suria

Tak hadir ketika Tun M umum parti baharu, rupa-rupanya Syed Saddiq raikan persaraan ibu selepas 38 tahun jadi pendidik... "You better carikan menantu buat mama cepat"

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

SELAMA 38 tahun mengabdikan diri sebagai guru, ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz akhirnya bersara pada Jumaat.

Hari keraian itu turut dikongsi Syed Saddiq menerusi laman sosial miliknya sehingga ia mengundang perhatian ramai.

"Selamat bersara mama. Dia sudah berkhidmat sebagai guru selama 38 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-siakan suara macam Syed Saddiq, pelajar rancak main TikTok - “Pensyarah pun cakap sama”

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Syed Saddiq di aplikasi cari jodoh Tinder, rupa-rupanya dah tular dulu di Indonesia - “Ricky pun boleh”

"Dia bukan sahaja ibu saya, malah guru saya juga," tulis Syed Saddiq dengan menyertakan sekeping foto bersama wanita itu.

Lebih memilukan, Syed Saddiq mendedahkan majlis persaraan itu berlangsung seminggu selepas ibunya menjalani pembedahan akibat kanser payudara.

Kata Syed Saddiq, ibunya berjaya melawan kanser itu pada 2013 sebelum mendapat tahu ia kembali menyerang baru-baru ini.

Posting Syed Saddiq pada Julai lalu.

Malah, dia juga ada berkongsi hal itu dan memohon doa orang ramai untuk kesihatan ibunya yang menjalani pembedahan pada 28 Julai lalu.

"Minggu lepas baru lepas surgery, berentap lawan kanser. Hari ni dah kembali sebagai "Queen of the day" untuk majlis persaraan," tulis Syed Saddiq lagi.

Dia bukan sahaja ibu saya, malah guru saya juga.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Di Twitter misalnya, rata-rata netizen membanjiri posting berkenaan dengan ucapan selamat buat ibunya.

Selain itu, mereka turut menzahirkan doa dan rasa simpati atas keadaan kesihatan ibunya dan berharap agar dia diberi kesembuhan segera.

Malah, ada juga yang berjenaka agar Syed Saddiq mencari calon menantu buat ibunya.

Syed Saddiq berkongsi kisah persaraan ibunya menerusi media sosial.

"Selamat bersara mama. Ehh, selamat berehat makcik. Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

"YB (Yang Berhormat), you better carikan menantu buat mama cepat. She must be boring duduk rumah nanti, at least adalah peneman kan.

"Selamat bersara cikgu. Terima kasih atas segala bakti cikgu. Jasa cikgu tiada tolok bandingnya. Saya doakan cikgu sekali lagi berjaya melawan kanser.

Syed Saddiq bersama ibunya.

"Terima kasih atas pengorbanan sebagai pendidik," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, perkongsian terbaharu Syed Saddiq mengenai persaraan ibunya pada Jumaat seolah-olah memberi jawapan kepada mereka yang ternanti-nanti kelibatnya bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan pembentukan sebuah parti politik baharu pada hari sama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain