“Rakan Cina rehat dulu, syif anda dah habis! Sekarang Melayu punya turn” - Gara-gara mulut celupar orang luar, Malaysia tonjol semangat patriotik

Dalam situasi tidak menentu sekarang, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu hati.

SEJAK kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak Covid-19 ramai daripada kita mempunyai waktu terluang kerana menghabiskan masa duduk di rumah.

Peneman setia kita ketika ini sudah tentu internet dan telefon bagi mengetahui perkembangan dunia semasa (dan gosip) serta berhubung dengan keluarga serta rakan-rakan.

Pantang ada selebriti atau sesiapa sahaja tersalah tulis status - jawapannya memang tiada maaf bagimu dan akan menjadi bahan kecaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Ludah kahak di butang lif, bayangkan aksi lebih teruk yang tak dirakam... dah lupa adab ke?

Netizen memang tengah banyak masa untuk ulas dan selidik satu persatu perkara yang berlaku di laman sosial. Hati-hati!

Maka tak hairan apabila seorang personaliti di Taiwan dikenali sebagai Li Zheng Hao mengulas mengenai kes Covid-19 di Malaysia di sebuah siaran televisyen di negara itu pada 24 Mac lalu menjadi perhatian masyarakat negara ini.

Ketika ini kita semua perlu berada di rumah sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19. 

Mana tidaknya, tanpa usul periksa, Li mendakwa keadaan di Malaysia ketika ini tenat akibat Covid-19. Pegawai perubatan terpaksa menggunakan beg plastik sampah sebagai langkah pencegahan selain polis didakwa bertindak kasar.

Paling mendukacitakan apabila dia tanpa usul periksa mendakwa mangsa korban virus itu yang beragama Islam ditanam di tepi jalan... Dan keceluparan mulutnya sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia!

Memang biadab apa didakwa oleh Li itu, tetapi yang lebih menjadi perhatian teman adalah serangan bertubi-tubi netizen Malaysia di Facebook Li.

Memang silap besar dia buat hal dengan kita pada ketika ini. Satu Malaysia turun membidas kenyataan dibuat oleh Li.

Teman tengok di posting berkenaan, sehingga kini mendapat 191,000 komen yang rata-ratanya daripada rakyat Malaysia berbilang kaum.

Tindakan seorang personaliti dari Taiwan mengeluarkan kenyataan tidak benar tentang Malaysia menimbulkan kemarahan masyarakat negara ini.

Meskipun adakalanya kita sendiri bertikam lidah tentang isu-isu dalam negara, tapi nampaknya orang luar jangan berani cari pasal! Kita rakyat Malaysia memang bersatu hati!

Dalam masyarakat luar cuba memburukkan Malaysia, situasi ini sebenarnya membuka mata ramai daripada kita bahawa kaum Cina juga sangat sayangkan negara ini.

Rata-rata tampil mematahkan fakta palsu yang dikemukakan Li dan mempertahankan negara kita yang tercinta dan jelas memperlihatkan semangat patriotik mereka.

Paling melucukan, teman ada terbaca komen daripada seorang netizen berbangsa Melayu yang meminta semua kaum Cina berehat seketika daripada mengecam individu tersebut dan menyerahkan tugas itu kepada mereka pula.

"Kepada semua rakan Cina, rehat dulu. Syif anda sudah habis! Sekarang Melayu punya turn," tulis seorang netizen.

Netizen pelbagai kaum dari Malaysia memenuhi ruang komen Facebook Li bagi mempertahankan negara.

Maka bercampur-campur macam rojak di ruangan komen apabila ada komen dalam bahasa Melayu, Cina, India dan Inggeris. Semua tidak melepaskan peluang untuk memberi pengajaran kepada individu tersebut.

Jangan mimpi nak perkotak-katikkan rakyat Malaysia. Kita adakalanya memang macam anjing dengan kucing... tapi awas jika ada orang luar masuk campur, rakyat Malaysia memang bersatu hati!

Jika kita mengeluh tentang situasi yang kita hadapi ketika ini, cuba ambil kejadian ini sebagai contoh. Dalam musibah itu ada manisnya.

Kalau tak kerana keceluparan mulut Li menabur fitnah kepada kita, mungkin kita semua tak bersatu hati mempertahankan negara kita meskipun hanya sekadar di Facebook.

Dalam keadaan sekarang, kita hanya ada satu sama lain dan inilah masanya kita tunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh bersatu dan sama-sama membanteras wabak Covid-19.

Akhir kalam, duduk rumah, patuhi PKP dan semoga wabak Covid-19 cepat berlalu pergi dan kita boleh menikmati kehidupan sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain