Naya! Gadis terpinga rakan tinggal di tepi kubur, alasan diberi langsung tak kelakar... bikin ramai bengang - “Macam drama, hakikatnya betul-betul berlaku”

Seorang gadis panik selepas ditinggalkan kawannya di tepi kawasan perkuburan pada malam Jumaat lalu.

"BAHAYANYA Ya Allah... nasib baik jumpa orang baik."

Itu antara reaksi netizen selepas kisah seorang gadis ditinggalkan seorang rakan perempuan bersama kekasihnya dekat sebuah kawasan perkuburan dekat Tambun, kira-kira pukul 9.30 malam Jumaat lalu menjadi tular di Twitter.

Kisah sedih menimpa gadis dikenali sebagai Ika itu dikongsi Muhammad Ariff Muhammad Naim sehingga mendapat 16,500 ulang kicau dan 34,100 tanda suka di platform media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat YouTuber nak prank kahwin lain... pilu si isteri sampai basah tudung dek air mata - “Dia ibarat buat kerja bodoh”

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat suka sangat main hantu, tengok cerita seram... sekali ‘lembaga’ putih betul-betul depan mata - “Kacau orang malam-malam lagi kan”

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan geram dengan tindakan tidak bertanggungjawab rakan kepada gadis yang ditinggalkan itu.

"Teruknya perangai! Geram pulak," kata Yeux.

"Motif tinggal kawan tepi kubur Cina," kata Damia.

Menurut Muhammad Ariff atau lebih mesra disapa Ariff, gadis tersebut dibantu oleh dua rakannya yang kebetulan berniaga durian berdekatan dengan lokasi dia ditinggalkan.



Lokasi gadis tersebut ditinggalkan kawannya yang baru dikenali sejak lebih sebulan lalu.

"Masa tu pukul 9.30 malam, kawasan sunyi tak banyak kereta sangat.

"Kebetulan masa tu dua kawan saya yang berniaga durian dekat Shell berdekatan nak tutup kedai.

"Jadi diaorang nampak gadis tu dekat tepi kubur sorang-sorang dalam keadaan panik. Mereka pun tanya dia ada apa-apa masalah ke," katanya kepada mStar.

Namun jawapan gadis berusia dalam lingkungan awal 20-an itu amat mengejutkan dua rakannya itu.

"Bila kawan saya tanya, dia beritahu kena tinggal dengan kawan perempuan dan pakwe dia.

"Kawan dia kata nak tangkap gambar, jadi dia pun turunlah dari kereta. Lepas tu kawan dia tiba-tiba tinggalkan dia," katanya.

Gadis tersebut kemudian mengikut dua rakannya itu ke sebuah gim sebelum dia menghubungi kawan kepada sepupunya yang berada di Ipoh.



Ariff (kanan) bersama dua lagi rakan yang membantu gadis tersebut.

"Lepas berniaga kawan saya terus pergi gim. Dekat situ barulah saya terjumpa Ika. Jadi saya tanyalah dia kenapa sampai jadi macam tu.

"Dia kata dia pun tak tahu kenapa kawan dia buat macam tu. Rupa-rupanya mereka satu tempat kerja dan baru sebulan lebih kenal.

“"Ika tu asal Terengganu tapi dia bekerja di Kampung Parit. Kami pun suruh buat report polis tapi dia kata tak payah sebab nak minta bantuan kawan sepupu dia dekat Ipoh," katanya.

BIla saya post tu ramai juga kata macam drama TV. Tapi hakikatnya kisah tu betul-betul berlaku.

MUHAMMAD ARIFF MUHAMMAD NAIM

Malah Ariff dalam masa yang sama cuba menghubungi kawan perempuan yang meninggalkan gadis tersebut tetapi panggilan tidak dijawab.

"Saya cuba call nak tahu situasi sebenar tapi malangnya dia tak angkat call.

"Tapi bila saya mesej Ika selepas kejadian tu, dia beritahu kawan dia tu ada mesej dia.



Komen netizen pada posting yang dikongsi Ariff di Twitternya.

"Kawan dia kata ‘aku sebenarnya main-main je’. Apa bendalah... boleh pula macam tu. Ni gurau kasar namanya," kata pemuda berusia 22 tahun itu.

Mengenai posting tersebut, Ariff berkata dia sekadar mahu berkongsi kisah tersebut kerana geram dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya share sebab geram... tergamak kawan sendiri buat macam tu tinggal dekat tepi kubur sorang-sorang. Cuba letak diri sendiri dalam keadaan macam tu.

"Teruk macam mana pun janganlah aniaya kawan macam tu lagi-lagi zaman sekarang ni banyak kes culik dan rogol. Sebelum buat macam tu fikir dulu kesannya," katanya.

Walaupun ramai menganggap kisah tersebut ibarat drama di televisyen, Ariff berkata insiden menimpa gadis itu adalah kisah benar.

"BIla saya post tu ramai juga kata macam drama TV. Tapi hakikatnya kisah tu betul-betul berlaku," kata Ariff.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kubur, Tambun, ditinggalkan, gurau

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain