suria

Tak sabar tunggu hari jadi suami, isteri guna ‘iWatch’ buat kejutan awal– “Tak payah bagi hadiah lain pun tak pa”

Amy menerima kejutan kit ujian kehamilan isterinya sempena hari jadinya ke-30. Foto ihsan Zulhelmey Isnin

SAMA ada gajet atau permainan video merupakan antara hadiah yang menjadi idaman kebanyakan lelaki termasuk yang bergelar suami.

Pastinya teruja buat mereka apatah lagi menjadi kejutan hari ulang tahun, sepertimana yang dilalui seorang suami yang amat bertuah ini.

"Tadi lepas balik makan isteri aku cakap dia dah belikan hadiah birthday aku awal dan nak bagi, so ni lah hadiahnya. Konon belikan iWatch. Syukur alhamdulillah ya Allah," katanya dengan nada teruja menerusi posting di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gimik! Nak bagi satu je, tapi suami beli 9 iPhone 11 Pro suruh isterinya pilih yang paling suka - "Saya sendiri guna enam phone..."

ARTIKEL BERKAITAN: Bini buat surprise sambutan hari jadi mewah, di akhir cerita suami 'terkena' bayar bil - "Sayang nanti bayar balik kan?"

Suami berkenaan, Zulhelmey Isnin berkata, kejutan tersebut dibuat pada Rabu malam sempena hari ulang tahun ke-30 yang bakal diraikannya pada 17 Ogos depan.



IsterI Amy gemar membuat kejutan hari jadi lebih awal.

Lebih mesra dengan panggilan Amy, katanya, pada awalnya isterinya hanya memberi gambaran mengenai hadiah yang bakal diberikan, sekali gus mencetuskan tanda-tanya.

"Bukan pertama kali isteri saya bagi hadiah hari jadi awal. Biasanya dia sediakan awal tapi kali ini dia tak sabar-sabar nak bagi saya. Dia cuma kata hadiah tu sesuatu yang saya pakai hari-hari.

"Saya agak mungkin jam sebab tiap hari pakai. Saya bukan pengumpul koleksi jam pun, tapi pemberian isteri tentu saya suka," katanya kepada mStar.



Amy (kanan) dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu.

Amy yang mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu terkejut apabila menerima kotak jam tangan pintar dari Apple namun hairan kerana bungkusan plastik telah dibuka.

"Isteri kata dia dah buka kotak tu awal-awal lagi sebab nak tengok keadaan jam tu selain warnanya. Saya pun okay je, tak tanya lebih-lebih.

Dia cuma kata hadiah tu sesuatu yang saya pakai hari-hari. Saya agak mungkin jam

ZULHELMEY ISNIN

"Bila saya buka kotak tu bertambah terkejut sebab bukan jam tangan, tapi ada pregnancy test kit (kit ujian kehamilan). Rupa-rupanya isteri nak buat kejutan dia mengandung anak kedua kami, alhamdulillah," ujar bapa kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Menurut juruvideo itu, isterinya sepatutnya mahu berkongsi gembira itu pada hari ulang tahunnya, tetapi rancangan itu terpaksa dilupakan.



Amy dan isteri dikurniakan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

"Isteri dah tak sabar-sabar nak beritahu kat saya. Dia tak nak tunggu birthday saya baru nak umum, sebab ada lebih seminggu lagi.

"Tapi tak sangka, walaupun bukan hadiah iWatch, tapi saya memang terkejut dengan kejutan yang dibuat. Ini benar-benar hadiah hari jadi saya.

"Tak perlu bagi hadiah lain pun tak apa, ni dah cukup sangat buat saya. Satu hadiah yang amat bermakna buat diri saya dan isteri sekeluarga," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain