Sumbat stok air dalam kereta, kejadian pukul 4 pagi buat guru kecut perut – “Tanpa 66 sen takkan cukup sejuta tau”

Seorang guru berkongsi pengalaman semasa berniga dengan menggunakan kereta Satria terpakai. Gambar hiasan/Foto Wikimedia Commons

SEMAKIN ramai yang melakukan dua kerja dalam satu masa, malah ada yang membuat empat pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Ada yang mahu mendapatkan untung besar, dan ada yang sekadar menambah pendapatan sampingan mahupun cukup-cukup makan.

Seperti seorang guru yang mengimbas kembali kenangannya menjual air mineral dan air tin untuk mencari pendapatan sampingan bagi menyara keluarga, malah sanggup pergi ke pasar raya pukul 2 pagi untuk membeli stok jualan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau berduit, takkanlah dia duduk di kaki lima jual roti canai segera" - Pelanggan akui peniaga kecil ini malu disapa, tapi perlu teruskan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Yuran tertangguh malu nak minta mak ayah, nasib baik anak Tuaran ini kreatif... duit jual gelang penyelamat pelajar UPSI

"Pergi dengan kereta Satria yang aku beli second hand sebelum kahwin dulu. Tempat duduk belakang, penuh dengan air. Memang tak boleh masuk sesiapa dah.

"Untung jual air mineral ni lebih kurang 66 sen sebotol, air tin boleh pergi hingga 80 sen setin. Untung tak sampai seringgit, namun hanya itu yang aku mampu. Hanya itu yang aku boleh buat untuk menambah side income," tulis Mohd Fadli Salleh di halaman Facebooknya.



Mencari pendapatan sampingan dengan menjual air minuman. Foto Twitter

Dan suatu hari, Mohd Fadli hanya mempunyai wang berbaki RM5 untuk perbelanjaan sebulan selepas membuat pembelian stok air minumannya, namun membayangkan hasil jualan mampu digunakan untuk sara hidup serta membeli kereta control buat anaknya.

"Aku memandu pulang dengan tenang... namun sebaik sampai di Petronas MRR2, sebuah kereta peronda datang rapat kereta aku dan menyalakan lampu siren.

"Arahan dari pembesar suara meminta aku berhenti. Berdebar bukan main dalam hati. 'Minta-mintalah mereka tak saman. Kereta penuh air ni' doaku dalam hati," katanya mengenai kejadian pukul 4 pagi, dan polis mendapati keretanya dipenuhi timbulan air tin dan air mineral.

"Salah ni kau guna kereta begini angkut air melimpah sampai ke depan dan atas kepala. Bak sini IC dan lesen, aku nak saman," kata anggota polis itu.

Dia bagaimanapun hanya mampu merayu kepada pihak polis dengan menunjukkan wang berbaki RM5.

"Encik, jangan la saman saya. Saya nak berniaga. Ni je baki duit saya untuk hidup bulan ni, kataku sambil menunjukkan RM5 yang ada dalam dompet.

"Dia datang balik dan menyerahkan kembali IC serta lesen lalu berkata, 'Dah. Pergi baliklah kau. Kali ni aku tak saman. Lain kali jangan buat lagi.' Masa tu syukur ya Tuhan. Kalau kena saman, aku nak bayar dengan apa. Memang sungguh baki ada RM5 sahaja. Dalam bank pun tiada lagi sisa boleh dikeluarkan," katanya sambil menambah kereta permainan yang dihajati anaknya berusia lingkungan tiga tahun ditunaikan.



Mohd Fadli terkenang insiden ditahan polis pukul 4 pagi. Foto Facebook Mohd Fadli Salleh

Ternyata ia memberi kepuasan kerana selain menyara kehidupan sekeluarga, dia juga dapat membelikan hadiah idaman anaknya.

"Berniaga kecil-kecilan, untung RM10 hinga RM20 sehari dah syukur sangat dah. Orang sekarang bila ajak berniaga sebut margin untung RM2 hinga RM3 terus tolak dan mencebik mulut. Lambat kaya katanya.

Untung RM10 hinga RM20 sehari dah syukur sangat dah. Orang sekarang bila ajak berniaga sebut margin untung RM2 hinga RM3 terus tolak dan mencebik mulut

MOHD FADLI SALLEH

"Nak yang untung besar RM50 hingga RM60 satu jualan. Aku yang untung 66 sen pun jual lagi. Berpenat berlelah, namun untung tetap untung. Tanpa 66 sen, takkan cukup sejuta tau. Usah memilih sangat untuk berniaga, untuk tambah pendapatan keluarga. Asal barang boleh jual, laku dan cepat habis, jual saja.

"Kita bukan pewaris Megah Holding yang ayah boleh bagi syarikat yang ada bisnes berbilion ringgit dengan pekerja 250,000 orang seperti dalam drama Melayu," ujar Mohd Fadli sambil menambah bahawa rezeki yang lebih adalah 'bonus' daripada Tuhan.



Perkongsian Mohd Fadli meraih perhatian netizen.

Apa yang penting baginya adalah usaha tanpa tamak dan kedekut, pasti akan membuahkan hasil.

Kisah ditahan pihak polis pukul pagi membuatkan Mohd Fadli mengucapkan kesyukuran.

"Buat abang polis tersebut, jika kalian masih ingat kejadian menahan seorang lelaki dalam kereta Satria putih penuh dengan air di MRR2 depan Petronas jam 4 pagi lebih kurang 6 hingga 7 tahun lalu, contactlah aku.

"Aku nak belanja makan. Bukan rasuah ni. Ini tanda terima kasih yang amat kerana kalian masih punya ihsan pada insan yang tengah struggle nak ubah kehidupan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik