suria

Disuruh besarkan payudara sebelum kahwin, gadis ini dedah belang lelaki gila seks... Rupa-rupanya ramai jadi mangsa ‘Azim’!

Kira membuat pendedahan di laman Twitter kerana tidak mahu wanita lain turut menjadi mangsa 'Azim'. Gambar hiasan.

TIDAK hanya terhad secara fizikal ataupun bersemuka, gangguan seksual juga boleh berlaku secara atas talian atau online.

Lebih-lebih lagi dalam era moden ketika ini, medium komunikasi sudah beralih ke platform media sosial, justeru isu gangguan seksual juga semakin berleluasa.

Begitu juga dengan wanita ini yang sama sekali tidak menyangka menjadi salah seorang mangsa gangguan seksual seorang lelaki yang dikenalinya menerusi media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kira berkata, dia mula mengenali pemuda bernama Azim pada pertengahan tahun lalu.

"Kami kenal sebagai rakan media sosial sahaja... tak ada interaksi yang kerap pun. Ketika berkenalan, dia beritahu dia pelajar jurusan perubatan dan sedang menjalani internship sebagai pembantu pegawai perubatan (MA).

"Itu sahaja serba sedikit background dia yang saya tahu. Masa tu dia tak menggatal lagi. Tapi daripada perbualan kami, apa yang saya boleh nampak dia seorang yang suka flex (menunjuk) contohnya dia memandu kereta model apa.

ss azim 1

Tangkap layar (screenshot) perbualan antara Kira dan lelaki yang bernama Azim.

"Pada Disember tahun lalu, tiba-tiba dia mesej di Telegram beritahu dia suka saya. Saya tak percaya dan curiga malah saya rasa dia mungkin suka dekat perempuan lain juga," cerita wanita berusia 22 tahun ini.

Kira yang juga pelajar jurusan Kimia Gunaan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pahang berkata, selepas luahan mengejut itu, Azim menyepi seketika sebelum 'muncul' semula pada Mac lalu.

"Pada Januari dan Februari lalu kami langsung tak contact. Tiba-tiba Mac lalu dia mesej beritahu nak masuk meminang. Bukan kepalang saya terkejut!

"Saya beritahu, kalau nak ke fasa seterusnya kena la berjumpa dulu sebab kami masing-masing tak kenal lagi... kemudian barulah boleh jumpa ibu bapa. Tapi pelik, apabila ajak jumpa, banyak pula alasannya.

azim 3

Menurut Kira, Azim mengelak ketika diajak berjumpa sebaliknya lebih gemar mengajaknya melakukan panggilan video atau menghantar mesej berbaur lucah. Gambar hiasan.

"Dia nak kita layan secara online saja. Dia ajak video call dan sexting. Dia mengaku nak kahwin cepat sebab nafsu dan ada perkara sensitif lain yang dibangkitkan. Sudah tentu saya turn off dengan lelaki macam itu.

"Sepanjang bersembang di WhatsApp, barulah nampak perangai dia yang sebenar. Dalam masa yang sama saya terfikir, dia selalu menghilang lama kemudian muncul. Mesti ada yang tak kena," ceritanya.

Terpanggil untuk berkongsi kisahnya agar dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain, Kira berkata dia mengambil keputusan untuk membuat pendedahan itu di Twitter.

Saya tak ada niat nak exposed dia, tapi bila ramai kena dan untuk elakkan ramai wanita jadi mangsa, maka terpaksalah post.

KIRA

Apa yang mengejutkan Kira, dia menerima mesej menerusi direct message (DM) daripada tiga wanita lain yang berkongsi kisah hampir diperdaya lelaki yang sama, berdasarkan pendedahan yang dikongsikannya.

"Menurut mangsa-mangsa ini, si lelaki itu juga bernama Azim. Modus operandinya lebih kurang sama. Lelaki tu konon-konon ajak kahwin padahal dia nak 'lock' mangsa untuk puaskan nafsunya.

"Dia akan umpan dan beritahu, nanti akan kahwin bersama juga. Jadi wanita akan mudah terpedaya. Tapi dengan wanita-wanita ini, dia tipu pekerjaan kononnya dia seorang doktor, bekerja di pelantar (offshore) dan lain-lain.

"Saya tak ada niat nak exposed dia, tapi bila ramai kena dan untuk elakkan ramai wanita jadi mangsa, maka terpaksalah post. Lagi satu, saya tak mahu dia 'main petik' pekerjaan untuk menipu sebagaimana dia tipu saya kononnya dia MA," cerita Kira lagi.

ss azim 2

Kira hilang sabar selepas mengetahui 'belang' sebenar Azim dan membuat pendedahan di Twitter.

Tidak menyangka bebenang perkongsiannya meraih lebih 6,000 retweet, Kira berkata tiada apa yang diharapkannya melainkan mahu menyampaikan mesej agar golongan wanita perlu berhati-hati dengan lelaki 'gila seks'.

"Ini pengalaman saya jadi mangsa gangguan seksual dan harap ia yang terakhir. Ada juga komen yang pertikai kenapa saya layan. Sebenarnya saya dah boleh hidu tapi sekadar mahu lihat sejauh mana permainannya.

"Jadi bagi wanita dan gadis di luar sana, usahlah terus percaya dengan lelaki lagi-lagi yang kita tak kenal, tak jumpa dan tak pernah suka.

"Sudah tentu semua perempuan nak lelaki yang stable. Tapi selidiklah dahulu. Meskipun dia beritahu gaji dan pekerjaan, tapi usah terpedaya kalau dia menjurus perkara bukan-bukan

"Sebab apa terjadinya seks sebelum nikah, salah satunya kerana terpedaya. Nanti dah dapat, dia tinggalkan," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain