Comel, warna mata menawan tapi minum sambil baring! Jenny bernasib baik perangai buruknya boleh dimaafkan

Aksi Jenny minum air sambil baring meraih perhatian ramai di Twitter.

BUKAN hanya manusia, namun kucing juga ada yang bersikap pemalas.

Terbaharu, tular video seekor kucing betina dikenali sebagai Jenny yang sedang minum sambil baring.

Dikongsi di Twitter oleh pemiliknya, Wan Ahmad Al-Siddiq, video itu sehingga kini meraih hampir 200,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah anggap macam keluarga sendiri” - Remaja terkilan Apit dibaling dari tingkat 16, pelaku patut terima balasan setimpal!

ARTIKEL BERKAITAN: Geramnya! Pelajar ‘pasrah’ dapat kucing minat laptop, digigit-gigitnya skrin sewaktu kelas online

"Ni minum memang tahap level malas dah ni," tulis jejaka itu pada kapsyen posting berkenaan.

Mesra disapa Wansid, dia pada mualnya menyangka kucing berkenaan mempunyai masalah sebelum membuat rakaman dan berkongsi di media sosial.

"Pada mulanya saya ingatkan kucing saya ni ada masalah. Tapi sebenarnya memang dia minum macam tu, kadang-kadang sampai mengayuh tangan.

Paparan skrin rakaman tular di Twitter.

"Jadi saya ambil keputusan untuk rakam dan kongsi di Twitter. Tak sangka pula viral.

"Ramai terhibur tengok Jenny. Mungkin agak rare kucing minum terbaring gaya malas," ujarnya kepada mStar.

Menurut Wansid lagi, nama Jenny dipilih oleh tunangnya yang mana kucing berusia empat tahun itu mula dibela sejak tahun lalu.

Jenny kucing berbaka mainecoon, mata odd eye. Maksudnya, sebelah kuning sebelah biru.

WANSID

Malah di rumahnya di Ampang, Kuala Lumpur, dia membela enam ekor kucing dari baka mainecoon, birman dan kucing kampung.

"Jenny seekor je yang berperangai macam tu, yang lain normal. Jenny seekor kucing yang manja, kadang-kadang ikut je ke mana saya pergi.

"Bukan Jenny je, tapi semua kucing saya. Sampaikan kalau nak ke tandas pun nak masuk juga. Malam bila nak tidur tu memang ikut tidur sekali dengan saya.

Wansid mula membela Jenny sejak setahun yang lalu.

"Jenny kucing berbaka mainecoon, mata odd eye. Maksudnya, sebelah kuning sebelah biru. Umur Jenny lebih kurang empat tahun dah, tapi saya start ambil dia tahun lepas di sebuah kedai haiwan.

"Saya mula bela kucing awal tahun lepas. Selalu juga masuk pertandingan kucing," ujarnya yang menjelaskan nama itu juga ada kaitan dengan ahli kumpulan K-Pop Blackpink iaitu Jennie Kim.

Enam ekor kucing peliharaan Wansid.

Dalam pada itu, Wansid sebagai pencinta kucing turut menjalankan servis dandanan untuk haiwan berkenaan di kediamannya.

Namun katanya, ia dilakukan secara sambilan sahaja mengikut tempahan dan tetap fokus dengan kerjaya asal sebagai cef.

Sehingga kini, posting itu turut menerima lebih 17,800 ulang kicau (Retweet) dan dihujani pelbagai komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain