suria

Wow! Tun M pun ada TikTok... video siap buat ‘challenge’

Video TikTok Dr Mahathir.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat akaun TikTok dengan profil 'masih muda'.

Akaun TikTok bernama chedetofficial itu mempunyai lebih 21,000 pengikut untuk satu video setakat ini.

Dr Mahathir memuat naik video I'm Just A Kid Challenge bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 80 juta pengguna aktif di AS, Donald Trump luah hasrat mahu haramkan TikTok

Video tersebut menunjukkan mereka bergambar, dan kemudian membandingkan imej yang dirakamkan semasa mereka muda.

Video itu juga kelihatan sebagai penghormatan kepada Tun Dr Siti Hasmah apabila pasangan berkenaan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka ke-64, baru-baru ini.

Dr Mahathir berusia 95 tahun bulan lalu, merupakan ahli politik terbaharu yang menyertai TikTok.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mempunyai akaun tersebut dengan lebih 140,000 pengikut.

Selain akaun TikTok, Dr Mahathir juga mempunyai akaun Twitter dengan 1.2 juta pengikut sementara di Instagram, terdapat 1.6 juta pengikut.

TikTok amat popular dalam kalangan pengguna muda yang membolehkan mereka membuat video pendek, dengan memasukkan elemen seperti klip lagu atau dialog daripada filem.

Mereka juga dapat menambahkan kesan seperti filter pada video.

Bagaimanapun TikTok berada di bawah tekanan untuk menjual perniagaannya kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berikutan Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk mengharamkan aplikasi tersebut kerana isu keselamatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain