suria

“Sanggul lintang memang berat sangat” - Pengantin gembira majlis tema songket tetap ‘on’, layankan saja kepala pening mencengkam

Darleen (kiri) menjadi perhatian di media sosial selepas berkongsi foto-foto perkahwinannya. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

BAGAI pinang dibelah dua, pasangan pengantin sama cantik sama padan ini mengabadikan kenangan menjadi raja sehari.

Beberapa foto busana pengantin perempuan yang anggun dalam persalinan kebaya songket kuning yang dikongsikan di laman Twitter menjadi tular.

"My Songket dream come true. All the way traditional for Kuantan’s wedding reception," tulis @darleenzakir sehingga diulang kicau lebih 4,000 kali dan meraih 16,000 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang,"Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang"

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak melaram acah diva, bajet ciput" - Che Tam mengamuk, bakal pengantin mahu baju kahwin Fasha Sandha harga RM350

Pengantin perempuan, Darleen Zakir berkata, foto-foto tersebut dirakamkan semasa majlis persandingannya di sebelah pengantin lelaki di Kuantan, Pahang, pada 25 Julai lalu.



Darleen anggun dalam persalinan kebaya songket kuning. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

Wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia dan suami telah bernikah pada 27 Jun lalu dan idea untuk memakai kebaya songket itu telah dirancang lebih awal sebelum majlis pernikahan.

"Selain saya yang teringin, ibu juga nak sangat tengok saya bersanding dalam persalinan songket. Saya dan suami dah tempah baju pengantin songket lebih awal untuk majlis persandingan yang sepatutnya diadakan pada 11 Julai.

"Tapi majlis itu terpaksa dibatalkan disebabkan oleh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Masa tu saya fikir dah tak ada harapan nak pakai songket," katanya kepada mStar sambil menambah tempahan dewan ketika itu juga terpaksa dibatalkan.



Majlis persandingan sebelah pengantin lelaki diadakan selepas dibatalkan sebelum ini berikutan PKP. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

Darleen berkata, ketika itu baju pengantin songket tinggal kira-kira 40 peratus untuk disiapkan dan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu berikutan pembatalan majlis.

"Walaupun majlis yang sepatutnya diadakan pada awal Julai dibatalkan, dalam hati saya memang teringin nak pakai baju songket tu satu hari nanti.

"Dan Alhamdulillah, kerajaan kemudian membenarkan untuk mengadakan majlis kahwin mengikut kapasiti dewan dan keluarga pengantin lelaki bersetuju untuk mengadakan semula majlis persandingan," ujar anak sulung daripada empat beradik itu.



Darleen (tengah) dan suami (tiga, kiri) bersama keluarga. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

Namun kata Darleen, dia gementar kerana mereka perlu membuat persiapan kira-kira dua minggu sebelum majlis persandingan di Kuantan.

"Paling saya berdebar adalah baju kebaya songket saya, sebab baju tu saya terus cuba seminggu sebelum majlis. Saya takut nanti tak muat.

Paling saya berdebar adalah baju tu saya terus cuba seminggu sebelum majlis. Saya takut nanti tak muat.

DARLEEN ZAKIR

"Mujur saya amalkan diet, kurangkan pengambilan nasi iaitu hanya makan sekali sehari atau saya gantikan dengan salad. Syukur masih muat," katanya yang menetap di Kajang, Selangor.

Darleen yang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat swasta bersyukur apabila hasratnya untuk menyarungkan baju kebaya songket akhirnya direalisasikan.

"Rasa gembira sangat, tak sangka impian saya nak pakai songket di atas pelamin tercapai juga. Bersyukur sangat, Alhamdulillah," tambahnya.



Acara memotong pulut kuning. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

Kegembiraan tersebut membuatkan Darleen tidak kisah memakai hiasan sanggul lintang yang begitu berat di atas kepalanya sepanjang majlis istimewanya itu.

"Sanggul lintang memang berat sangat, bukan saja hiasannya sarat tapi rasa ketat dan mencengkam di kepala. Sampai saya rasa pening kepala di atas pelamin.

"Masa sesi makan beradab lagilah, memang tak boleh nak tunduk sangat kepala masa makan. Tapi sebab gembira sangat dapat pakai songket, berat sanggul dan pening kepala tu saya layankan aje," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain