suria

Dakwa lihat kelibat dron bentuk burung dalam visual letupan Beirut, teori lelaki Malaysia raih perhatian di Twitter - “Bro, jangan banyak sangat baca komik ya”

Berita letupan di Beirut turut mengundang teori konspirasi termasuklah yang mengaitkan ia sebagai burung drone milik Israel. foto: STR/AFP.

LETUPAN kuat yang menggegarkan Kota Beirut di Lubnan menjadi tumpuan utama masyarakat dunia sejak Selasa malam.

Tidak terkecuali, ia turut mengundang perhatian rakyat kita dan mendapat liputan meluas sehingga memenuhi semua paparan berita.

Menerusi media sosial, rakyat Malaysia turut menzahirkan rasa simpati sehingga kisah itu menjadi topik trending di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Letupan kuat gegarkan kota Beirut, 78 terbunuh manakala ribuan lagi cedera

ARTIKEL BERKAITAN: Bahan Letupan Ditemui Tertanam Bawah Pokok Manggis

Antara kata kunci carian yang trending adalah #PrayForLebanon dan #BeirutBlast.

Menurut laporan awal, letupan berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang di sebuah pelabuhan di Beirut.

Malah, perkara itu turut diakui sendiri oleh Perdana Menteri Lubnan iaitu Hassan Diab.



Kisah letupan di Beirut menjadi topik trending di laman Twitter negara ini.

Namun, seorang pengguna Twitter dari Malaysia turut mencuri perhatian apabila tampil dengan teori sendiri berhubung kejadian itu.

"Perasan tak ada burung terbang sebelum letupan besar tu berlaku?

"Kemungkinan burung tu adalah dron milik Israel yang dihantar ke situ untuk menjatuhkan bahan letupan," dakwa lelaki itu.



78 individu terbunuh dalam kejadian itu.

Sehingga kini, tweet lelaki itu menerima hampir 400 ulang kicau setelah dikongsi pada tengah hari, Rabu.

Dalam pada itu, ramai pelayar Twitter yang lain menyangkal dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu dakwaan yang lucu.

"Jap, ini sarcasm ke dia pembaris ke aku pembaris ke korang semua pembaris?

Perasan tak ada burung terbang sebelum letupan besar tu berlaku?

PELAYAR TWITTER

"Kesian burung tu. Dia cuma bersiar-siar tiba-tiba kena tuduh macam ni.

"Bro jangan banyak sangat baca komik ya," tulis beberapa netizen.



Komen yang ditinggalkan di laman Twitter oleh lelaki tersebut.

Menurut laporan, kejadian pada pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) itu memusnahkan pelabuhan dan bangunan di sekitar kota itu.

Sehingga kini, 78 individu dilaporkan terkorban manakala 4,000 lagi cedera.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
dron, Beirut, letupan, ammonia nitrat

Artikel Lain