Pavithra akhirnya buka mulut... keluarga, wang punca masalah - “Sugu dah minum, tapi bukan pemabuk”

Pavithira (kiri) memberi penjelasan mengenai kontroversi membabitkan pasangan itu.

AKHIRNYA, bintang YouTuber masakan popular, S Pavithra mendedahkan kisah di sebalik kontroversi yang terpalit susulan kes membabitkan suaminya, M Sugu.

Pengakuan tersebut dibuat menerusi video terbaharu selepas duo YouTuber itu membuat kemunculan semula baru-baru ini.

Video YouTube lima minit itu yang bertajuk ‘Inilah sebab menjadi masalah’, menyaksikan wanita berusia 28 tahun ini mendakwa masalah keluarga, wang dan media sebagai punca yang akhirnya menyebabkan penangkapan suaminya, M. Sugu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya terjawab punca video dipadam.... Sugu Pavithra enggan ada kaitan dengan YouTube - "Biar kami satu keluarga biasa sahaja"

ARTIKEL BERKAITAN: "Vanakkam... hari ini kami masak dalca tulang kambing" - Pavithra kembali beraksi, nampak ceria!

"Sebab Sugu pergi hospital hari itu ialah keluarga saya sendiri, keluarga saya menjadi masalah sebab duit.

"Keluarga saya yang tak pernah tolong saya selama ini sejak saya kahwin Sugu tujuh tahun. Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga," katanya dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube beliau.

Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana mabuk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pemabuk.

"Memang salah Sugu, Sugu dah minum tapi bukan pemabuk," kata Pavithira menerusi klip video YouTube.

Sugu dan Pavithra dikenali kerana video masakan mereka.

Ibu kepada dua anak itu mendakwa media juga telah menyebabkan gangguan terhadap kehidupan peribadi mereka sejak tiga bulan lepas.

"Selepas media masuk dalam keluarga kami, kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan untuk anak-anak kami dan masa itu amat sukar untuk kami," katanya.

Beliau turut meminta maaf kerana memadam semua video di saluran YouTube dan berjanji akan memuat naiknya secepat mungkin.

Pavithra berkata suaminya berperanan dalam pencapaiannya sebagai antara bintang YouTube paling berjaya di Malaysia dan menambah bahawa tanpa Sugu, salurannya tidak akan memperoleh 786,000 pelanggan dan videonya ditonton hampir 35 juta kali.

"Dari awal kawan-kawan tahu, kami masak sama-sama... saya harap kawan-kawan sokong saya dan Sugu seperti biasa," katanya.

Pada 20 Julai, bekas pekerja ladang, Sugu, 29, ditangkap dan kemudiannya didakwa atas pertuduhan memiliki sabit dan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya. Beliau mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu. - Bernama



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Pavithra, Sugu, YouTuber, YouTube,

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain