suria

“Macam-macam soalan sampai tak terjawab” - Gigih kongsi ilmu cantik cara selamat di TikTok, tapi masih ada anggap Dr Ruhil bukan doktor sebenar

Dr Ruhil yang kini berkelapangan sementara menunggu klinik miliknya beroperasi banyak meluangkan masa menghasilkan video ilmiah untuk warga TikTok.

SELAIN video berunsurkan hiburan, aplikasi TikTok turut menjadi platform baharu untuk golongan profesional berkongsi ilmu.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya kemunculan doktor estetik, Dr Ruhil Hayati Nordin, 33, yang mempunyai misi untuk mendidik masyarakat mengenai bidang kepakarannya itu.

Ujarnya, ramai yang keliru dan menganggap bidang itu tidak dipelopori doktor sebenar sehingga tidak dapat membezakan khidmat-khidmat yang ditawarkan di spa serta pusat kecantikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ada persepsi buruk, doktor kacak ini akhirnya ‘terjebak’ juga main TikTok - “Orang kalau boleh nak zoom semua benda”

ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan plastik: Malaysia menuju fasa baru setanding Korea

"Ramai yang tanya, doktor estetik bukan doktor sebenar kan? Ada yang fikir saya bukan doktor gara-gara berkecimpung dalam bidang estetik.

"Saya tak berkecil hati, tapi ia menjadi tugas saya untuk jelaskan semula. Doktor estetik ialah doktor perubatan yang mendapatkan lesen untuk jalankan prosedur estetik dan kecantikan.

"Kita nak bagi orang ramai cantik dengan selamat, bukannya pergi tempat yang tak diiktiraf. Ada macam-macam rawatan termasuk untuk penyakit kulit.

"Kalau ikutkan saya dah jadi doktor selama 10 tahun. Dulu dalam lima tahun saya di hospital kerajaan, kemudian saya masuk ke klinik swasta untuk buat estetik," jelasnya kepada mStar.

dr ruhil 2

Dr Ruhil akan membuka klinik sendiri tidak lama lagi.

Menurut Dr Ruhil, pengamal perubatan yang terjun ke bidang estetik juga perlu mempunyai lesen Letter of Privileging and Credentialing (LCP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan dalam bidang itu.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendedahkan ada individu yang mengalami komplikasi setelah mendapatkan rawatan di spa dan pusat kecantikan tidak bertauliah akhirnya hadir ke klinik estetik bagi mendapatkan rawatan yang sebenar.

Memang ramai yang direct message (DM). Macam-macam soalan saya terima sampai tak terjawab.

DR RUHIL HAYATI

Oleh itu katanya, penting untuk individu sepertinya memanfaatkan platform yang ada bagi mendidik masyarakat agar kejadian-kejadian sama tidak berulang lagi.

"Ramai yang tak tahu kewujudan klinik estetik. Orang yang tak tahu mungkin mereka akan ke spa dan pusat kecantikan yang tidak diiktiraf.

"Ramai juga yang datang dari pusat kecantikan tak bertauliah, bila ada komplikasi akhirnya baru datang jumpa kita. Dah banyak kes macam ni.

dr ruhil1

Dr Ruhil bersama keluarganya.

"Bahaya jika pergi ke tempat tak bertauliah. Merisikokan nyawa demi kecantikan," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Ruhil yang memiliki hampir 40,000 pengikut di TikTok mengakui terharu dengan sokongan ramai yang diterimanya.

Ujarnya lagi, dia yang kini berkelapangan sementara menunggu klinik miliknya beroperasi tidak lama lagi banyak meluangkan masa menghasilkan video ilmiah untuk pelayar aplikasi itu.

"Saya tampil di TikTok untuk didik masyarakat. Sebab ramai yang clueless mengenai hal ini. Ramai yang tak tahu tempat selamat untuk rawatan estetik.

"Saya pada awalnya bermula di Instagram, kemudian saya kongsi juga di TikTok. Sementara nak tunggu Klinik Renora, klinik pertama saya dibuka, baik saya buat sesuatu untuk didik masyarakat dengan percuma.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya dah empat ke lima tahun bekerja di klinik estetik, kini saya dalam proses nak buka klinik sendiri. Cuma renovasi tergendala disebabkan pandemik, InsyaAllah akan dibuka November ini," ujarnya lagi.

dr ruhil 3

Dr Ruhil dihujani banyak pertanyaan di TikTok.

Penangan video-video yang mendapat sambutan di TikTok, Dr Ruhil bukan sahaja dihujani pelbagai soalan berkaitan estetik, malah ia turut menjadi pintu rezeki yang memperkenalkan pelanggan-pelanggan baharu kliniknya yang akan beroperasi tak lama lagi.

"Memang ramai yang direct message (DM). Macam-macam soalan saya terima sampai tak terjawab. Bila ada masa, saya akan jawab secara general dan saya nasihatkan mereka untuk jumpa doktor berdekatan.

"Tak sangka juga melalui TikTok, saya dapat client. Mereka bertanya mengenai rawatan di klinik saya," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu