Pelajar Malaysia buat jiran di UK menangis hanya kerana sebiji kek Victoria Sponge

Irdiina bersama pasangan suami isteri warga emas, Pat dan Blon yang menjadi jirannya di Birmingham, United Kingdom.

"SUDAH dianggap seperti ahli keluarga sendiri."

Demikian kata pelajar Malaysia, Nurin Irdiina Madzlan, 23, berhubung video tular pasangan warga emas yang berjiran dengannya di Birmingham, United Kingdom.

Menerusi video itu, dia yang mesra disapa Irdiina membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran ke-81 wanita yang dikenali sebagai Patt itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada mainan tak?” - Comel! Reaksi 3 beradik teruja berkenalan dengan abang jiran di lubang tembok raih setengah juta tontonan

ARTIKEL BERKAITAN: Riuh anak-anak jiran lepak depan rumah, tiba-tiba muncul budak viral jadi ‘cameo’ – “Saya bukan Abang Long kawasan tapi...”

Bercerita kepada mStar, gadis dari Kuala Lumpur itu mengakui sudah setahun berjiran dengan Patt yang menetap bersama suaminya, Blon yang berusia 88 tahun.

"Saya baru setahun berjiran dengan mereka, kawan-kawan saya pula sudah lima tahun. Saya baru tahu hari lahir dia pada 8 Ogos sebab kawan saya ada borak dengan dia.

"Patt tinggal berdua dengan suaminya, mereka tak ada anak. Mereka memang baik dengan kami. Selalu bagi kad dan coklat.

Video dikongsi Irdiina menjadi tular di laman Twitter.

“Saya pula selalu buat kek, biasanya akan bagi beberapa potong kepada mereka. Tapi sempena hari lahir, saya bagi sebiji kek untuk Patt, ” ujar pelajar bidang perakaunan di Birmingham City University itu.

Tambah Irdiina, pasangan warga emas itu turut meluahkan rasa sedih apabila dia bakal berpindah pada penghujung Ogos ini.

Malah katanya, Patt turut mengalirkan air mata sejurus mendengar perkhabaran duka mengenai perpindahan Irdiina dan seorang lagi rakannya itu.

Dah anggap macam nenek sendiri. Dia memang baik sangat dengan kami.

NURIN IRDIINA MADZLAN

“Mereka sedih, rumah ni ada empat orang dari Malaysia. Sekarang dah tinggal saya dan seorang lagi kawan. Yang lagi dua dah balik Malaysia.

“Tu pun Patt nangis sebab dia pernah kata kami jiran terbaik mereka pernah ada sejak duduk sini.

“Saya akan pindah sebab kontrak rumah dah habis dan pengajian juga akan tamat pada Disember nanti, ” ujarnya lagi.

Kunjungan Irdiina dan rakannya di kediaman pasangan itu.

Tambah Irdiina, sepanjang menetap di situ dia kerap menziarahi Patt dan suaminya kerana menganggap kedua-duanya seperti ahli keluarga sendiri.

“Rumah bersebelahan je. Selalu juga pergi rumah dia. Seminggu memang akan ada yang borak cerita pasal hidup dia masa muda.

Irdiina dijangka menamatkan pengajian pada Disember ini.

“Dah anggap macam nenek sendiri. Dia memang baik sangat dengan kami. Adalah teman berborak. Dia memang suka borak cerita pasal hidup dia masa muda, ” katanya lagi.

Sehingga kini, video kejutan kek Victoria Sponge oleh Irdiina menerima hampir 80,000 tontonan di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain