Berbaloi! Penat gadis Ipoh bantu lelaki tua sebatang kara bagai berbalas, dapat ucapan tahniah Ustaz Ebit - “Saya respect mereka yang tak henti-henti buat kerja kebajikan”

Niat ikhlas seorang gadis membantu menyalurkan sumbangan orang ramai kepada Pakcik Aid mengundang perhatian Ustaz Ebit. Foto: Twitter Nafeesya

SIAPA yang tidak teruja jika mendapat mesej daripada Ustaz Ebit Lew, betul tak?

Begitu juga dengan gadis ini yang sama sekali tidak menyangka menerima mesej daripada pendakwah terkenal tersebut, baru-baru ini.

Menurut gadis yang hanya mahu dikenali dengan nama Nafeesya, pendakwah tersebut menghubunginya menerusi Direct Message (DM) di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdebar tumpangkan pakcik tua tengah malam, 3 gadis rasa bersalah selepas sedar Allah nak tunjuk sesuatu - “Tergamam kiri kanan jalan tu hutan”

ARTIKEL BERKAITAN: Gugur air mata akak kaki kudung lihat kelibat Ebit Lew, semuanya usaha guru arwah anak OKU... seram bangunan tinggal banyak babi hutan! – “Allah hantar ustaz pada hari lahir saya”

"Saya terkejut sangat sebab ustaz approach... ia semua berkaitan dengan kisah Pakcik Aid, lelaki warga emas sebatang kara yang kami bantu baru-baru ini.

"Pihak Ustaz ada minta saya lokasi rumah Pakcik Aid... Saya kemudian update maklumat mengenainya kepada pihak Ustaz Ebit sebagaimana yang diberitahu oleh penduduk kampung tersebut.

"Dalam mesej tersebut, Ustaz Ebit juga ucapkan tahniah. Walaupun ringkas namun cukup bermakna," katanya.



Nafeesya terharu menerima mesej daripada Ustaz Ebit yang memuji aktiviti kebajikannya bersama rakan-rakan.

Nafeesya sebelum ini berkongsi kisah mengenai seorang lelaki tua bernama Pakcik Aid yang hidup sebatang kara, menerusi Twitter.

Menerusi bebenang Twitter tersebut, Nafeesya menceritakan detik bagaimana dia dan dua rakannya dihampiri oleh lelaki berkenaan pada tengah malam meminta bantuan untuk dihantar pulang selepas ditipu seseorang.

Gadis berusia 21 tahun itu juga berkongsi cerita bahawa lelaki tersebut tinggal sebatang kara di rumah yang terletak di Kampung Jawang di kawasan pedalaman, di Sungai Siput, Perak.



Kisah Pakcik Aid pernah menjadi viral selepas dikongsikan oleh Nafeesya di Twitter, minggu lalu.

Perkongsian tersebut menjadi tular di Twitter sehingga menyebabkan ramai netizen meluahkan hasrat untuk menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu lelaki tersebut.

mStar turut menembual Nafeesya mengenai kisah lelaki warga emas berusia 65 tahun tersebut.

"Saya sangat tak sangka dengan sikap prihatin rakyat Malaysia. Ramai yang hantar mesej menerusi DM dan mahu sumbangkan wang untuk membantu Pakcik Aid.

"Memandangkan saya yang mula berkongsi mengenai kisahnya, saya rasa bertanggungjawab untuk membantunya sekali lagi," kata gadis ini.

Dalam mesej tersebut, Ustaz Ebit juga ucapkan tahniah. Walaupun ringkas namun cukup bermakna.

NAFEESYA

Menurut Nafeesya, dia dan rakannya terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan pihak jawatankuasa kampung bagi menyuarakan hasrat untuk membantu Pakcik Aid selain mahu mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

"Alhamdulillah, penduduk kampung menerima baik kunjungan kami. Menurut mereka, Pakcik Aid sudah lama tinggal sebatang kara, namun tak terabai.

"Selain menerima bantuan daripada pihak berwajib, penduduk kampung juga tak pernah lepas tangan. Malah ada seorang ahli jawatankuasa masjid yang diamanahkan memegang akaun bank Pakcik Aid untuk menguruskan keperluannya.



Pakcik Aid hidup sebatang kara dalam keadaan serba kekurangan.

"Cuma memenuhi hasrat netizen, kami gunakan wang yang disalurkan untuk memberi barangan keperluan Pakcik Aid," ceritanya.

Bantuan berjaya disampaikan kepada Pakcik Aid pada petang Ahad lalu, dengan kerjasama penduduk kampung yang turut menghulurkan pertolongan.

"Ini pertama kali saya terlibat dengan aktiviti kebajikan seperti ini dan jujurnya, memang penat. Beberapa hari sebelum itu, saya dan rakan-rakan membeli barangan.



Nafeesya (empat, kanan) bergambar kenangan bersama Pakcik Aid (dua, kiri) ketika menyampaikan sumbangan orang ramai, baru-baru ini.

"Banyak kali juga sebab masing-masing kerja dan ada komitmen. Walaupun penat, ia sesuatu yang bukan sia-sia. Ia membuatkan saya betul-betul respect pada mereka yang tak henti-henti buat aktiviti kebajikan.

"Saya juga bersyukur amanah orang ramai yang beri sumbangan berjaya dilunaskan. Bukan senang nak pegang amanah orang. Apapun, ini pengalaman yang sangat manis dan bermakna buat saya dan rakan-rakan," ujarnya mengakiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain