Leka dengan versi tradisional China street fashion, berderet-deret pemuda ini kena leter... – “Hidup bawah tempurung sambil TikTok"

(kiri) China fashion street versi tradisional. (kanan) Peserta program Keretapi Sarong berpakaian tradisional. Gambar hiasan

SELEPAS trend China street fashion yang menjadi kegilaan anak muda, kini muncul pula video dari negara Republik itu dengan muda-mudi memakai baju tradisional.

Dari jalanan, pusat membeli-belah hingga ke lokasi tumpuan pelancong, malah di dalam pengangkutan awam, persalinan tradisional yang dipakai mereka seperti penggambaran filem zaman kuno China yang terkenal dengan elemen kung fu dan pedang samurai.

Video mereka menjadi perhatian di Malaysia sehingga ada yang membayangkan rakyat di negara ini turut mengikuti stail itu dengan memakai baju tradsional di tempat-tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Macam China street fashion... anak Malaysia tak kisah panas, sempoi gaya jalanan di George Town – "Pedulikan apa orang kata"

ARTIKEL BERKAITAN: "Sanggul lintang memang berat sangat" - Pengantin gembira majlis tema songket tetap 'on', layankan saja kepala pening mencengkam

"Saja lah nak tanya kita rakyat Malaysia ni ada yang berani tak nak pakai baju melayu dengan tengkolok, baju kebaya dengan bertudung atau bersanggul, baju cheongsam dengan samfu, baju sari dengan doti. Ada ke?" tulis seorang pemuda di laman Twitter.



Paparan China street fashion versi tradisional yang dikongsikan oleh seorang pemuda. Foto TikTok annekcondez

Malahan, dia turut berkongsi gambar wanita anggun berbaju kebaya seperti puteri raja dan lelaki berbaju Melayu lengkap bersamping dan tengkolok ibarat pendekar dan ahli silat.

Rata-rata netizen memberi reaksi selamba dengan mengatakan mereka sebenarnya dah lama buat sambil berkongsi foto-foto secara berkumpulan atau individu memakai baju tradisional.



Perkongsian seorang pemuda di laman Twitter mendapat kritikan ramai.

Seorang netizen memberitahu terdapat acara tahunan yang diberi nama Keretapi Sarong yang menyaksikan ramai peserta pelbagai kaum menaiki tren sambil memperagakan kain sarung.

"Sebenarnya ada je majlis Kain Sarong pusing Kuala Lumpur naik LRT, Monorel. Melayu, India, Cina semua ada. You yang tak pernah ambil kisah," katanya dengan nada sindiran.



Selesa berkebaya songket di pusat membeli-belah. Foto Twitter EdenSofea

Program Kain Sarong yang diadakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) saban tahun, setiap kali sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Kemeriahan acara tersebut sebagai simbolik identiti dalam menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.



Sekumpulan anak muda dalam persalinan tradisional. Foto Twitter @asdfghjkekraa

Antara lain, seorang gadis berkongsi gambarnya dalam persalinan kebaya songket ketika mengunjungi sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

"Saya pakai baju ni ke Mid Valley. Tak malu langsung sebab baju tradisional memang cantik pun," tulis seorang gadis di laman Twitter.

Ada je majlis Kain Sarong pusing Kuala Lumpur naik LRT, Monorel. Melayu, India, Cina semua ada. You yang tak pernah ambil kisah

NETIZEN

Pemuda berkenaan turut mendapat kritikan daripada netizen kerana tidak peka dengan keadaan yang berlaku di dalam negara, dan hanya mengagungkan budaya asing.

"Aku rasa Malaysia melampuh (terlalu banyak) buat majlis pakaian tradisional atau pakaian berfesyen. Tapi itulah, kebanyakan orang suka banding negara lain daripada menghargai stail, jenama dan identiti mereka sendiri. Bias (berat sebelah) je lebih," kata seorang netizen.



Masing-masing segak dan anggun berpakaian tradisional. Foto twitter CahayaSakinah_

"Hidup bawah tempurung sambil tengok TikTok," sindir netizen lain yang merujuk kepada peribasa seperti katak di bawah tempurung.

"Nak tengok orang pakai sari dan doti, pergi jelah Brickfields sana," komen netizen yang merujuk kepada kawasan yang dinamakan sebagai Little India di Kuala Lumpur.

"Terlalu mengagungkan budaya luar sampai budaya sendiri tak ingin dipandang," sindir yang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain