suria

Bukan tak merancang, tapi kerap 'lekat'... ibu beranak ramai stres kesuburannya jadi bahan orang sekeliling - “Suruh dia stop, asyik buat anak je”

Seorang pelayar berkongsi kisah luahan hati rakannya yang stres gara-gara soal 'kesuburannya' menjadi bahan orang sekeliling. Gambar hiasan

DIKURNIAKAN zuriat sememangnya anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Selain menjadi pengikat kasih antara suami isteri dan penyambung keturunan, kehadiran cahaya mata juga sering dikatakan pembawa rezeki buat keluarga.

Tidak hairanlah jika kita sering terdengar kata-kata seperti "anak bawa rezeki" ataupun "rezeki anak".

ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu harap untuk lekat” - Wanita mengaku sedih setiap kali datang haid, benci lihat semua perkongsian tentang kehamilan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan bela kucing ketika hamil, betul ke sampai tahap boleh gugur kandungan? – “Minta orang lain tolong buang najis...”

Namun, lain pula halnya apabila ada segelintir pasangan yang 'mengeluh' kerana dikurniakan anak yang ramai pada usia muda, sebagaimana perkongsian seorang pelayar ini di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia.

Menerusi satu status di Facebook, pelayar berkenaan berkongsi kisah rakannya yang stres gara-gara tidak tahan dengan mulut orang sekeliling yang memperkatakan mengenai 'kesuburan' dirinya.



Seorang pelayar memuat naik screenshot 'luahan' rakannya yang stres gara-gara sering menjadi bahan orang sekeliling.

"Dia stres sebab mulut orang yang suruh dia stop sebab asyik buat anak je, muda lagi. Sedangkan dia sendiri tahu itu rezeki daripada Allah," tulis pelayar berkenaan.

Bersama perkongsian tersebut, dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) luahan rakannya yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Antara isi 'luahan' tersebut, rakannya mendakwa sudah cuba merancang kehamilan namun gagal apabila kerap 'lekat', menyebabkan terpaksa reda dengan rezeki yang dikurniakan.

"Nasihat murni, terima kasih ya ibu-ibu semua," tulis pelayar itu lagi bertujuan meminta nasihat dan pandangan ahli kelab berkenaan.

Perkongsian tersebut dibanjiri dengan ratusan komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi.



Menerusi luahan tersebut, rakan kepada pelayar itu mendakwa sudah melakukan kaedah perancangan namun dia seringkali gagal. Gambar hiasan.

Ada di antara mereka yang memberikan nasihat dan kata-kata positif kepada rakan pelayar tersebut.

"Rezeki jangan ditolak. Anak tu rezeki, tak kira muda ke apa. Saya tiga tahun tunggu, dapat tahu mengandung happy sangat tapi tak ada rezeki. Sebelum puasa tahun ini keguguran. Doakan saya lekat cepat ya," tulis seorang netizen.

"Sabar sis, saya pun umur 28 anak dah empat. Tahun sebelum ni rancang, makan ubat banyak terlajak kemudian sangkut. Pernah juga down sebab famili cakap 'kau dah la susah, anak pula ramai'. Tapi yakin dengan rezeki Allah," tulis seorang lagi.



Reaksi pelbagai daripada netizen terhadap perkongsian pelayar berkenaan mengenai kisah rakannya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kaedah merancang sebagaimana yang didakwa oleh wanita berkenaan.

"Rancang? Guna kaedah apa? Disiplin tak? Kalau sekadar ambil buat syarat tak payah la nak stres bagai. Kecuali la betul-betul disiplin dan komited, baru la boleh betul-betul kata rezeki," komen seorang pelayar.

"Kalau nak merancang, rancang la betul-betul. Bila dah sangkut, belajar reda," ulas yang lain pula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mengandung, subur, stres, bahan

Artikel Lain