Rasulullah bertanya lagi, nikah dengan janda atau anak dara? dan beliau menjawab 'janda'.

"Rasulullah bertanya lagi, kenapa tidak nikah dengan anak dara? Lalu, Jabir menjawab... ayahnya gugur syahid di medan Uhud dan meninggalkan sembilan orang adik-beradik yang lain.

Antara design yang disediakan.

Antara design yang disediakan.

"Jabir menikahi janda supaya isterinya dapat membantu untuk menjaga adik-beradiknya, berdasarkan pengalaman dan emosi yang dimiliki oleh seorang wanita yang pernah berkahwin. Lalu, baginda Rasulullah memuji Jabir atas tindakannya itu lalu mendoakannya," demikian menurut riwayat Imam Muslim seperti yang dikongsikan Kamarul di Facebook.

Tambah Kamarul, golongan janda tidak sepatutnya dijadikan bahan melucah atau modal seks seperti ungkapan pada pelekat kenderaan yang sering digunakan sesetengah pihak.

Malah katanya, tidak semua janda memiliki sikap dan perwatakan yang buruk dan begitulah anak dara yang tidak semuanya berkelakuan baik.

Nabi Muhammad s.a.w. memuliakan wanita berstatus janda.

KHAIRUL AFIQ

Ketika dihubungi mStar, Kamarul berkata coretan tersebut dibuat selepas melihat perkongsian gambar sebuah kereta yang dipenuhi pelekat seperti itu.

"Melihatkan gambar itu, saya terus teringat kepada kisah Nabi dan sahabat Jabir yang diceritakan oleh Ustaz Salman Ali. Dalam kisah itu, Nabi Muhammad SAW memuliakan wanita berstatus janda," jelasnya.

Sehubungan itu, dia berharap tindakan undang-undang atau penguatkuasaan dilaksanakan bagi menghalang ungkapan berunsur lucah itu digunapakai secara berleluasa kerana dikhuatiri menjadi ikutan golongan remaja dan kanak-kanak.

Netizen juga meluahkan rasa bimbang dengan individu yang menggunakan pelekat berkenaan.

Netizen juga meluahkan rasa bimbang dengan individu yang menggunakan pelekat berkenaan.

"Kata-kata pada sticker itu sendiri melanggar Rukun Negara... melanggar kesopanan dan kesusilaan. Harapnya ada undang-undang diperuntukkan untuk pengguna jalan raya yang tidak sopan," katanya tegas.

Terdahulu, hantaran yang dibuat di ruangan Facebook beserta gambar sebuah kereta yang dipenuhi pelekat dikongsi lebih 600 pelayar dalam tempoh beberapa jam.

Rata-rata netizen turut mengakui tulisan pada pelekat kenderaan itu membawa maksud yang buruk dan penghinaan kepada ibu tunggal.

Ada juga yang menyifatkan pengguna sticker seumpama itu mempunyai masalah psikologi, oleh itu ibu bapa dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak membiarkan anak mereka bersama individu tersebut bagi mengelakkan menjadi 'mangsa'.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Sedih bila ada manusia yang dengan mudah meletakkan darjat orang lain di tempat tidak sepatutnya.

"Gang pemandu lori mula dulu perkara ini. Tidak semua tapi segelintir... tiada adab.

"Kadang-kadang banyak sticker seperti ini di lori. Inilah contoh orang yang rendah tahap berfikir, tidak sedar dosa dan pahala.

Boleh didapati di e-dagang.

Boleh didapati di e-dagang.

"Kadang terasa dengan status kita ni. Apa boleh buat telan sahajalah," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, semakan ke atas beberapa e-dagang terkemuka mendapati, pelekat seperti itu dijual secara langsung dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja tanpa kawalan.

Harga yang dijual pula sekitar RM16 hingga RM31 bergantung kepada saiz, jenis dan warna.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain