“Tak terlintas nak buka kafan arwah” - Ustaz dipertemukan dengan pemuda diganggu ‘bisikan’ 5 tahun lalu, kali ini dah tak bernyawa

Gambar kiri menunjukkan Ustaz Rafie (berdiri, dua kanan) bersama pelajar-pelajar madrasah ketika pengebumian jenazah. Foto Facebook Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

SESUNGGUHNYA dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali.

Begitulah apa yang terdetik dalam hati ahli skuad pengurusan jenazah setiap kali menerima perkhabaran mengenai orang yang meninggal dunia.

Tugas mereka adalah menyempurnakan jenazah termasuk solat jenazah dan seterusnya pengebumian ke liang lahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki urus 3 jenazah, punca kematian berbeza tapi semuanya tersenyum! Ustaz tercari-cari jawapan wajah tenang berdepan maut

ARTIKEL BERKAITAN: "Arwah elok je masak nasi makan tengah hari" - Dua anak tergamam, ibu 'pergi' selepas tinggalkan hidangan terakhir

Dengan takdir Allah, seorang ketua skuad pengurusan jenazah secara kebetulan dipertemukan dengan jenazah yang pernah dtemuinya ketika arwah masih hidup.



Ustaz Rafie (duduk, kanan) bersama sebahagian pelajar madrasah menunggu untuk solat jenazah dan pengebumian.

Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ Malaysia), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, beliau dan pasukannya menyempurnakan satu jenazah lelaki berusia 38 tahun yang meninggal dunia kerana sakit paru-paru, Ahad lalu.

Beliau kemudian ditegur oleh salah seorang waris keluarga arwah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

"Abang arwah menegur saya, Ustaz, ini arwah adik saya. Ustaz kenal dia sebab dulu arwah pernah berubat dengan ustaz.

"Saya tak terlintas pun nak buka kain kafan arwah. Terus solat jenazah. Lepas tu abang arwah datang jumpa saya barulah maklumkan yang jenazah itu adalah adiknya," katanya kepada mStar.



Bacaan tahlil untuk jenazah.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, beliau berkata, ikatan kafan di kepala jenazah kemudian dibuka kerana jenazah sebelum itu diuruskan oleh ahli skuad lain.

"Subhanallah, baru saya teringat apabila melihat wajah arwah. Lebih kurang lima tahun lalu, abangnya pernah membawa arwah adiknya berjumpa dengan saya ketika saya selesai menunaikan solat Isyak di sebuah surau.

Saya tak terlintas pun nak buka kain kafan arwah. Terus solat jenazah. Subhanallah, baru saya teringat apabila melihat wajah arwah.

MUHAMMAD RAFIEUDIN ZAINAL RASID

"Dia meminta bantuan untuk meruqyah adiknya yang tidak sihat saat itu. Arwah sakit gangguan makhluk halus, dia beritahu mendengar bisikan orang," katanya.

Sejak itu, beliau tidak berjumpa lagi dengan arwah yang masih bujang itu dan berasal dari Gombak, Selangor sehingga pada hari pengebumiannya.



Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota.

"Saya hanya merawat arwah sekali. Dan hari itu saya bertemunya kembali dalam keadaan arwah yang sudah tidak lagi bernyawa.

"Saya cuba imbau kembali wajahnya seperti pernah dilihat tapi agak berbeza sedikit kerana arwah agak kurus sedikit daripada sebelumnya. Wajah jenazah nampak tenang, Alhamdulillah," katanya yang juga pengasas Madrasah Maahad Tahfiz (Kemahiran) Nur Fattah di Taman Melawati di Kuala Lumpur.

Menurut Ustaz Rafie, pada hari pengebumian itu, beliau membawa sekumpulan pelajar dari madrasahnya untuk meramaikan jemaah solat jenazah.

"Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota (Kuala Lumpur). Para pelajar madrasah sempat menghadiahkan bacaan tahlil buat arwah.

"Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik