WANITA hamil anak kembar yang dipukul sampai lunyai oleh suaminya dalam kejadian di Melaka pada Mac lalu, mengejutkan warga maya apabila dia tampil meluahkan rasa rindu terhadap lelaki berkenaan.Menerusi perkongsian di media sosial, Nur Azhiimah Abd Razak, 20, menyatakan dia setia menunggu kepulangan suaminya, Muhammad Aidil Azahar Rahmat, 22. Kata Nur Azhiimah dia tetap mendoakan kebaikan untuk insan yang berkelakuan kejam terhadapnya itu.“Sayang tunggu ‘b’ keluar. Jangan risau, aku tak kan pernah tawar hati dengan kau selama mana kau dekat dalam."Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk suami aku, walau buruk mana pun kau di mata masyarakat,” tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil anak kembar dipukul sampai lunyai... Suspek disyaki suami hentak muka dengan lutut, langgar guna skuter!Walaupun mengakui suaminya dipandang buruk susulan kejadian tersebut, wanita itu tetap menganggap lelaki berkenaan sebagai bapa kepada anak-anak mereka.“Kalau Allah boleh memaafkan kesilapan kau terhadap aku, aku juga sedang belajar untuk memaafkan segala perbuatan kau pada aku dengan ikhlas,” katanya.Perkongsian tersebut mengundang rasa terkejut dalam kalangan netizen dengan pendirian wanita itu, memandangkan kes berkenaan melibatkan keganasan serius terhadapnya ketika sedang hamil."Adik masih muda. Pesan akak, kalau dia suami yang baik, dia akan hormat adik dan tak berani angkat tangan dekat adik."Kadang Allah dah cuba tolong kita dengan tunjuk benda-benda buruk sampai menyakitkan kita. Tapi kita yang tak nak terima dan menafikan," komen netizen."Doakan saya untuk buat keputusan yang betul suatu hari nanti," balas wanita itu. Pada 17 Mac lepas, mStar melaporkan tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan Nur Azhiimah dipukul suaminya.Dalam kejadian itu, kelihatan Nur Azhiimah pada mulanya dipakaikan topi keledar oleh suspek sebelum dia ditumbuk pada bahagian muka.Dia juga dilihat memegang sebelum menghempas badan isterinya yang terbaring itu berulang kali ke lantai, selain menghentak lututnya ke muka dan melanggar bahagian kepala mangsa dengan skuter.Susulan itu, dia diberkas dan dikenakan hukuman penjara selama empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada 26 Mac lalu.