“Memang aku pakai kabel” - Tawaran datang ‘bertalu’ sampai kena tolak, wanita kongsi tip mudah dapat kerja tapi ramai anggap susah

Seorang pelayar Twitter berkongsi petua bagaimana mudah untuk mendapatkan pekerjaan sebagaimana pengalaman yang dialaminya sendiri. Gambar hiasan.

MEMANG tidak dapat dinafikan, perbezaan antara zaman ketika 20 tahun lalu dengan zaman sekarang menjadi salah satu faktor penyumbang sukarnya mendapat pekerjaan.

Ketika ini, jumlah graduan terlalu ramai sehingga mewujudkan persaingan yang hebat dalam pasaran kerja.

Pasti ramai mengalami situasi ini, yang mana terlalu banyak resume yang 'ditabur' namun peluang kerja masih belum kunjung tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit Lew kongsi tip rezeki suami melimpah ruah, akui tinggalkan cash dan kad bank buat bidadari - “Janganlah kedekut pada isteri, keluarga”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan tunggu isteri minta baru suami bagi” - Tengok pengalaman rakan otai, doktor kongsi rahsia rumah tangga murah rezeki

Baru-baru ini, seorang pelayar Twitter, @hazidajimmy berkongsi petua untuk diamalkan agar mudah mendapat pekerjaan berdasarkan pengalaman yang dialaminya sendiri.

Menerusi satu bebenang, pelayar itu mendedahkan 'rahsia' kepada apa yang diperolehinya itu hanyalah disebabkan amalan solat sunat.

"Nak tahu tak, macam mana aku boleh dapat interview untuk lima job dalam satu bulan dan kelima-lima sekali aku dapat. Tiga daripada tu aku tolak sebab jauh.



Perkongsian seorang pelayar Twitter mengenai amalan yang dilakukan sebagai usaha untuk mendapatkan pekerjaan.

"Kemudian, semalam aku dapat lagi dan diarahkan masuk kerja bulan depan. Hari ini pula aku dapat call lagi sekali dan diarah untuk buat medical check up esok.

"Jadi aku nak kongsi tip macam mana aku boleh dapat offer kerja yang banyak hanya dalam satu bulan sahaja. Senang dan mudah. Semua orang boleh buat. Plus, benda ni tak merugikan sesiapa pun.

"Pernah dengar solat sunat rawatib Qabliyyah dan Ba'diyyah? Walaupun solat sunat tapi aku rasa benda ni memang betul-betul berkesan," tulisnya pada bebenang tersebut.

Dedah pelayar ini, dia juga pernah melakukan amalan tersebut pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu kerana tidak tahan duduk sahaja di rumah, lantaran syarikatnya mengarahkan semua pekerja bercuti sepanjang tempoh itu.



Amalan yang menjadi kelaziman pelayar berkenaan adalah solat sunat rawatib dan tahajud.

"Sehari saja aku buat, full buat solat sunat, aku tambah solat Tahajud. Esok tu aku dapat call. Aku dapat kerja esok tu juga. Benda ni realiti tau, aku dah buat dan aku dapat.

"Masa first aku buat solat sunat tu, seharian aku tunggu, tapi tak dapat satu pun call. Aku fikir mungkin sebab hari tu aku 'take Allah for granted'. Bila Allah dah bagi, aku tak praktikkan benda tu secara berterusan.

"Aku tak give up lagi, aku terus buat solat sunat rawatib tu, sebagaimana aku buat solat lima waktu setiap hari. Aku jadikan benda tu kewajipan. Plus aku tambah setiap malam dengan Tahajud. Last sekali, setiap selepas Maghrib aku baca Quran, tak banyak sikit pun jadi," tulisnya.

Di samping itu, amalan berselawat juga sering dilakukannya setiap hari setiap kali usai menunaikan solat lima waktu.



Bukan itu saja, amalan membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi Muhammad turut menjadi kelazimannya setiap hari.

"Setiap habis solat, aku akan salawat 60 kali. Tapi kalau nak buat lebih pun, lagi bagus. Minimum 300 kali sehari. Dan zikir macam biasalah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 33 kali setiap kali habis solat.

"Nampak macam rumit tapi kalau dah terbiasa, korang akan rasa biasa saja bila buat semua ni.

"Lagi satu, memang aku pakai cable, cable aku adalah Allah. Tak ada lain. Semua position aku minta, satu pun family aku takda kena mengena," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian pelayar tersebut meraih 27,100 retweet dan 43,200 likes.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kabel, tawaran, kerja, petua, rezeki, tip, amalan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain