Wah! Rupa-rupanya ramai setuju derma organ untuk adik beradik walau tak pasti risiko - “Buah pinggang aku bagi, pinjam baju aku tak bagi”

Berdasarkan satu undian di Twitter, 88.3 peratus netizen setuju untuk menderma buah pinggang kepada adik beradik mereka.

AIR dicincang tidak akan putus.

Begitulah gambaran peribahasa Melayu mengenai keutuhan hubungan dalam sesebuah keluarga yang akan kekal selamanya.

Di Twitter misalnya, tular satu poll (undian) yang dilakukan mengenai sejauh mana kesanggupan netizen berkorban untuk adik beradik mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 320,000 Rakyat Malaysia Ikrar Derma Organ Sehingga November Lepas

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Timbang Dasar Sesuai Derma Organ

"Kalau adik beradik korang perlukan buah pinggang, korang sanggup dermakan atau tidak salah satu buah pinggang?" tulis Siti Hawa Mohd Noor.

Berdasarkan undian yang dibuat sejak Jumaat, 88.3 peratus netizen memilih untuk menderma buah pinggang kepada adik beradik mereka.

Baki 11.7 peratus lagi bagaimanapun berpendapat sebaliknya dan enggan buah pinggang mereka diberikan kepada sesiapa.

Undian di laman Twitter yang dimuat naik sejak Jumaat.

Rata-rata komen turut memperdebatkan isu itu termasuklah persoalan mengenai risiko sekiranya mendermakan sebelah buah pinggang kepada individu lain.

"Boleh tak nak tahu apa jadi kalau kita derma buah pinggang dekat orang lain? Kita still hidup normal atau perlukan alat bantuan untuk hidup macam biasa?" soal seorang netizen.

"Yes, sila buat transplant kalau boleh. Sebab sebagai penderma kamu boleh hidup normal selepas menderma, tetapi mereka yang menerima, ia ibarat hidup baharu buat mereka. Jangan risau, saya dah lalui proses derma, tiada apa-apa. Tiada masalah timbul pada masa akan datang," tulis seorang individu berkongsi pengalamannya.

Ya, ambillah buah pinggang, bukan baju, seterika tudung, minyak wangi, pengecas fon, kasut, ikat rambut, pengering rambut dan masa saya.

NETIZEN

"Buat kontrak dulu, kita kasi buah pinggang, dia jadi hamba kita," tulis seorang lagi netizen secara berseloroh.

Selain berdebat mengenai pilihan dalam undian itu, ada netizen yang turut berjenaka mengenai perbalahan yang biasa berlaku dalam kalangan adik beradik.

"Buah pinggang aku bagi. Pinjam baju aku tak bagi," tulis Nurul Che Mat sehingga meraih hampir 5,000 ulang kicau (Retweet).

11.7 peratus netizen di Twitter enggan mendermakan buah pinggang kepada adik beradik mereka.

Rata-rata komen turut bercerita mengenai kisah sama yang berlaku dalam kalangan adik mereka mereka.

"Buah pinggang boleh bagi, makanan aku dalam peti jangan berani usik.

"Ya, ambillah buah pinggang, bukan baju, seterika tudung, minyak wangi, pengecas phone, kasut, ikat rambut, pengering rambut dan masa saya.

"Baju tu kadang tak bagi pun dia ambil. Dah pakai baru cakap. Kadang-kadang tak cakap pun," tulis beberapa netizen lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain