“Biasalah, kongsi hal macam ni orang tak kisah” - Pelajar terharu Syed Saddiq sudi hargai karya Captain Malaysia

Syed Saddiq turut memuji karta digital melibatkan dirinya yang dihasilkan Muhammad Mirza.

KREATIVITI seorang remaja berjaya mengubah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi Captain Malaysia, hasil inspirasi watak adiwira terkenal, Captain America.

Menerusi perkongsian di laman Twitter oleh tuan empunya badan, Muhammad Mirza Nor Adzli, 19, karya digital itu turut menerima respon positif Syed Saddiq.

"Captain Malaysia? Love the creativity bro. Keep the creative vibes flowing," tulis Syed Saddiq.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hadir ketika Tun M umum parti baharu, rupa-rupanya Syed Saddiq raikan persaraan ibu selepas 38 tahun jadi pendidik... "You better carikan menantu buat mama cepat"

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Syed Saddiq di aplikasi cari jodoh Tinder, rupa-rupanya dah tular dulu di Indonesia - “Ricky pun boleh”

Bercerita kepada mStar, lepasan Matrikulasi dari Baling, Kedah yang juga content creator itu mengakui tidak sangka akan menerima respon sedemikian.

"Perasaan memang tak sangka, terkejut juga. Sebab selalu post tak ada orang kisah sangat.

"Biasalah, bila kongsi hal berkaitan bakat macam ni, orang tak kisah. Tapi kali ni rasa dihargai," ujarnya.

Syed Saddiq memuji karya digital dihasilkan pelajar itu menerusi Twitter.

Menurut Mirza, karya digital itu dihasilkan pada Ahad menggunakan perisian Photoshop dan hanya mengambil masa sekitar dua jam sahaja.

Jelasnya lagi, dia sebelum ini sudah mempelajari perisian itu untuk menghasilkan poster bagi tujuan pemasaran produk kecantikan yang dijual secara dalam talian.

"Saya lukis dalam masa dua jam je. Sebenarnya saya tengok YouTube mengenai Photosop karakter Avengers.

Dr Noor Hisyam banyak berjuang untuk Covid-19, manakala Syed Saddiq banyak berjuang untuk bela nasib remaja.

MUHAMMAD MIRZA NOR ADZLI

"Saya terfikir untuk kembangkan idea, konsep hero di Malaysia. Nak katikan juga dengan frontliners. Jadi mula-mula saya buat karya digital melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kemudian baru terinspirasi untuk buat Syed Saddiq. Kiranya saya cuba apply konsep hero-hero yang berjuang di Malaysia ni.

"Dr Noor Hisyam banyak berjuang untuk Covid-19, manakala Syed Saddiq banyak berjuang untuk bela nasib remaja.

Karya digital menggunakan Photoshop melibatkan Dr Noor Hisham.

"Saya pun dah ada basic Photoshop sebelum ni, dalam dua atau tiga bulan lepas saya pelajari untuk buat poster dan banner produk," ujarnya lagi.

Kata Mirza lagi, dia bagaimanapun belum mendapat sebarang idea mengenai individu seterusnya untuk ditransformasi menerusi karya digitalnya.

Selain foto karya digital itu, Mirza turut berkongsi video proses penghasilan tersebut.

Mirza tak sangka akan menerima pujian Syed Saddiq menerusi Twitter.

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen dan memberikan pujian atas kreativitinya.

"Dua jam punya editing macam gini? Wow lawa bro.

"Untuk kerja dua jam, memang cantik. Ni kalau buat dua minggu mesti lagi meletop," tulis pelayar Twitter di ruangan komen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ibu Chef Zam meninggal dunia akibat pneumonia