Pembelian panik... pastikan anda simpan stok makanan, guna secara berhemah

Sejak minggu lalu orang ramai sudah membeli stok makanan untuk menghadapi tempoh PKP sehingga 14 April ini.

DENGAN lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, ramai orang sudah membeli stok makanan.

Biarpun kerajaan sudah menjelaskan tidak perlu membuat ‘pembelian panik’ kerana stok makanan mencukupi, tetapi ia tetap berlaku.

Malah dalam tempoh ini juga, pasar raya atau pasar harian tetap penuh dengan orang ramai sehingga ada yang mengingkari arahan penjarakan sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP bermakna duduk rumah, tapi jangan makan ikut sedap mulut... elak undang pelbagai penyakit

Ketika membeli, pastinya anda tidak merancang dengan betul apa yang perlu dan apa yang tidak perlu, terutamanya makanan basah seperti ayam, ikan, daging, udang, sotong dan sebagainya.

Begitu juga dengan pembelian sayur-sayuran atau buah-buahan yang banyak.

Pastikan anda membersih bahan basah sebelum menyimpannya.

Jadi bagi mereka yang sudah membuat pembelian stok makanan ini, pastikan ianya disimpan dengan betul terutama makanan basah supaya ia tidak rosak.

Merebus sebelum simpan

Apa kata anda rebus terlebih dahulu sayur-sayuran seperti brokoli, kacang Perancis, kacang polong dan sebagainya dalam tempoh 30 saat.

Selepas itu simpan dalam bekas yang sesuai dan masukkan dalam peti sejuk.

Bagi sayuran hijau seperti sawi atau bayam, disarankan supaya balut dengan sealed plastic.

Manakala simpan tomato, ubi kentang, bawang dan bawang putih di tempat suhu bilik dan elak daripada terkena cahaya secara terus.

Bagi memastikan makanan tidak rosak, anda disaran supaya rebus terlebih dahulu beberapa jenis makanan.

Jus

Bagi memastikan jus tahan lebih lama, anda disarankan supaya meletakkannya ke dalam bekas kaca (botol air kaca) dan letakkan di dalam peti ais.

Manakala buah-buahan seperti pisang boleh diletakkan terus ke dalam peti ais dengan menggunakan cool temperature.

Susun makanan dalam tin yang dibeli mengikut tarikh luput.

Makanan dalam tin

Pastikan anda menyusun mengikut tarikh luput makanan itu.

Ini bagi memudahkan anda ketika hendak menggambilnya dan tidak silap menggunakan makanan dalam tin yang telah tamat tarikh luput.

Apa yang penting, pada musim PKP ini, diharap anda semua berjimat dan jangan membazir!

Simpan Makanan, Stok, PKP

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain