suria

Pelajar matrikulasi ‘otak bisnes’ bangga ada produk sendiri! Dulu kantoi simpan duit jualan dalam poket seluar, dimarahi guru sebab jual nasi lemak

Ilyas pada mulanya berniaga secara senyap-senyap kerana risau dimarahi kedua ibu bapanya ketika berusia sembilan tahun.

MINAT remaja ini terhadap dunia perniagaan sudah bermula sejak dia di bangku sekolah rendah lagi.

Imbas Mohamad Ilyas Hakimi Bahrin, 18, dia mula berniaga ais krim ketika darjah tiga yang mana ia dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapanya.

"Masa darjah tiga, nenek saya sakit. Jadi kami sekeluarga pindah ke rumah atuk. Saya pula suka balik ke rumah sebenar kami sendirian dan mula berniaga ais krim kiub kepada kawan-kawan. Tapi saya buat senyap-senyap sebab mak ayah garang.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan viral di mStar, peniaga kambing bakar tak menang tangan terima tempahan... ramai ikut jejak bersedekah - “Rezeki Allah balas balik”

ARTIKEL BERKAITAN: Order ‘kencang’ dari pagi sampai malam... video sayu peniaga dikompaun selepas jual 5 botol air terima 1.3 juta tontonan!

"Saya beli ais krim di kedai, balik rumah saya bekukan semula dan jual dengan harga 50 sen kepada kawan-kawan. Saya suka berniaga dan kira duit sebab ayah saya pun seorang penjual getah.

"Pada waktu itu saya tak tahu nak simpan duit di mana. Saya letak dalam kotak dan dalam poket seluar. Suatu hari, saya lupa keluarkan duit, mak jumpa dalam poket ketika ia dicuci dalam mesin basuh.

"Mereka tak tahu saya berniaga. Timbul salah faham, mak risau saya mencuri. Akhirnya saya ceritakan hal sebenar. Mak ayah tergelak, mereka tak marah pun saya berniaga," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Ilyas, dia mengakui dorongan keluarga memberi semangat untuknya meneruskan minat sehingga dia mula berniaga nasi lemak di sekolah ketika berusia 14 tahun.

ilyas5

Ilyas mengeluarkan produk makanan ramen jenama sendiri.

Turut diberi gelaran 'budak skuter pink' di sekolah, dia bagaimanapun berhadapan masalah sebelum beralih kepada bisnes lain pada tahun berikutnya.

"Saya pada mulanya duduk asrama. Tingkatan dua saya keluar asrama dan sekolah harian biasa. Saya tolong mak jual nasi lemak. Mak memang ada gerai di kampung, tapi saya bawa juga untuk jual di sekolah.

Target paling besar, saya nak bantu orang. Begitu juga pesan mak ayah saya supaya berniaga sambil beramal.

ILYAS

"Pada waktu itu saya bawa skuter pink milik kakak. Orang panggil saya 'budak skuter pink' gara-gara motosikal tu. Tapi setiap kali habis perhimpunan, kawan-kawan datang kerumun skuter saya untuk beli nasi lemak.

"Akhirnya saya terpaksa hentikan. Sebab pagi-pagi, ambil masa saya berniaga sehingga jadi lambat. Saya terima teguran cikgu dan berhenti berniaga.

ilyas2

Ilyas bersama kedua ibu bapanya.

"Tahun seterusnya masa tingkatan tiga, saya jadi drosphip jual gelang dan topi. Masa tingkatan empat saya masuk asrama dan tak berniaga. Tapi masa tingkatan lima saya berniaga semula, saya jual dimsum," imbasnya lagi.

Kata Ilyas, kesibukan berniaga tidak menjejaskan aktiviti pembelajarannya dan dia berpuas hati dengan keputusan 5A, 2B dan 2C dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020.

ilyas3

Ilyas merupakan penuntut Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak.

Setelah sekian lama mencuba pelbagai jenis bisnes, Ilyas yang juga penuntut Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak akhirnya mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu MiKo Ramyeon Spicy Cheezy yang dilancarkan minggu lalu.

Ilyas yang memiliki lebih 170,000 pengikut di TikTok berharap dapat menjadi usahawan berjaya sehingga mampu membantu golongan memerlukan di luar sana.

ilas7

Ilyas bijak bahagikan masa antara bisnes dan pelajaran.

"Saya bahagikan masa sebaiknya. Kelas akan habis sebelum pukul 4 petang. Selepas itu saya akan buat penghantaran. Pukul 10 malam saya buat live di TikTok untuk promo produk saya.

"Lepas tu pukul 11 saya akan sambung belajar pula. Alhamdulillah sekarang dah ada lebih 70 ejen di beberapa negeri.

"Saya memang nak ada kilang sendiri suatu hari nanti, pada masa sama nak tubuhkan yayasan. Target paling besar, saya nak bantu orang. Begitu juga pesan mak ayah saya supaya berniaga sambil beramal," ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain