suria

Penangan viral di mStar, peniaga kambing bakar tak menang tangan terima tempahan... ramai ikut jejak bersedekah - “Rezeki Allah balas balik”

Kisah Mustaqim tular apabila dia memborong makanan di sebuah gerai berhampiran tapak jualannya baru-baru ini.

PADA 27 April lalu, mStar menyiarkan kisah seorang peniaga kambing bakar yang rajin bersedekah biarpun hasil jualannya tidak seberapa.

Dalam perkembangan terbaharu, peniaga dikenali sebagai Mustaqim Hud itu menzahirkan rasa syukur apabila penangan artikel viral mStar berjaya membuka pintu rezeki buatnya.

Mesra disapa Mustaqim, graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal itu terharu dengan sokongan orang ramai yang disifatkan sebagai rezeki Ramadan buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasrah jual kambing bakar tak laku, lelaki cepat-cepat tutup gerai... kemudian terus pergi borong makanan peniaga senasib dengannya

ARTIKEL BERKAITAN: Top 5 Viral: Bapa dibenar rentas negeri untuk tatap jenazah anak, peniaga kambing rajin bersedekah

"Dari segi perniagaan, banyak perubahan. Orang makin kenal gerai saya berniaga. Dalam pukul 6.30 petang dah tak boleh terima order, sebab terlalu banyak yang menunggu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Rezeki Allah balas balik kepada saya. Kemudian ada juga yang tempah dalam skala besar, tempah buffet untuk majlis berbuka puasa.

"Selain itu, ada juga yang transfer duit kepada saya dan minta sedekahkan kambing bakar kepada orang ramai," ujarnya kepada mStar.

Mustaqim merupakan graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Kisah Mustaqim tular apabila dia memborong makanan di sebuah gerai berhampiran tapak jualannya baru-baru ini.

Pada hari kejadian, Mustaqim menutup awal operasi perniagaan memandangkan gerainya sepi tanpa pelanggan.

Saya terharu banyak komen netizen di media sosial mStar, ramai yang doakan saya.

MUSTAQIM

Sikap pemurah Mustaqim yang tetap mahu membantu biarpun dia sendiri tidak mencatatkan sebarang keuntungan ternyata menjentik hati netizen.

Dedah Mustaqim yang mula mengikuti berita mStar sejak tahun 2018, dia tidak menyangka kisahnya akan mendapat liputan sehingga memberi impak besar dalam perniagaannya.

"Kesannya sangat besar lepas viral di mStar. Ada ramai yang datang ke gerai, mereka kata mereka kenal saya melalui mStar.

Ada pelanggan yang memindahkan wang ke akaun bank Mustaqim untuk membayar kos makanan sebelum disedekahkan kepada orang ramai.

"Saya terharu banyak komen netizen di media sosial mStar, ramai yang doakan saya. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih.

"Biarpun bantuan saya kecil saja tempoh hari, tapi Allah balas berkali-kali ganda. Alhamdulillah," ujarnya lagi.

Di Facebook mStar misalnya, posting kisah Mustaqim meraih hampir 60,000 tanda suka (likes) dan dibanjiri lebih 1,700 komen netizen.

Posting mengenai kisah Mustaqim di Facebook mStar.

Di Instagram mStar, posting itu meraih lebih 35,000 likes, manakala posting video mengenai sedekah oleh Mustaqim menerima hampir 150,000 tontonan.

Malah, kisah Mustaqim turut menjuarai carta Top 5 Viral mStar yang disiarkan menerusi YouTube pada Sabtu lalu.

Untuk rekod, Mustaqim yang juga lepasan Politeknik Shah Alam, Selangor menjalankan perniagaan kambing bakar, kambing perap dan ayam bakar di Rantau Panjang, Klang sejak lima bulan lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain