suria

Menggigil di Jalan TAR, ibu saudara OKU dijemput Ilahi... Terkilan tak sempat beri baju raya pada arwah

Zaty berkongsi kisah pemergian ibu saudaranya yang dianggap seperti ibu kandung.

IBU saudara juga merupakan insan yang menjadi insan yang begitu dekat dalam salah silah keluarga.

Keakraban membuatkan wanita ini diibarat sebagai ibu kandung kerana sikap mereka yang ambil berat dan menjaga kebajikan.

Seorang gadis, Nur Athirah Izzaty, 26, berkongsi kisah pemergian ibu saudaranya, Rusiah Johan atau nama gelarannya Ma Suyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik guru mengajar pakai alat bantuan pernafasan, rupa-rupanya 'The best makcik ever'! Semua anak saudara jadi 'manusia'

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun berlalu, suatu malam anak autisme ajak ibu saudara ke kubur ibunya hanya untuk peluk nisan - "Kenapa umi meninggal?"

Mesra disapa Zaty, katanya, pemergian ibu saudaranya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) begitu menyayat hati selepas meninggal secara mengejut.

"Ma Suyah ni adik bongsu ibu saya. Dari saya dan adik-adik kecil lagi memang dia mengasuh kami semua bila ibu tiada di rumah pergi berniaga. Kami anggap dia macam ibu kedua kami.

"Makcik saya ni OKU yang lembam dalam pelajaran. Dia dah tinggal dengan famili saya sejak dari zaman mudanya lagi sampai umur dia dah masuk 47 tahun.

"Ma Suyah suka guna telefon dia untuk call orang sekeliling dia. Kadang tu hari-hari dia spam call saudara-mara. Tapi lepas dia meninggal, semua rasa sunyi sebab dah tak ada lagi orang nak call kami bertubi-tubi macam selalu," jelas Zaty.

makcik oku meninggal 2

Ma Suyah menjaga Zaty dan adik beradiknya sejak kecil.

Zaty berkata, pemergian ibu saudaranya cukup memberi kesan mendalam apabila dikatakan Ma Suyah meninggal secara tiba-tiba.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, kematian wanita itu berlaku sewaktu Ma Suyah sedang berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk berjumpa rakannya yang berniaga.

Dia yang menetap di Gombak berkata, Ma Suyah merupakan seorang yang disenangi ramai kerana sikapnya yang peramah.

makcik oku meninggal 3

Ibu saudara Zaty meninggal dunia pada 22 April 2022.

Lebih menyayat hati apabila ibu saudara meninggal dalam keadaan tragis pada 21 April lalu, di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Khamis tu macam biasa saya berniaga di food truck dekat Jalan TAR. Makcik pergi jumpa kawan dia yang berniaga di situ juga. Masa tu dia tengah berborak dengan kawan dia. Dia beritahu telefon dia hilang sampai buat dia sangat sedih.

"Tiba-tiba badan dia menggigil, jadi dia panggil anak jiran yang ada masa tu. Belum sempat dia disambut, Ma Suyah rebah. Mulut dia berbuih dan keluar darah.

"Ma Suyah dibawa ke hospital tapi sampai je dia dah meninggal. Doktor tak boleh sahkan dia meninggal melainkan jika kami bersetuju nak buat post-mortem.

"Kami sekeluarga sepakat tak nak buat ujian atau siasatan ke atas jenazah arwah, anggap saja meninggal dunia kerana kematian mengejut. Jenazah arwah disimpan pada esok paginya (Jumaat)," jelas Zaty.

makcik oku meninggal 4

Zaty (kiri) bersama ibu saudara.

Malah, apa yang lebih terkilan menjelang Syawal tidak lama lagi, ibu saudaranya ini tidak sempat untuk merasai memakai baju raya baharu yang dibeli atas talian oleh Zaty.

Menerusi perkongsiannya di TikTok ini, gadis ini turut merasai terharu apabila rata-rata warga maya mendoakan Ma Suyah susulan videonya yang mengundang sebak.

makcik oku meninggal 5

Ma Suyah (duduk hadapan, kanan) menjadi sebahagian keluarga Zaty.

"Saya masih sedih bila teringat masa sakit dulu sampai tak boleh tidur. Ma Suyah sanggup bersengkang mata tepuk badan saya macam baby sampailah tertidur.

"Sampai sekarang saya masih terkejut dan tak boleh terima dengan apa yang jadi. Saya ada belikan dia baju raya dari online. Baju tu sampai tengahari jadi saya ingat nak dia cuba pakai malam lepas balik dari berniaga tapi rupanya tak sempat.

"Saya post video tu sebagai kenangan saja sebab dah anggap dia ni macam salah seorang orang paling penting dalam hidup. Tak sangka pula boleh viral. Alhamdulillah walaupun tak semua dalam TikTok kenal dia tapi ramai yang mendoakan arwah Ma Suyah," kata Zaty.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea