suria

Sakat menyakat, gaduh manja... ramai suka tengok video dua beradik Cina ini ‘kecek Kelate’ - “Saya suka Kelantan sebab...”

Yunee (kanan) bersama abangnya, Chin yang kini tular di media sosial.

BAGI mereka yang menetap di Kelantan, loghat negeri itu bukan sahaja menjadi medium komunikasi utama orang Melayu, malah turut dikuasai dengan lancar oleh bangsa-bangsa lain.

Terbaharu, video dua beradik berbangsa Cina yang sedang bersembang dalam dialek Kelantan menjadi tular di laman sosial sehingga menerima lebih setengah juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Bercakap kepada mStar, Wee Yun Nee, 23, dan abangnya, Wee Chuan Chin, 26, mengakui tidak sangka video itu akan menerima reaksi luar biasa dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar Cina ‘rare’

ARTIKEL BERKAITAN: Sampainya hati! Baru sehari peluk Islam, dah ada yang tipu mualaf, “Menangis bukan sebab duit tapi sebab nak al-Quran”

"Kami post video tu macam biasa di Insta Story. Tiba-tiba orang beritahu dah viral di Twitter.

"Kami terkejut dan tak sangka. Terharu sebab tak sangka dapat banyak sokongan dan maklum balas positif.

"Gembira sebab video tu dapat hiburkan orang. Dapat tunjuk yang kita semua walau berlainan bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia," ujar gadis yang mesra disapa Yunee itu sewaktu dihubungi.

Ibu bapa Yunee dan Chin berasal dari Kelantan.

Menurut Chin pula, mereka sememangnya boleh bertutur dalam loghat Kelantan kerana kedua-dua ibu bapa mereka berasal dari negeri itu.

Biarpun membesar di Kuala Lumpur, mereka juga sempat menetap di Kelantan sewaktu zaman persekolahan, sekitar 14 tahun lalu.

"Mak dan ayah orang Kelantan. Mak berasal dari Lundang, ayah dari Rantau Panjang. Kami di rumah cakap campur-campur... bahasa Cina, Inggeris dan Melayu Kelantan.

Saya suka makan. Susah nak cari masakan Kelantan yang sedap di KL. Suka nasi kerabu, nasi dagang. Budu pun makan, biasanya makan dengan nasi kerabu.

WEE YUN NEE

PELAJAR UTHM

"Dulu masa saya berpindah dan bersekolah di Kelantan, saya seorang je Cina di sekolah tu, yang lain dari tingkatan satu hingga tingkatan lima semuanya Melayu.

"Tapi semua friendly dan baik. Saya suka Kelantan sebab semangat perpaduan kuat," kata Chin yang kini bekerja sebagai jurutera elektrikal di ibu negara.

Menurut Yunee pula, dia menyifatkan Kelantan sebagai syurga makanan.

Chin dan Yunee sewaktu kecil.

Malah jika berkesempatan, penuntut Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) kampus Batu Pahat, Johor itu sering ke Kelantan untuk menziarahi saudara mereka.

"Saya suka makan. Susah nak cari masakan Kelantan yang sedap di KL, suka nasi kerabu, nasi dagang. Budu pun makan, biasanya makan dengan nasi kerabu.

"Biasanya setahun sekali akan balik sana. Duduk di rumah saudara-mara," ujar puteri bongsu daripada empat beradik itu.

Yunee dan abangnya, Chin tidak sangka video yang dirakam secara suka-suka itu menerima lebih setengah juta tontonan.

Jelas Yunee lagi, ibunya juga mempunyai darah keturunan Thailand.

Mengulas kisah tular mereka serta permintaan netizen agar lebih banyak video dihasilkan selepas ini, dua beradik itu juga tidak menolak untuk berkecimpung lebih aktif di media sosial sebagai Youtuber.

Namun kata mereka, masih terlalu awal untuk berfikir ke arah itu, namun tidak menolak seandainya ada rezeki.

Nasi kerabu antara makanan Kelantan yang digemari Yunee.

"Video tu, mereka mungkin terkejut tengok kami boleh cakap Kelantan. Ramai minta buat video lagi.

"Kami pun ada fikir nak buat video. Tapi tak plan apa lagi, sebab baru je semalam jadi viral.

"Keluarga dan kawan-kawan pun terkejut. Mereka mesej di WhatsApp selepas video tu viral.

"Paling kelakar orang fikir kami pasangan kekasih. Orang salah sangka. Muka sama pun orang boleh cakap kekasih," ujar Yunee dalam nada berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain