Lelaki tak puas hati barista cakap Melayu dengan kawan dari China ‘diserang’ - “Balik rumah minum kopi 3 in 1 lah”

Menurut individu tersebut, rakannya dari China sukar untuk memesan kopi kerana pelayan menggunakan bahasa Melayu. (Gambar Hiasan)

SELAIN menjadi destinasi pelancongan terkenal, Malaysia juga cukup dikenali dengan kepelbagaian kaum yang hidup serumpun sejak dahulu hingga kini.

Biarpun berbeza latar belakang budaya dan agama, kita semua tetap berkongsi pelbagai persamaan termasuklah bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

Terbaharu, sebuah grup di laman Facebook yang mana majoriti pengikutnya adalah kaum Cina kecoh dengan kenyataan seorang individu, dipercayai lelaki yang bercerita mengenai rakannya dari negara China.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rakan Cina rehat dulu, syif anda dah habis! Sekarang Melayu punya turn” - Gara-gara mulut celupar orang luar, Malaysia tonjol semangat patriotik

ARTIKEL BERKAITAN: Sakat menyakat, gaduh manja... ramai suka tengok video dua beradik Cina ini ‘kecek Kelate’ - “Saya suka Kelantan sebab...”

"Saya perlu buat aduan mengenai pelayan Melayu di Starbucks, sebab dia tak boleh berbahasa Inggeris (hanya guna bahasa Melayu) untuk layan rakan saya dari China.

"Tapi rakan saya dari China guna bahasa Inggeris yang fasih untuk buat pesanan kopi Starbucks," tulis individu itu.

Sangkaan bahawa tindakannya itu akan menerima sokongan ramai ahli kumpulan itu ternyata meleset sebaliknya dia teruk dikecam pelayar Facebook yang lain.

Antara paparan skrin yang tular.

Biarpun kebanyakan ahli berbangsa Cina, mereka tetap menyanjung bahasa Melayu sekali gus mempertahankan pelayan berkenaan.

Lebih parah, netizen turut mempertikaikan kenapa lelaki itu tidak membantu rakannya untuk menterjemah ayat dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

"Adakah kamu tak boleh terjemah untuk dia?

"Lu (kau) balik rumah minum kopi 3 in 1 lah.

Saya perlu buat aduan mengenai pelayan Melayu di Starbucks, sebab dia tak boleh berbahasa Inggeris (hanya guna bahasa Melayu) untuk layan rakan saya dari China.

PELAYAR FACEBOOK

"Kamu patut terjemah, dia kan kawan kamu.

"Itu masalah kamu. Jika kawan kamu tidak tahu bahasa Melayu, tolong perkenalkan Google Translate.

"Maaf nak bagitahu, kita rakyat Malaysia. Tolong belajar asas bahasa Melayu untuk berkomunikasi pada masa akan datang.

"Ini Malaysia, bukan Amerika Syarikat (AS)," tulis beberapa individu.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa Facebook itu merupakan akaun palsu yang cuba mengapi-apikan isu perkauman di negara ini.

Rata-rata netizen mempertahankan tindakan pelayan itu dan memberi pesanan bahawa bahasa kebangsaan wajar diangkat dan dibanggakan.

Paparan skrin posting Facebook dan komen netizen itu turut dikongsi menerusi Twitter dan menjadi tular.

Sehingga kini ia menerima lebih 21,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, rata-rata netizen turut memuji kesepaduan yang dipamerkan setiap rakyat negara ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik