suria

Menggigil tengok Oyen kena gilis! CCTV jadi bukti nampak macam sengaja langgar, ramai doa pemandu Axia dapat balasan cash

Kucing peliharaan Wany Sharan mati selepas didakwa sengaja dilanggar oleh jirannya.

"HARAP dapat balasan cash... tak selamat hidup kau!"

Kata-kata demikian mewakili suara ramai netizen bagi meluahkan rasa geram dan marah terhadap seorang pemandu kereta yang didakwa tergamak melanggar seekor kucing sehingga mati.

Video insiden penuh menyayat hati daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran, dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Wany Sharan, yang juga pemilik kucing malang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nota ditinggalkan rider jawab punca kematian kucing kesayangan, apa yang ditulis buat air mata pemilik gugur kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing tinggal nyawa-nyawa ikan selepas dilanggar lari, pemilik kongsi bagaimana Allah hantar seseorang ‘tepat masanya’ selamatkan Oyen

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, kelihatan kereta model Perodua Axia seakan dengan sengaja melanggar kucing yang berada di laluan di sebuah taman perumahan yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Sebaik dilanggar pada bahagian kepala, kucing berkenaan serta-merta menggelupur sehingga video tamat.

Kereta berkenaan bagaimanapun terus berlalu begitu sahaja tanpa berhenti selepas melanggar haiwan berkenaan.

Dalam hantaran di laman Facebook, wanita tersebut mendakwa perbuatan keji itu sengaja dilakukan oleh si pelaku, yang juga jiran di taman perumahannya.

oyen 1

Tangkap layar (screenshot) daripada rakaman CCTV yang memaparkan insiden menyayat hati tersebut.

"Mengiggil tangan masa taip ni, mana letak hati kamu wahai jiran? Terang-terang kamu sengaja langgar kucing kami, sampai meninggal Oyen kami.

"Jangan cakap kamu tak nampak sebab terang-terang kamu sengaja pulas stering tu ke kanan. Ya Allah di bulan yang mulia macam ni kamu zalimi haiwan.

"Semoga Allah bagi balasan yang setimpal dekat kamu, Amin," tulisnya.

oyen 2

Wany memuat naik hantaran di Facebook selepas kucing peliharaannya menjadi mangsa kezaliman individu tidak berhati perut.

Wanita itu turut memuat naik beberapa keping gambar kucingnya yang berlumuran darah di bahagian kepala, dan gambar sebelum ditanam.

"Jangan bagi alasan kucing salah baring tepi jalan ye, sebab ini taman perumahan.

"Aku bawak kereta kalau dekat mana-mana taman perumahan pun aku bawak slow, siap alert kot ada kucing atau budak-budak lalu tapi sini terang-terang memang kau saja nak melanggar," tulisnya lagi.

Jangan cakap kamu tak nampak sebab terang-terang kamu sengaja pulas stering tu ke kanan. Ya Allah di bulan yang mulia macam ni kamu zalimi haiwan.

WANY SHARAN

PEMILIK KUCING

Sehingga kini perkongsian di laman sosial berkenaan meraih 5,600 shares, selain dibanjiri ribuan komen netizen.

Rata-ratanya mengecam tindakan kejam individu berkenaan yang didakwa seperti sengaja melanggar kucing malang itu.

Malah mereka turut mencadangkan pemilik si bulus agar mengesan pemandu Axia berkenaan berdasarkan nombor pendaftaran daripada rakaman video, untuk dikenakan tindakan.

komen oyen

Sebahagian komen netizen yang mengecam pemandu Axia yang melanggar Oyen.

"Hoi.. sakitnya hati tolonglah report!! Ini sudah kes zalimi haiwan.

"Saya doa semoga yang melanggar ini dapat balasan cash, setimpal dengan apa yang dia buat.

"Harap orang yang langgar tu hidup dia merana sampai mati," demikian antara komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang bersimpati dan mahu memberikan kucing peliharaan mereka sebagai ganti Oyen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain