suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Itu ‘makan’ dia” - Proton Saga selamba parkir tengah jalan, dapat ‘habuan’ siap pakej air sampah!

Sebuah kereta ditimbuni sampah gara-gara diparkir sehingga menghalang laluan.

SEBUAH kereta mendapat 'habuan' tidak dijangka apabila kenderaan itu ditimbuni sampah gara-gara ia diparkir sehingga menghalang laluan di sebuah kawasan di Kajang pada pagi Selasa.

Menerusi perkongsian seorang pelayar Threads, kereta model Proton Saga FLX itu diparkir di tengah jalan yang secara terang-terangan menghalang laluan.

Kedudukan kereta itu turut menghalang kenderaan lain yang diparkir di dalam kotak.

Menurut pelayar tersebut, insiden itu berlaku di lot kedai sekitar Taman Sepakat Indah 2, Kalang, Selangor.

"Kejadian dekat lot kedai area Sepakat Indah 2. Itu ‘makan’ dia... park kereta tengah jalan.

"Nak lalu pun tak boleh tadi, dah penuh sampah dekat atas bawah kereta. Naya owner tapi itulah... siapa suruh park kereta macam tu,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seketul bata, nota amarah buat pemandu hati kering halang laluan! Biar orang lain susah, janji urusan sendiri mudah

Dalam hantaran berasingan kira-kira dua jam kemudian, pelayar tersebut memaklumkan kereta berkenaan sudah dialihkan oleh pemiliknya ke dalam lot parkir berhampiran. 

"Kereta dah alih tapi penuh air sampah," kongsinya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa lama kenderaan tersebut diparkir di lokasi berkenaan sehingga mengundang tindakan sedemikian daripada orang awam. 

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu pengajaran kepada pemilik kenderaan yang memarkir secara tidak bertanggungjawab.

"Kalau ada air sampah, ulat sampah yang besar-besar tu lagi bagus.

"Patut tarik balik lesen pemandu macam ni," demikian antara komen netizen. 

 

Artikel Lain