suria

Gugur air mata akak kaki kudung lihat kelibat Ebit Lew, semuanya usaha guru arwah anak OKU... seram bangunan tinggal banyak babi hutan! – “Allah hantar ustaz pada hari lahir saya”

Seorang wanita menangis ketika dikunjungi Ustaz Ebit. Foto Facebook Ebit Lew

BANGUNAN tinggal dijadikan kediaman kedengaran menyeramkan.

Bukan sehari dua, sudah tiga tahun sebuah keluarga terpaksa hidup sedemikian.

Keadaan keluarga yang daif itu membuatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun tinggal di longgokan sampah, keluarga daif dapat kehidupan baharu selepas 2 jam Ebit Lew tiba - "Kita satu bakul sampah cepat buang ke luar"

ARTIKEL BERKAITAN: Sering sebak saat bantu orang susah, kali ini tangisan anak muda buat Ebit Lew sedih... - "Dulu saya jahat ustaz, betul-betul jahat"

Lebih sayu bagi figura yang dikenali sebagai Ustaz Ebit ini apabila melihatkan keadan anak-beranak yang menetap di bangunan itu.

"Sedih sayu hati jumpa kakak tiada kaki, sebelah tiada dan sebelah lagi tak berfungsi dah. Suami menghidap strok," tulis Ebit di halaman Facebook beliau.



Bangunan tinggal yang didiami sebuah keluarga.

Menurut Ebit, pasangan suami isteri itu mempunyai dua anak, kedua-duanya orang kelainan upaya (OKU) berusia 17 tahun dan 12 tahun.

"Anak perempuan yang berusia 12 tahun baru meninggal dunia kerana masalah paru-paru. Seorang lagi OKU lembam ada masalah jantung.

"Tapi dialah yang uruskan nak bawa mandi dan urusan lain. Angkat barang, kemas katil. Sedih rasa," ujarnya.

Menurut Ebit, keluarga itu menghuni bangunan tinggal itu sejak tiga tahun lalu, di mana kedudukannya terpencil.



Ebit meninjau kawasan sekitar.

"Kadang-kadang air naik banjir. Tiada pintu, tiada tandas. Ada tandas jauh tapi buruk. Sekejap je saya dekat situ penuh nyamuk.

"Lagi menakutkan banyak babi hutan dekat situ. Aduh seramnya. Sekejap je macam-macam binatang kami jumpa," katanya.

Saya menangis bisik pada sahabat saya. Saya ni ujian sakit, kemalangan sikit dah mengeluh. Apalah kekuatan wanita ini ye ya Allah Tuhanku

USTAZ EBIT LEW

Mengimbas kembali kunjungannya ke bangunan tinggal itu, Ebit menjelaskan wanita itu hanya menangis apabila melihat kehadiran beliau.

"Bila sampai, akak ni menangis je. Saya setiap hari berdoa nak jumpa ustaz, tak sangka ustaz datang jumpa saya.

"Cikgu kepada anaknya 12 tahun yang meninggal dunia itu hubungi pembantu saya. Dua cikgu sekolah datang bersama membantu. Lagi sayu rasa, mungkin doa anak 12 tahun tu," katanya.



Posting Ebit yang mengundang sebak netizen.

Beliau bagaimanapun bersyukur apabila mengetahui keluarga itu menerima bantuan zakat sebanyak RM400, manakala RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wanita berkenaan bertuah kerana kehadiran Ebit menemui keluarga tersebut pada hari lahirnya.

"Hari ini hari lahir akak ni. Sepanjang hidup tak pernah sambut birthday. Ya Allah. Allah hantar ustaz pada hari lahir saya.

"Menangis je dengar kisah ujian akak ni. Doakan ye tengah cari rumah nak pindahkan akak ni. Saya menangis bisik pada sahabat saya. Saya ni ujian sakit, kemalangan sikit dah mengeluh. Apalah kekuatan wanita ini ye ya Allah Tuhanku," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain