Kantoi curi pakaian di butik terkenal, kisah cikgu tuisyen ‘kaki melaram’ masih jadi bualan - “Some people memang ada bad habit macam ni”

Kisah mengenai wanita yang mencuri di sebuah butik menjadi tular di laman Twitter.

SERING tampil dengan fesyen penuh bergaya dan memaparkan kehidupan mewah di media sosial, siapa sangka dia akan ditangkap kerana mencuri?

Begitulah kisah seorang wanita berusia 28 tahun yang kini tular setelah perbuatannya berjaya dihidu pekerja butik sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa.

Memetik laporan Harian Metro, dia ditahan selepas disyaki cuba mencuri 21 pakaian di sebuah butik di pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau betul mereka curi-curi, ambil gambarlah” - Ismail Sabri ulas individu ‘terlepas’ sekatan, rentas negeri balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja curi telefon mahal untuk selfie, lega ditangkap kerana dapat nasi 'free'

Di Twitter pula, kisah mengenai guru tuisyen itu turut mengundang perdebatan ramai termasuklah yang mempertikaikan kemampuannya.

Selain mengecam sikap panjang tangan itu, ada pula yang mengaitkan ia dengan kecelaruan mental.

"Those yang tertanya-tanya dia ni tak mampu ke bla bla, shoplifting ni isn't always about mampu tak mampu.

"Some people memang ada bad habit macam ni. Like ex wife Johnny Depp.

Posting tular di laman Twitter.

"Bukan dia tak mampu, dia memang macam mental disorder sikit," tulis seorang pelayar Twitter.

Seorang lagi pelayar Twitter turut meninggalkan komen serupa, bercerita mengenai sahabatnya.

"Betul, saya setuju. Saya pun ada kawan yang kaya, tapi bila pergi kedai suka rembat subang. Bukan dia tak mampu, tapi dia cakap, puas," tulis individu itu.

Selain komen yang dikaitkan dengan psikologi manusia itu, komen berunsur kecaman juga banyak ditinggalkan netizen.

"Kalau dah tak mampu, jangan berlagak mampu.

Antara komen yang membicarakan isu berkaitan wanita itu di Twitter,

"Biar bergaya asal papa," tulis beberapa netizen.

Menerusi laporan terdahulu, siasatan mendapati wanita itu cuba membawa keluar 21 pakaian dianggarkan bernilai RM4,310.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

"Ketika penyelia terbabit membuat pemantauan di butik itu, dia melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan dilihat mengisi beberapa pakaian ke dalam beg butik berkenaan.

Dia turut meletakkan Instagram miliknya dalam mod privasi.

"Suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya dilihat keluar dari butik itu tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek gagal mengemukakan resit pembelian sebelum dia ditahan pihak pengurusan butik berkenaan bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Tinjauan mStar di laman sosial turut mendapati laman Instagram wanita itu telah diletakkan dalam mode privasi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain