suria

Leka tengok pemuda ini tulis khat di TikTok, ramai ‘request’ tulis nama... Imej arwah Tok Guru Nik Aziz pun ada!

Zulfadhli kerap melayan permintaan netizen melakar imej tertentu menggunakan tulisan khat.

KEUNIKAN seni tulisan kaligrafi Islam atau khat yang memiliki pengertian tersendiri sudah pasti membuatkan sesiapa yang melihatnya terpukau.

Maka tidak hairanlah ia sering menjadi penghias dinding-dinding masjid termasuk kubah dan mimbar.

Baru-baru ini netizen mengagumi kemahiran seorang pemuda bernama Muhammad Zulfadhli Abd Ghani, 30, apabila video dia menulis tulisan kaligrafi membentuk imej pemanah berkuda tular di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula ‘request’ isteri, karya seni atas daun kini sumber rezeki... ‘pakar bedah daun’ nak serah potret Tun M tapi malu – “Silap sikit, kena buat lain”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa faedah benda ni bang?” - Pemuda tak kecil hati kerjanya dipertikai, gembira buat persembahan ‘buugeng’

Kata anak muda kelahiran Kampung Mak Kemas, Bukit Payong Marang di Terengganu itu, dia mula meminati seni berkenaan sejak usia 21 tahun.

Ujarnya lagi, sebelum mempunyai pekerjaan tetap sebagai Pegawai Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), dia menjadikan kemahirannya itu sebagai punca mencari rezeki.

"Sebelum mempunyai kerja hakiki pada 2018, saya menjual hasil karya khat. Pada masa tu hasil jualan antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

"Namun sekarang ia hanya dijadikan pendapatan sampingan dan hobi masa lapang melalui siaran langsung TikTok dan tempahan... hasil bulanan dalam RM1,500 hingga RM3,000," katanya ketika dihubungi mStar.

Mengimbau tentang pembabitannya dengan seni kaligrafi berkenaan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini berkata minatnya bermula sejak mengikuti pengajian di peringkat diploma.

Zulfadhli menceritakan konsep lukisan kaligrafinya kepada tetamu yang hadir ke galeri.

Zulfadhli menceritakan konsep lukisan kaligrafinya kepada tetamu yang hadir ke galeri.

"Masa tu umur saya 21 tahun dan sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma Sains Perikanan di UMT. Bila saya tengok seorang pelajar menulis khat, terus saya jatuh hati dengan seni tersebut.

"Dalam tempoh saya mencari guru khat, saya belajar sikit-sikit daripada rakan terbabit. Saya memang minat dengan seni ini dan banyak belajar sendiri," katanya yang kemudian menggabungkan kaligrafi itu dengan lukisan abstrak.

Gabungan yang dilakukannya itu sekali gus meningkatkan nilai lukisan selain menampilkan kelainan kerana mampu membentuk corak atau imej yang ingin dihasilkan.

Minat terhadap seni khat mendorongnya 'mencari' guru.

Minat terhadap seni khat mendorongnya 'mencari' guru.

Ujarnya yang mempunyai asas lukisan bermula daripada alam persekolahan, sejak menggabungkan kedua-dua teras seni itu, dia mula menghasilkan karya khat kontemporari.

Namun dia tidak cepat berpuas hati dengan kebolehan yang dimiliki kerana sanggup mencari guru bertauliah untuk mengajarnya supaya hasil penulisan kaligrafi menepati asas dan 'peraturan' tersendiri.

Setelah diperbetulkan, saya akan buat balik tuilsan tersebut dan memperbaiki kesalahan yang ditanda... daripada situlah saya dapat pertingkatkan kemahiran tulisan yang dipelajari.

ZULFADHLI

"Saya sambung pembelajaran khat dengan seorang guru dari Kolej Yayasan Restu dan belajar dengan ustaz Helmi Sobri serta beberapa lagi. Pembelajaran dilakukan secara talaqi atau depan-depan bukan dalam kelas.

"Selain itu, medium WhatsApp turut digunakan untuk menambah ilmu yang dimiliki. Saya akan hantar karya yang dibuat kepada ustaz Helmi untuk diperbetulkan.

"Setelah diperbetulkan, saya akan buat balik tuilsan tersebut dan memperbaiki kesalahan yang ditanda... daripada situlah saya dapat pertingkatkan kemahiran tulisan yang dipelajari antaranya khat diwani jali, diwani, nasakh, thuluth kufi dan riq'ah," jelasnya yang kini sudah sembilan tahun berkecimpung dalam seni diminati.

Selepas dua tahun mempunyai asas kukuh dalam bidang tersebut, dia menganjurkan bengkel khat di sekolah sekitar Terengganu selain terlibat dengan pameran serta jualan khat di seluruh negara.

Karya menggunakan nama yang dihasilkan mengikut permintaan pengikutnya di media sosial.

Karya menggunakan nama yang dihasilkan mengikut permintaan pengikutnya di media sosial.

Malah anak muda berusia 30 tahun ini sudah mempunyai galeri sendiri yang terletak berdekatan Masjid Kristal Terengganu.

Terdahulu, salah satu video yang dimuat naik di TikTok ditonton lebih 786,000 pelayar dan mendapat kira-kira 50,000 tanda suka.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Menyusuri akaun tersebut, kelihatan nama beberapa individu ditulis membentuk beberapa imej termasuk pemanah berkuda aksi sedang bersilat dan juga bentuk keris.

Rata-rata netizen memuji karya yang dihasilkannya selain ada juga yang meminta dia melukis nama masing-masing mengikut objek yang diingini.

Malah ada juga netizen yang meminta Zulfadhli melakar potret wajah Allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik menggunakan tulisan khat.

"Subhanallah cantik sangat. Nak juga boleh? Tuliskan nama Wan Noor Hayatie sambil solat tengah sujud. Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih saya Allah.

Sebahagian lukisan kaligrafinya yang unik dan bermutu.

Sebahagian lukisan kaligrafinya yang unik dan bermutu.

"Assalamualaikum, bang boleh buatkan nama saya Nurul Shaffika dalam bentuk rama-rama? Kalau boleh tag saya okay.

"Subhanallah, nice sangat... boleh buatkan nama saya Muhammad Abid Ajwad dalam keadaan solat.

"MasyaAllah hebatnya bakat kurniaan Allah," ujar beberapa netizen di ruangan komennya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain