suria

Pernah gagal misi kurus badan, tapi berjaya lepasi cabaran ‘mulut manusia’... pasangan ini akhirnya ‘slim’ hanya dengan puasa 6

Aini dan suaminya berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan puasa sunat enam.

PUASA sunat enam hari sering dilakukan oleh umat Islam di bulan Syawal, namun ada juga yang melakukannya pada bulan-bulan lain untuk tujuan ibadat dan kesihatan.

Bagi pasangan suami isteri ini, mereka berjaya menurunkan berat badan hanya dengan berpuasa sunat enam hari selama dua bulan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan, dapat dilihat perbezaan penampilan dirinya dan suami setelah mengamalkan puasa enam sebagai salah satu usaha untuk menurunkan berat badan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: "Orang negeri fasa satu jangan cemburu!" - Penat berbasikal tak jadi hal, pemuda syok jelajah 'hidden spot' sekitar Perlis, bersama rakan

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam-macam soalan sampai tak terjawab” - Gigih kongsi ilmu cantik cara selamat di TikTok, tapi masih ada anggap Dr Ruhil bukan doktor sebenar

Perkongsian tersebut meraih lebih 15,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nuraini Johari, 26, mendedahkan alasan utama dia mahu menurunkan berat badan kerana berasa seperti dirinya disindir apabila melihat posting tentang berat badan di TikTok.

Anak kelahiran Sarawak ini kemudian mengajak suaminya, Mohd Ariff Zabidi Manja, 27, untuk berpuasa enam sebagai salah satu cara untuk kurus.

"Sebenarnya memang niat nak puasa enam tapi tak sangka pula dari berpuasa boleh menjadi inspirasi nak kurus. Kebetulan masa tu, saya scroll TikTok ternampak pula posting 'tanda-tanda berat badan dah naik'... rasa macam disindir pula.

"Kemudian saya terjumpa pula salah satu tip untuk turunkan berat badan adalah dengan berupuasa. Jadi saya pun ajak suami dan dia pun setuju untuk mencuba.

"Sebelum berpuasa tu, saya dah mengkaji dahulu tentang defisit kalori. Sebab dekat TikTok saya kerap jumpa content tentang kebaikan defisit kalori ni.

"Hari pertama puasa enam, kami sentiasa mengingatkan diri masing-masing untuk elak daripada makan makanan bergula, makanan ringan dan fastfood. Waktu itu kami belum lagi mula bersukan sebab nak fokus lebih dengan penjagaan makanan dulu selama sebulan.

IMG_5988

Aini mendirikan rumah tangga bersama Ariff pada Februari lalu.

"Bulan kedua bila badan dah ringan sikit, barulah buat senaman seperti skipping, zumba, High Intensity Interval Training workout untuk membakar lebih kalori," katanya yang menetap di Sri Aman, Sarawak.

Mesra disapa Aini, dia juga pernah mencuba untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan Intermitten Fasting tetapi usahanya itu tidak pernah berjaya.

Disebabkan kegagalan itu juga, ramai yang tidak percaya dia boleh bertahan lama dalam misinya kali ini.

"Sebelum amalkan puasa enam ni saya pernah juga cuba Intermitten Fasting. Tak makan nasi dan elak daripada makan semua makanan kegemaran, makan supplement kurus pun pernah.

"Tapi akhirnya semua terbengkalai sebab bertahan dalam dua hingga tiga minggu macam tu sahaja. Bila jadi macam tu, berat badan saya pun makin bertambahlah.

IMG_5969

Aini juga melakukan beberapa aktiviti seperti skipping, zumba dan High Intensity Interval Training workout.

"Cabaran kali ini ialah dengan mulut manusia yang pandang rendah dengan usaha saya ni sebab sebelum ini pernah gagal nak berdiet. Lepas tu dugaan dengan makanan lagi, sebab bila makan ikut defisit kalori ni kita boleh makan apa sahaja tapi kena kawal kuantitinya.

"Biasalah, nafsu makan. Tapi, lama-lama OK la, sekarang ni pun kalau makan makanan manis je dah rasa mual dan pening," ujarnya.

Anak sulung daripada lima beradik ini memberitahu bahawa keluarga dan kenalan rapatnya adalah kumpulan yang pertama menyedari perubahan fizikal mereka.

Setelah Aini memuat naik gambar penampilan baharunya, ramai yang meminta tip bagaimana cara untuk menurunkan berat badan.

"Keluarga dan kenalan rapatlah yang mula perasan perubahan kami. Masa Aidiladha tu mereka tegur saya dan suami nampak slim sangat.

"Memang ramai yang tanya tip sejak saya muat naik gambar dah kurus. Suami berjaya turunkan berat badan dari 75.6kg ke 66.2kg dan saya pula dari 71.5kg ke 63.5kg.

Supplement ni boleh buat organ dalaman kita rosak kalau diambil dalam jangka masa yang panjang.

NORAINI JOHARI

"Perubahan paling ketara sekali ialah, sekarang kami tak cepat semput bila buat skipping sebab badan rasa ringan je waktu melompat. Rasa lebih bertenaga nak kemas rumah berbanding dulu kalau sapu-sapu sikit terus penat dan sakit tumit.

"Kalau waktu solat dulu kaki saya cepat kebas semasa duduk tahiyat, tak boleh nak duduk lama... sekarang dah rasa selesa," katanya yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Abang Aing di Sri Aman, Sarawak.

Aini juga mengingatkan kepada mereka di luar sana yang mahu menurunkan berat badan supaya melakukannya dengan cara yang sihat dan tahu bagaimana konsepnya.

Dia turut berkongsi bahawa niatnya untuk menguruskan badan bagi memudahkan diri untuk beribadat kepada Allah dan bagi mengelakkan timbulnya masalah kesihatan.

IMG_5966

Perubahan ketara berat badan Aini dan suaminya Ariff.

"Nak turunkan berat badan ni tak susah sebenarnya kalau kita tahu konsepnya macam mana. Maksud saya, nak diet kena ada ilmu dan jangan main redah sebab nak cepat kurus.

"Nasihat saya, kalau nak kurus tu buatlah dengan cara yang sihat. Jaga kalori pemakanan, buat senaman kalau mampu dan tak payah makan supplement.

"Supplement ni boleh buat organ dalaman kita rosak kalau diambil dalam jangka masa yang panjang.

"Paling penting sekali, niat kerana Allah. Niat nak kurus sebab nak mudah beribadat, nak sihat dan nak senang tutup aurat," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain