Macam pernah lihat... remaja deja vu gadis jatuh di trek boling, ada tragedi di tempat sama cuma bezanya tetap nak main lagi – “Lepas ni nak kasi strike!”

Haikal (gambar kecil) mengimbas kembali terjatuh ketika bermain bola di lokasi yang sama seorang gadis tergelincir.

DEJA vu! Begitulah perasaan yang dialami oleh seorang remaja lelaki sebaik melihat sebuah video yang tular mengenai seorang gadis terjatuh ketika bermain boling.

"Macam pernah lihat. Deja vu," tulisnya menerusi aplikasi story di laman sosial Instagramnya pada Isnin.

Menerusi posting tersebut, pemuda berkenaan berkongsi video tular itu yang dimuat naik di Instagram mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Termakan pujukan 2 kawan, gadis baju kurung 'masin mulut' terjatuh di trek boling - "Syok sangat gelak, esoknya terasa sakit pinggang"

ARTIKEL BERKAITAN: "Strike ke bulan" - Kecoh bola boling tak masuk longkang, tapi tembus siling... ramai nak tahu di mana ia 'mendarat'

Remaja berkenaan, Muhammad Haikal Ryzal Abdullah memberitahu dia terkejut apabila menonton video gadis yang terjatuh ketika bermain boling kerana mengimbas kembali insiden yang pernah berlaku pada dirinya.



Kisah seorang gadis yang jatuh tergelincir ketika bermain boling menjadi tular.

Lebih mengejutkan, remaja berusia 16 tahun itu berkata, kejadian dia terjatuh di trek boling pada Februari tahun ini juga berlaku di pusat boling yang sama di Shah Alam, Selangor.

"Masa saya tengok video budak perempuan terjatuh masa main boling tu, saya terkejut sebab macam pernah lihat kejadian itu. Macam deja vu.

"Dari segi wallpaper (lukisan dinding) dan tempat memang sama. Ia buat saya teringat kembali masa saya sendiri terjatuh tertiarap kat trek. Tergelak seorang diri bila teringat semula... kelakar," katanya kepada mStar.



Perkongsian Haikal di story menerusi Instagramnya.

Seperti gadis yang tular itu, Haikal berkata, dia juga pertama kali bermain boling ketika kejadian berlaku semasa keluar bersama rakan-rakan sekolahnya.

"Dulu, saya memang tak minat main boling. Lagipun sebelum ini tak ada orang yang ajak saya untuk bermain. Kemudian ada kawan-kawan sekolah ajak, dan saya pun ikut.

"Pertama kali orang ajak, saya pun nak juga cuba. Tak pernah main kan. Tak salah pun nak mencuba," ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.



Detik Haikal (tengah) sebelum jatuh tertiarap.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun tercabar apabila seorang lagi rakannya yang pertama kali bermain boling bertuah dapat menjatuhkan kesemua pin.

"Kami berdua yang first time main. Baru set pertama, dia dah boleh strike (jatuh kesemua 10 pin). Sedangkan set pertama saya asyik masuk 'longkang' je.

Tergelak seorang diri bila teringat semula... kelakar

MUHAMMAD HAIKAL RYZAL ABDULLAH

"Bila dah masuk set kedua, saya memang bersemangat nak dapat strike. Tapi sampai satu tahap, saya tak dapat imbangkan badan masa lontar bola, jadi badan saya ke depan.

"Masa tu memang tak dapat kawal dan saya terjatuh. Nasib baik badan jatuh dulu. Nak tahan dengan tangan pun tak boleh sebab lantai trek tu licin, jadi tergelincir," katanya.



Haikal (hadapan, kanan) bersama rakan-rakan sekolahnya di pusat boling pada hari kejadian.

Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Gadong, Klang itu bagaimanapun tidak serik untuk bermain boling pada masa akan datang.

"Sudahlah terjatuh masa tu, bola masuk longkang pula tu. Memang kelakar. Saya terus bangun dan ketawa kat diri sendiri.

"Syukur tak cedera. Lepas ni memang nak cuba main lagi. Kali ini memang betul-betul nak kasi strike!" katannya.

Terdahulu, mStar melaporkan kisah tular mengenai seorang gadis yang terjatuh tergelincir ketika pertama kali bermain boling di sebuah pusat boling di Shah Alam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
deja vu, boling,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik